SPM Tuition
Subject
  1. Soalan berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. X: Diperoleh melalui peperangan Contoh Pahang, Kelantan dan Rokan Apakah X?

  2. Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian. Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?

  3. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Barat. Revolusi Keagungan (1688) Revolusi Amerika (1776) Revolusi Perancis (1789) Apakah kesan daripada peristiwa di atas terhadap negara kita?

  4. Novel berikut merupakan hasil penulisan kreatif Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad. [Gambar: Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila] Bagaimanakah Pak Sako memberikan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu? I Meningkatkan ilmu pengetahuan II Menyentuh sindiran kepada penjajah III Mengingatkan kepentingan kebebasan IV Menyeru rakyat kembali kepada Islam

    Diagram for question 4
  5. Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1939 hingga 1945. Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya perang tersebut?

  6. Kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan penduduk. Apakah cara penentangan tersebut?

  7. Soalan berikut berkaitan dengan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union. Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Apakah implikasi terhadap institusi beraja sekiranya Malayan Union berjaya dilaksanakan?

  8. Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Mengapakah penyerahan ini berlaku? I Masalah kewangan II Masalah pewarisan takhta III Mengukuhkan pertahanan IV Menggalakkan pelaburan luar

  9. Berikut merupakan ciri-ciri Majlis Perundangan Persekutuan di Tanah Melayu. • Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British • Ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum • Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu Apakah bidang kuasa majlis tersebut?

  10. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mewujudkan sebuah negara bangsa yang kukuh. Apakah iktibar yang boleh diambil dari penubuhan ini?

  11. Petikan berikut adalah berkaitan dengan perisytiharan darurat di Tanah Melayu. Tindakan komunis melancarkan serangan bersenjata di Tanah Melayu telah menyebabkan kerajaan British mengistiharkan darurat. Dalam situasi bagaimanakah sesebuah kerajaan itu boleh mengistiharkan darurat?

  12. Gambar berikut adalah berkaitan dengan Auxiliary Police (AP). [Gambar] Apakah tugas mereka dalam usaha kerajaan memerangi ancaman komunis?

    Diagram for question 12
  13. Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu di Tanah Melayu? I Tanah Melayu satu-satunya tanah air mereka II Taat setia orang Melayu yang tidak berbelah bahagi III Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu IV Menyekat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi

  14. Sistem Ahli diperkenalkan selaras dengan dasar dekolonisasi British di Tanah Melayu. Siapakah yang bertanggungjawab melantik anggota Sistem Ahli?

  15. Encik Salleh adalah warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang berminat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Apakah syarat yang perlu beliau patuhi?

  16. Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu. Apakah institusi yang memainkan peranan yang sama seperti MPP pada hari ini?

  17. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu. Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

  18. Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan antara intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Antara berikut yang manakah memberi gambaran jelas tentang Yang di-Pertuan Agong? I Tidak boleh dibicara di mana-mana mahkamah II Kuasa mengatasi Perlembagaan Persekutuan III Ketua agama Islam di semua negeri Melayu IV Dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun sekali

  19. Gambar berikut merupakan lambang-lambang negara yang dibentuk sebelum pengisytiharan kemerdekaan negara. [Gambar: Bendera, Jata Negara] Apakah kepentingan lambang-lambang tersebut?

    Diagram for question 19
  20. Berikut adalah peranan penting negara pada peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan. • Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) • Sertai misi pengaman PBB ke Congo. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan penglibatan ini?

  21. Maklumat berikut merupakan takrif perkataan kedaulatan dalam bahasa Arab. Daulah Apakah maksud perkataan tersebut?

  22. Perpaduan kaum penting dalam usaha kita mengekalkan kedaulatan negara. Manakah antara berikut merupakan peranan rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum? I Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara II Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan III Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan IV Menghormati agama dan budaya pelbagai kaum

  23. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sistem demokrasi di Malaysia. Apakah yang menjadi asas kepada amalan demokrasi tersebut?

  24. Berikut merupakan pindaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Pindaan Perlembagaan 1963 Pindaan Perlembagaan 1965 Mengapakah pindaan tersebut dilaksanakan?

  25. Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggantikan Malayan Union. Apakah hak dan kuasa Majlis Raja-Raja pada masa itu?

  26. Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi. Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama? I Menganjurkan aktiviti agama secara tertutup II Membenarkan sikap diskriminasi terhadap agama lain III Menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan IV Mengizinkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing

  27. Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri bagi Sarawak dan Sabah. Senarai Negeri Senarai Bersama Peruntukan Tambahan Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri tersebut?

  28. Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia telah menjamin kedaulatan dan kestabilan negara ini. Apakah kekuatan perlaksanaan sistem tersebut?

  29. Jadual di bawah adalah mengenai siri lawatan ke Sarawak dan Sabah untuk merealisasikan pembentukan Malaysia. Tarikh | Siri Lawatan | Tokoh Terlibat Julai 1961 | Sarawak dan Brunei | Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Ogos 1962 | Persekutuan Tanah Melayu | Pemimpin Sarawak dan Sabah November 1962 | Sarawak dan Sabah | Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj | Sarawak dan Sabah | Dr. Burhanuddin al-Helmi, Tun Ghafar Baba Apakah kepentingan siri lawatan tersebut?

  30. Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia. Apakah tindakan yang diambil oleh Indonesia kesan daripada perubahan tersebut?

  31. Apakah persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia pada awal Ogos 1965?

  32. Berikut adalah operasi ketenteraan yang dijalankan di Sarawak Operasi Hammer Operasi RASCOM Operasi Sri Aman Apakah matlamat operasi tersebut?

  33. Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk untuk memupuk perpaduan kaum. Bagaimanakah dasar ini mampu dicapai melalui Laporan Rahman Talib?

  34. Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970?

  35. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menggunakan beberapa strategi untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Strategi DPN: • Ekonomi • Sosial • Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar Apakah strategi DPN dalam bidang ekonomi?

  36. Apakah petunjuk berlakunya peningkatan kualiti hidup rakyat setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

  37. Peristiwa yang berlaku pada peringkat antarabangsa berikut memberi kesan kepada negara kita. Perang Dingin: Blok Barat dan Blok Timur Apakah kesan tersebut?

  38. Apakah peranan organisasi Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR)?

  39. Gambar berikut merupakan logo suatu pertubuhan yang ditubuhkan pada tahun 1971. [Gambar: Logo OIC] Apakah matlamat pertubuhan tersebut?

    Diagram for question 39
  40. Bagaimanakah rakyat Malaysia menyatakan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin? I Menyalurkan bantuan kemanusiaan II Mewujudkan tabung sumbangan III Meminta bantuan kuasa dunia IV Menghantar pasukan tentera