SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Nasionalisme adalah satu doktrin yang muncul di Eropah pada awal abad ke-19. Sumber: Elie Kedourie, Nationalism, Praeger Universiti Series, 1962

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan maksud nasionalisme.

      [2]
    2. (b)(i)

      Bagaimanakah faktor berikut mendorong kemunculan nasionalisme di negara kita pada awal abad ke-20? (i) Media Cetak

      [2]
    3. (b)(ii)

      (ii) Sistem Pendidikan

      [2]
    4. (c)

      Jelaskan kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat nasionalisme yang tinggi.

      [4]
  2. Pada 1 April 1946, British mengisytiharkan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu berdasarkan Kertas Putih 6274.

    10 marks
    1. (a)

      Mengapakah British memperkenalkan pentadbiran Malayan Union?

      [2]
    2. (b)(i)

      Jelaskan ciri Perlembagaan Malayan Union dari aspek: (i) Kewarganegaraan

      [2]
    3. (b)(ii)

      (ii) Ketua Pentadbir

      [2]
    4. (c)

      Pada pandangan anda, mengapakah Raja-raja Melayu dan penduduk tempatan wajar menentang pelaksanaan Malayan Union?

      [4]
  3. Perlembagaan Persekutuan melambangkan kedaulatan negara kita yang merdeka dan bebas memerintah mengikut acuannya sendiri.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan maksud perlembagaan.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan di negara kita.

      [4]
    3. (c)

      Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Mengapakah pindaan perlembagaan perlu dilakukan?

      [4]
  4. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun iaitu bermula tahun 1970 hingga tahun 1990 dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata.

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan pelaksanaan strategi tersebut.

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan dalam rancangan DEB?

      [4]
    3. (c)

      FELDA memainkan peranan penting untuk membawa kesejahteraan hidup penduduk luar bandar sepanjang pelaksanaan DEB. Buktikan.

      [4]

Section B

  1. Serangan tentera Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941, manakala serangan terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Jepun menjadikan negara kita sebagai sasaran untuk peluasan kuasa?

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah pelaksanaan dasar pentadbiran Jepun di negara kita?

      [8]
    3. (c)

      Peluasan kuasa ke atas negara-negara kecil masih berlaku pada masa kini. Bincangkan.

      [8]
  2. Gambar berikut menunjukkan suasana semasa Pilihan Raya Umum Pertama pada tahun 1955 bagi merintis jalan ke arah kemerdekaan. [Gambar: suasana Pilihan Raya Umum 1955] Sumber: Arkib Negara Malaysia

    20 marks
    Diagram for question 6
    1. (a)

      Jelaskan proses pilihan raya tersebut.

      [4]
    2. (b)

      Pilihan raya di negara kita dilaksanakan secara adil. Buktikan.

      [8]
    3. (c)

      Terdapat segelintir rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda masih tidak mendaftar sebagai pengundi. Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

      [8]
  3. Pembentukan sistem Persekutuan di negara kita bermula sejak tahun 1896 sehingga tahun 1963. Sistem Persekutuan ini telah memperkukuh pentadbiran kerajaan Malaysia pada hari ini.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan konsep sistem Persekutuan di negara kita.

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah pembahagian kuasa dalam pentadbiran kerajaan Malaysia dilaksanakan?

      [8]
    3. (c)

      Sebagai rakyat yang patriotik, jelaskan peranan anda untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan.

      [8]
  4. Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukan Malaysia.

    20 marks
    1. (a)(i)

      Jelaskan cabaran berikut: (i) Pemisahan Singapura

      [4]
    2. (a)(ii)

      (ii) Tragedi hubungan antara kaum

      [4]
    3. (b)

      Bagaimanakah kerajaan Malaysia mengatasi cabaran tersebut?

      [6]
    4. (c)

      Ketegangan hubungan antara kaum hanya dapat diatasi melalui sikap toleransi semua pihak di negara ini. Berikan hujah bagi menyokong pernyataan tersebut.

      [6]
  5. “…Sebagai sebuah negara yang membangun dan juga menuju era negara maju, Malaysia telah berusaha mengukuhkan kedudukannya melalui mekanisme dasar luarnya…” Sumber: Rusdi Omar & Mas Juliana Mukhtaruddin, Dasar Luar Malaysia Era Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak: Keutamaan Dalam Aspek Hubungan Dua Hala, UUM Repository

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar negara kita.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara.

      [8]
    3. (c)

      Pelaksanaan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara telah mewujudkan keamanan dan kemakmuran dalam negara kita. Berikan hujah anda bagi menyokong penyataan tersebut.

      [8]