Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Maklumat berikut berkaitan dengan undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat Kesultanan Melayu Melaka. • Hukum Kanun Melaka • Undang-Undang Laut Melaka
10 marks- (a)
Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut?
[3] - (b)
Mengapakah undang-undang tersebut digubal oleh pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?
[3] - (c)
Jelaskan kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara pada hari ini.
[4]
Keterangan berikut menunjukkan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 Penetapan sempadan kawasan pilihan raya → Pendaftaran pengundi → Kempen pilihan raya → X [gambar] → Y [gambar] → Pengumuman keputusan
10 marks
- (a)
Nyatakan proses berikut : (i) X (ii) Y
[2] - (b)
Apakah syarat untuk menjadi pengundi dan calon dalam pilihan raya?
[4] - (c)
Bagaimanakah seseorang warganegara boleh menunaikan tanggungjawabnya dalam pilihan raya?
[4]
Dalam sistem Raja Berperlembagaan terdapat tiga institusi yang berperanan dalam mengurus pentadbiran dan pemerintahan negara.
10 marks- (a)
Nyatakan tiga institusi tersebut. (i) (ii) (iii)
[3] - (b)
Jelaskan tugas eksekutif Yang di-Pertuan Agong.
[3] - (c)
Sistem Raja Berperlembagaan masih relevan pada masa kini? Berikan alasan anda.
[4]
Gambar berikut merupakan ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan ke arah perpaduan kaum. [Poster RUKUN NEGARA - 5 Prinsip Rukun Negara] • Kepercayaan Kepada Tuhan • Kesetiaan Kepada Raja dan Negara • Keluhuran Perlembagaan • Kedaulatan Undang-Undang • Kesopanan dan Kesusilaan
10 marks
- (a)
Jelaskan sejarah pembentukan ideologi tersebut.
[3] - (b)
Mengapakah Prinsip Rukun Negara perlu dihayati oleh seluruh rakyat di negara kita?
[3] - (c)
Perpaduan kaum dapat dipupuk melalui prinsip Rukun Negara. Berikan penjelasan anda.
[4]
Section B
Maklumat berikut berkaitan dengan pendudukan Jepun di negara kita. Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya hanyalah salah satu konsep dan slogan yang diciptakan untuk membenarkan tindakan ganas Jepun di Asia Timur sejak tahun 1930-an hingga berakhirnya Perang Dunia II. Perindustrian merupakan sektor ekonomi yang paling utama buat Jepun yang amat bergantung kepada pengimportan bahan mentah. Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Lingkungan_Kesemakmuran_Bersama_Asia_Timur_Raya; https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Jepun
20 marks- (a)
Mengapakah Jepun menjajah Tanah Melayu?
[4] - (b)
Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah menimbulkan ketegangan antara kaum di negara kita. Jelaskan pernyataan tersebut.
[8] - (c)
Rakyat Malaysia harus mengekalkan keharmonian demi kesejahteraan negara. Beri penjelasan anda.
[8]
Pemasyhuran kemerdekaan negara merupakan detik bersejarah yang perlu dihayati terutamanya oleh generasi muda pada hari ini.
20 marks- (a)
Jelaskan persiapan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara.
[4] - (b)
Gambar berikut menunjukkan sebahagian daripada acara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. [Gambar] Terangkan perjalanan acara sambutan tersebut.
[8]
- (c)
Bagaimanakah anda menghargai nilai kemerdekaan yang dikecapi sekarang?
[8]
Terdapat perbezaan jenis kedaulatan yang diamalkan dan ia berbeza mengikut bentuk pemerintahan dalam sesebuah negara.
20 marks- (a)
Jelaskan kedaulatan berikut: (i) Kedaulatan Tradisional [2 markah] (ii) Kedaulatan Moden [2 markah] (iii) Kedaulatan Undang-Undang [2 markah]
[6] - (b)
Huraikan ciri sebuah negara yang berdaulat.
[6] - (c)
Sebagai seorang pemimpin di Malaysia apakah usaha anda untuk mengekalkan kedaulatan negara?
[8]
Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia kepada wartawan asing di Hotel Adelphi Singapura.
22 marks- (a)
Apakah rasional beliau bersetuju dengan pembentukan Malaysia?
[6] - (b)
Penentangan oleh Indonesia banyak memberi pengalaman kepada Malaysia untuk mengurus krisis pada peringkat serantau dan antarabangsa. (i) Jelaskan tindakan Indonesia untuk menentang pembentukan Malaysia. [4 markah] (ii) Bagaimanakah usaha Malaysia untuk menghadapi penentangan dari Indonesia? [4 markah]
[8] - (c)
Pembentukan Malaysia adalah berasaskan rundingan dan keputusan bersama dalam kalangan pemimpin dan penduduk negara terlibat. Buktikan pernyataan tersebut.
[8]
Malaysia berada di barisan hadapan untuk menyuarakan pandangan tentang isu kemanusiaan dan keamanan dalam pertubuhan antarabangsa.
20 marks- (a)
Jelaskan pelibatan Malaysia dalam isu tersebut?
[4] - (b)
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan Malaysia dalam isu Palestin. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia menjalinkan hubungan erat dengan negara-negara Islam. Komitmen hubungan sebagai asas hubungan luarnya. Malaysia berperanan aktif dalam mencari penyelesaian adil dalam menangani konflik Israel-Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Malaysia terbuka dan lantang memperjuangkan hak asasi rakyat Palestin peringkat dalam negara, serantau dan antarabangsa Sumber: International Journal of Politics, Public Policy and Social Work eISSN: 2637-0980 Journal website: www.ijppsw.com Bagaimanakah Malaysia berperanan membantu negara tersebut?
[8] - (c)
Mengapakah konflik kemanusiaan masih berlaku pada masa ini?
[8]