SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa telah bermula sebelum kedatangan Barat.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. (i) (ii) (iii)

      [3]
    2. (b)

      Terangkan tanggungjawab rakyat dalam sesebuah kerajaan.

      [3]
    3. (c)

      Hubungan yang harmoni di antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah akan memajukan negara. Ulaskan.

      [4]
  2. Serangan tentera Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua sebab Jepun menyerang Tanah Melayu? (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah pendudukan Jepun membawa perkembangan nasionalisme di negara kita?

      [4]
    3. (c)

      Perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun memberi iktibar kepada kita untuk mengekalkan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Berikan pendapat anda.

      [4]
  3. Kedaulatan negara.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua ciri negara berdaulat. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Berdasarkan jawapan 3(a), huraikan ciri-ciri negara yang berdaulat.

      [4]
    3. (c)

      Kita perlu mempertahankan kedaulatan negara. Jelaskan.

      [4]
  4. Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.

    10 marks
    1. (a)

      Namakan dua pegawai British yang mencadangkan penubuhan Malaysia. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Mengapakah pegawai-pegawai British tersebut menyokong penubuhan Malaysia.

      [4]
    3. (c)

      Apakah manfaat yang dinikmati oleh rakyat hasil daripada pembentukan Malaysia.

      [4]

Section B

  1. Gagasan Malayan Union diperkenalkan di Tanah Melayu bagi menggantikan Pentadbiran Tentera British (BMA).

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang penubuhan Malayan Union.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan ciri-ciri perlembagaan Malayan Union.

      [8]
    3. (c)

      Andaikan anda pemimpin semasa pelaksanaan Malayan Union. Berikan syor untuk membuat penambahbaikan terhadap Malayan Union supaya diterima oleh rakyat.

      [8]
  2. Sistem Ahli telah dilaksanakan di negara kita dari bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan?

      [4]
    2. (b)

      Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli

      [8]
    3. (c)

      Sekiranya anda terpilih sebagai Ahli Pelajaran semasa pelaksanaan Sistem Ahli, apakah usaha-usaha yang akan anda lakukan demi meningkatkan mutu pendidikan masyarakat tempatan?

      [8]
  3. Maklumat berikut berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia yang diperkenalkan pada 16 September 1963 mengandungi 183 perkara

    20 marks
    1. (a)

      Apakah yang anda faham tentang perlembagaan?

      [4]
    2. (b)

      Huraikan ciri-ciri moden yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

      [8]
    3. (c)

      Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan penting kepada negara kita?

      [8]
  4. Perpaduan kaum.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah yang anda faham dengan konsep perpaduan kaum?

      [4]
    2. (b)

      Pentadbiran British menyebabkan pemisahan kaum dari segi kegiatan ekonomi dan petempatan. Jelaskan.

      [8]
    3. (c)

      Bagaimana perpaduan memberi sumbangan kepada kemajuan negara?

      [8]
  5. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.

    20 marks
    1. (a)

      Nyatakan matlamat penubuhan PBB.

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan sumbangan Malaysia dalam misi pengaman melalui pertubuhan di atas.

      [8]
    3. (c)

      Anda sebagai ketua kerajaan, cadangkan langkah-langkah untuk mengelakkan perang dunia seterusnya.

      [8]