Senarai berikut merupakan wilayah pengaruh dalam salah satu kerajaan Alam Melayu.
• Sungai Mekong
• Segenting Kra
Apakah kerajaan yang dikaitkan dengan wilayah tersebut?
Pemantapan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dilakukan melalui sistem
Pernyataan berikut berkaitan dengan nasionalisme.
Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.
Siapakah tokoh yang memberikan tafsiran di atas?
Parti Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1932 telah melancarkan Revolusi Thai.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian selepas Perang Dunia Pertama.
Perjanjian Versailes → penubuhan Liga Bangsa-Bangsa
Mengapakah Liga Bangsa-Bangsa menemui kegagalan?
Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan nasionalisme berfahaman melampau di Eropah.
Pemimpin: Adolf Hitler | Negara: Jerman
Bagaimanakah tokoh tersebut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 setelah Jepun menyerah kalah.
Mengapakah British memperkenalkan sistem pemerintahan tersebut?
Kerajaan British mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946.
Mengapakah Raja-raja Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union tersebut?
I Raja-raja Melayu dipaksa meletak jawatan
II Raja-raja Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik
III Tanah Melayu menjadi jajahan mutlak kerajaan British
IV Tanah Melayu menjadi tumpuan orang asing
Apakah maksud Persekutuan?
Apakah matlamat Piagam Atlantik yang digubal oleh Britain dan Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1941?
Menjelang tahun 1924, cawangan Parti Kuomintang (KMT) ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negeri Melayu.
Apakah tujuan penubuhan KMT?
Maklumat berikut berkaitan usaha menangani ancaman komunis.
• Dalam bahasa Semai dikenali sebagai Urang Perang
• Mereka lebih dikenali sebagai "The Silent Killers"
Apakah nama pasukan keselamatan di atas yang ditubuhkan oleh British?
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) berperanan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.
Antara isu tersebut ialah
Tokoh yang berikut memberi sumbangan kepada negara sebelum merdeka.
• Dato' Onn Jaafar
• H.S. Lee
• Dr. Ismail Abdul Rahman
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Apakah pilihan raya terawal di negara kita?
Apakah tugas Jawatankuasa Pilihan Raya yang dibentuk pada 1 Februari 1954?
Jadual di bawah berkaitan dengan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tarikh: 18 Januari 1956 hingga 6 Februari | Peristiwa: Rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British di Lancaster House, London
Antara perkara yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah
I kerjasama bidang pertahanan
II pengekalan sistem demokrasi
III hak kerakyatan orang dagang
IV pengenalan Menteri Kewangan
Gambar di bawah menunjukkan Tunku Abdul Rahman diarak ke Padang Hilir, Melaka.
[Gambar; Sumber Arkib Negara Malaysia]
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada rakyat negara ini?
Setelah mencapai kemerdekaan, kuasa menggubal undang-undang peringkat Persekutuan terletak di bawah
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk
Kedaulatan ditakrif sebagai
Bagaimanakah rakyat dapat mengukuhkan pertahanan negara?
Pada tahun 1965, Tunku Abdul Rahman telah membawa usul pindaan perlembagaan di Parlimen.
Apakah perkara yang berkaitan dengan pindaan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang British di Negeri-negeri Selat.
• Charter of Justice I – 1807
• Charter of Justice II – 1826
• Charter of Justice III – 1855
Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?
Rajah berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Malaysia.
P → • Membubarkan Parlimen
• Mengisytiharkan Darurat
P merujuk kepada peranan
Apakah tugas utama Jemaah Menteri?
Dalam sistem pentadbiran kerajaan Malaysia berlaku pemisahan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
Mengapakah pemisahan kuasa tersebut berlaku?
Antara yang berikut, perkara manakah yang terkandung dalam Senarai Negeri?
I Undang-undang Islam
II Pertanian dan perhutanan
III Pendidikan
IV Pertahanan
Rancangan pembentukan Malaysia disokong oleh pihak British kerana menyesuaikannya dengan rancangan dekolonisasi.
Apakah maksud dekolonisasi?
Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966.
Apakah kesannya kepada Malaysia?
Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukan Malaysia.
Antara berikut, yang manakah cabaran dalaman?
I Krisis perlembagaan
II Sosioekonomi
III Campur tangan kuasa luar
IV Tentangan Indonesia dan Filipina
Mengapakah Tunku Abdul Rahman berpendapat pemisahan Singapura merupakan suatu perkara yang tidak dapat dielakkan?
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional dalam bidang politik?
Antara berikut, yang manakah cadangan-cadangan tambahan Laporan Rahman Talib kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
I Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat
II Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
III Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum
IV Sistem persekolahan aneka jurusan
Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.
Apakah matlamat rancangan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan industri kereta buatan Malaysia.
• PROTON (1983)
• PERODUA (1993)
Mengapakah kerajaan menggalakkan industri tersebut?
Antara berikut, yang manakah faktor penggubalan dasar luar Malaysia?
I Kepimpinan
II Persekitaran luar
III Pengaruh kuasa besar
IV Desakan antarabangsa
Gambar 1 adalah berkaitan dengan logo sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia.
[Gambar 1]
Apakah nama pertubuhan tersebut?
Bagaimanakah Malaysia menangani masalah penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa?
Negara-negara kuasa ekonomi dunia melindungi perdagangan mereka melalui