SPM Tuition
Subject
  1. Maklumat berikut berkaitan wilayah di bawah pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. • Pahang • Kampar • Inderagiri Kesultanan Melayu Melaka memperoleh wilayah tersebut melalui

  2. Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Fasal 26 Hukum Kanun Melaka menetapkan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi Siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan? I Wanita II Hamba III Adik lelaki IV Bapa saudara

  3. Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme yang berlaku di Barat. • Revolusi Keagungan 1688 • Revolusi Perancis 1789 Apakah faktor yang mencetuskan revolusi tersebut?

  4. Bagaimanakah tokoh berikut menghalang penjajahan kuasa Barat? [Gambar: Raja Mongkut, Raja Chulalongkorn]

    Diagram for question 4
  5. Liga Bangsa-Bangsa dibubarkan pada tahun 1946. Apakah peristiwa yang membawa kepada pembubaran tersebut?

  6. Novel berikut dikarang oleh Ahmad Murad Nasaruddin pada abad ke-20. [Gambar: kulit novel Nyawa di Hujung Pedang] Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui novel tersebut?

    Diagram for question 6
  7. Jadual berikut merujuk perkembangan pentadbiran di Tanah Melayu. Tarikh: 12 September 1945 Peristiwa: Pengenalan British Military Administration (BMA) Apakah tujuan pentadbiran tersebut diperkenalkan?

  8. Mengapakah tokoh berikut dihantar ke negara kita? • Sir Harold MacMichael • Gerard T. MacBryan

  9. Jadual berikut merujuk jawatankuasa yang ditubuhkan di Tanah Melayu. Tarikh: 25 Julai 1946 Peristiwa: Penubuhan Jawatankuasa Kerja Mengapakah jawatankuasa tersebut ditubuhkan?

  10. Dialog berikut mungkin berlaku di negara kita pada tahun 1947. Pak Tam: Gabungan PUTERA-AMCJA mengemukakan Perlembagaan Rakyat. Ah Kau: Jika perlembagaan tersebut dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada negara kita. Apakah kesan yang dimaksudkan dalam dialog tersebut?

  11. Gambar berikut merujuk keganasan yang dilakukan oleh komunis di negara kita pada tahun 1940-an. [Gambar: kereta api yang dimusnahkan] Mengapakah komunis bertindak demikian?

    Diagram for question 11
  12. Maklumat berikut merujuk pasukan keselamatan yang diwujudkan di negara kita. • Senoi Praaq • Sarawak Rangers Apakah peranan pasukan tersebut?

  13. Dato' Onn Jaafar telah dilantik sebagai Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri Persekutuan Tanah Melayu. Apakah tanggungjawab beliau?

  14. Maklumat berikut berkaitan cadangan tentang sistem pendidikan di negara kita. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama Cadangan tersebut terkandung dalam

  15. Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya? I Warganegara II Lelaki dewasa III Fasih berbahasa Inggeris IV Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu

  16. Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Apakah peranan kabinet?

  17. Apakah sumbangan tokoh berikut kepada negara kita? • Lord Reid • Sir William Ivor Jennings • Sir William Mckell

  18. Berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, seseorang boleh menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu melalui

  19. Pernyataan berikut berkaitan pengertian kemerdekaan. Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat Siapakah yang mengemukakan pengertian tersebut?

  20. Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961. Apakah tujuan rancangan tersebut dilancarkan?

  21. Peristiwa yang manakah mencetuskan konsep kedaulatan moden?

  22. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengukuhkan pertahanan negara?

  23. Apakah ciri-ciri tradisional yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? I Agama Islam II Bahasa Melayu III Raja Berperlembagaan IV Demokrasi Berparlimen

  24. Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?

  25. Undang-undang berikut diwujudkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang • Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut?

  26. Pilih pasangan yang betul tentang badan dan peranannya dalam pemerintahan di negara kita. (Badan – Peranan)

  27. Rajah berikut menunjukkan tiga peringkat pentadbiran dalam kerajaan Malaysia. Pentadbiran Malaysia → Persekutuan; Negeri; X Apakah X?

  28. Bagaimanakah kerajaan mengekalkan warisan flora dan fauna negara? I Menggalakkan kemasukkan pelancong II Mempergiatkan pelibatan agensi swasta III Menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia IV Memperkenalkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar

  29. Maklumat berikut merupakan idea yang diperjuangkan oleh nasionalis radikal di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Melayu Raya Apakah tujuan idea tersebut?

  30. Tokoh berikut telah mengadakan lawatan ke Sarawak dan Sabah semasa proses pembentukan Malaysia. [Gambar: Dr Burhanuddin al-Helmi, Tun Ghafar Baba] Apakah iktibar yang diperoleh daripada tokoh-tokoh tersebut?

    Diagram for question 30
  31. Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh negara selepas pembentukan Malaysia? I Penentangan Brunei II Pemisahan Singapura III Perpaduan antara kaum IV Pelaksanaan pilihan raya

  32. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi melindungi rakyat daripada ancaman pengganas komunis termasuk pelaksanaan Strategy Counterinsurgency (COIN). Apakah langkah yang diambil melalui strategi tersebut?

  33. Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan?

  34. Apakah resolusi yang telah dicapai dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan Kali Kedua yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 15 April 2017?

  35. Maklumat berikut berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB yang dilaksanakan dari tahun 1970 hingga tahun 1990 menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. Apakah strategi yang dimaksudkan?

  36. Apakah matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) diwujudkan?

  37. Tokoh berikut telah memberikan sumbangan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. [Gambar: Tan Sri Razali Ismail] Beliau memberi sumbangan sebagai

    Diagram for question 37
  38. Apakah usaha yang dilakukan oleh anggota Komanwel dalam menangani masalah kemiskinan?

  39. Peta berikut menunjukkan kawasan yang terlibat dalam Kerjasama Pembangunan Ekonomi Segi Tiga. [Peta: Lingkungan kawasan SIJORI-GT] Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia melalui kerjasama tersebut?

    Diagram for question 39
  40. Antara berikut, yang manakah merupakan sumbangan Malaysia dalam mengekalkan kelestarian global? I Membangkitkan isu Antartika II Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi III Menganjurkan Sidang Kemuncak Bumi IV Melancarkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali