Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.
10 marks- (a)
Nyatakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
[2] - (b)
Huraikan peranan Pembesar Berempat yang telah berjaya memastikan keunggulan pentadbiran Kesultanan Melaka.
[4] - (c)
Pada pendapat anda, bagaimanakah langkah yang dapat diambil dalam mengekalkan warisan negara bangsa?
[4]
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 setelah Raja-raja Melayu menandatangani perjanjian PTM 1948.
10 marks- (a)
Nyatakan cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO dalam proses pembentukan PTM 1948.
[3] - (b)
Jelaskan ciri-ciri PTM 1948 dalam aspek pentadbiran.
[3] - (c)
Perpaduan kaum telah berjaya dipupuk hasil daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Buktikan.
[4]
Kedaulatan merupakan konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani.
10 marks- (a)
Nyatakan takrif kedaulatan mengikut bahasa berikut: (i) Bahasa Yunani [1 markah] (ii) Bahasa Arab [1 markah]
[2] - (b)
Malaysia ialah negara yang merdeka dan berdaulat. Jelaskan ciri-ciri tersebut.
[4] - (c)
Kedaulatan penting bagi sesebuah negara. Beri penjelasan anda.
[4]
Rukun Negara ialah ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan.
10 marks- (a)
Nyatakan latar belakang Rukun Negara.
[2] - (b)
Jelaskan prinsip Rukun Negara. (i) Keluhuran Perlembagaan [2 markah] (ii) Kesopanan dan Kesusilaan [2 markah]
[4] - (c)
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional. Nyatakan kepentingan usaha tersebut.
[4]
Section B
Komunis melakukan pelbagai tindakan untuk menggugat keamanan dan kestabilan politik negara kita sejak tahun 1948 dengan mencetuskan huru-hara di seluruh negara.
20 marks- (a)
Bagaimanakah komunis bertindak untuk mencetuskan huru-hara tersebut?
[6] - (b)
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha menangani ancaman komunis di Tanah Melayu. Menjelang akhir bulan Januari 1952 lebih 400,000 orang setinggan China telah pun dipindahkan dan lebih kurang 400 buah Kampung-kampung Baru diwujudkan. (Sumber: Sejarah Malaysia dan Singapura, Tan Ding Eing, 1981, Penerbit Fajar Bakti KL.) Terangkan usaha Rancangan Briggs dalam menangani ancaman komunis.
[6] - (c)
Pelbagai ancaman keselamatan yang melanda negara hari ini memerlukan kerjasama yang erat daripada semua pihak untuk mengatasinya. Beri pandangan dan penjelasan anda.
[8]
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita.
20 marks- (a)
Jelaskan pengertian kemerdekaan negara.
[4] - (b)
Terangkan persediaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Persediaan Fizikal dalam usaha menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.
[8] - (c)
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 memberi kebaikan terhadap perkembangan dan pembangunan negara. Berikan penjelasan anda.
[8]
Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang berakar umbi sejak kewujudan kerajaan Melayu. Perkembangan ini sejajar dengan peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan dengan konsep Demokrasi Berparlimen.
20 marks- (a)
Jelaskan Sistem Pemerintahan Beraja yang terdapat di dalam Kesultanan Melayu Melaka.
[4] - (b)
Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut sistem Raja Berperlembagaan.
[8] - (c)
Majlis Raja-Raja sebagai penyumbang kepada sistem demokrasi negara. Gunakan pengetahuan sejarah anda untuk menyokong pernyataan di atas.
[8]
Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura di dalam rundingan dengan kerajaan British.
20 marks- (a)
Jelaskan idea pembentukan Malaysia tersebut.
[4] - (b)
Pembentukan Malaysia telah menimbulkan pelbagai cabaran dalaman kepada negara. Buktikan.
[8] - (c)
Kejayaan pembentukan Malaysia adalah hasil kebijaksanaan pemimpin negara. Beri ulasan anda.
[8]
Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan di peringkat antarabangsa dan serantau. Rakyat Malaysia juga aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti kesukarelawanan membantu mangsa bencana alam mahupun peperangan.
20 marks- (a)
Apakah isu-isu kemanusiaan yang diperjuangkan oleh rakyat Malaysia?
[4] - (b)
Jelaskan usaha-usaha rakyat Malaysia menangani isu-isu kemanusiaan tersebut.
[8] - (c)
Sikap kerjasama Malaysia mengekalkan keamanan dunia pada hari ini adalah satu langkah yang bijak dalam menguruskan isu-isu global. Beri ulasan anda.
[8]