SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Kesedaran nasionalisme telah lama wujud dalam pemikiran dan tindakan tokoh di negara kita. Kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah maksud nasionalisme?

      [2]
    2. (b)

      Kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 di negara kita didorong oleh pengaruh luar dan serantau. Jelaskan.

      [4]
    3. (c)

      Mengapakah semangat nasionalisme perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat di negara kita?

      [4]
  2. Pada 1 Julai 1946, upacara penyerahan Sarawak kepada British berlangsung di hadapan bangunan Mahkamah Pangkalan Batu, Kuching. Peristiwa ini telah memberi kesedaran dan membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan sebab penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada British.

      [3]
    2. (b)

      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah masyarakat Sarawak mempertahankan kedaulatan dan maruah bangsa?

      [3]
    3. (c)

      Apakah iktibar yang anda peroleh daripada peristiwa penentangan rakyat di Sarawak?

      [4]
  3. Peta menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat. [Peta Malaysia dan negara jiran dengan sempadan antarabangsa. Sumber: Buku teks hlm. 8]

    10 marks
    Diagram for question 3
    1. (a)

      Nyatakan maksud kedaulatan.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri negara berdaulat.

      [4]
    3. (c)

      Sebagai rakyat yang patriotik, apakah cadangan anda untuk mengekalkan kedaulatan negara?

      [4]
  4. Selepas pembentukan Malaysia, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan kemakmuran dan kedaulatan negara terpelihara.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua cabaran dalaman yang dihadapi pada waktu tersebut. i. ii.

      [2]
    2. (b)

      Pada pandangan anda, bagaimanakah cabaran di (a) dapat diatasi?

      [4]
    3. (c)

      Petikan akhbar berikut berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. "…sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik adalah menjadi kewajipan kita untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan menahan diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan mengakibatkan konflik dan kekacauan. Semangat muhibah terhasil apabila rakyat yang berasal dari etnik dan agama yang berbeza saling menghormati antara satu sama lain, sentiasa berhati-hati dan menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum". (Diubahsuai daripada Berita Harian, 9 September 2019) Berikan ulasan mengapakah kita perlu menjaga keharmonian kaum di Malaysia.

      [4]

Section B

  1. Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946 bagi merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah cadangan jawatankuasa tersebut yang dijadikan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [8]
    3. (c)

      Petikan berkaitan tentang Persekutuan Tanah Melayu 1948: "...Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutuan yang bermula daripada kekosongan. Pada peringkat awal, ia adalah pemersekutuan sembilan Kerajaan Melayu berdaulat dengan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948, diikat melalui Perjanjian Persekutuan." (Sumber: Berita Harian) Bincangkan manfaat yang diperoleh daripada kejayaan pembentukan Persekutuan tersebut.

      [8]
  2. Gambar berikut merujuk proses pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955 sebagai langkah ke arah mencapai kemerdekaan. (Sumber: www.utusan.com.my)

    20 marks
    Diagram for question 6
    1. (a)

      Jelaskan proses pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu.

      [6]
    2. (b)

      Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk hasil kejayaan pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu. Bincangkan peranan kabinet tersebut.

      [6]
    3. (c)

      "…sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu memanfaatkan pilihan raya bagi memilih wakil dan pemimpin negara. Hak rakyat untuk membuat pilihan hendaklah digunakan dengan bijak bagi meneruskan amalan sistem demokrasi di negara kita. Pelaksanaan pilihan raya yang adil akan memastikan kestabilan politik dan pembangunan negara dapat diteruskan." (Sumber: diubah suai daripada keratan akhbar Berita Harian, 4 Oktober 2019) Huraikan kepentingan pilihan raya kepada negara yang merdeka.

      [8]
  3. Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan negara kita. "Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini". (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 5, hlm. 38)

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Persekutuan.

      [6]
    2. (b)

      Bagaimanakah amalan demokrasi dilaksanakan dalam badan perundangan di negara kita?

      [6]
    3. (c)

      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, huraikan kepentingan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita.

      [8]
  4. Gambar menunjukkan keunikan dan kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia.

    20 marks
    Diagram for question 8
    1. (a)

      Apakah usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memperkasakan perpaduan rakyat?

      [6]
    2. (b)

      Rukun Negara KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN Jelaskan matlamat Rukun Negara dalam usaha melahirkan masyarakat bersatu padu, aman dan sejahtera.

      [6]
    3. (c)

      "Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama menjadi cabaran kepada negara dalam usaha membentuk keharmonian, keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya." (Sumber: BH, 31 Januari 2020, Enizahura Abdul Aziz) Berdasarkan kenyataan tersebut, terangkan kepentingan memperkukuh perpaduan rakyat negara ini.

      [8]
  5. Gambar berikut berkaitan pelibatan Malaysia dalam isu global kontemporari. [Gambar: Delegasi negara anggota ASEAN dalam Mesyuarat Kali ke-40 Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Perkara Dadah di Siem Reap, Kemboja, 2019.]

    20 marks
    Diagram for question 9
    1. (a)

      Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia bagi mencegah penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa?

      [6]
    2. (b)

      Malaysia memainkan peranan penting pada peringkat antarabangsa dalam isu kemanusiaan dan keamanan. Buktikan.

      [6]
    3. (c)

      Kerjasama dalam kalangan masyarakat penting bagi mengawal penularan wabak penyakit di Malaysia. Berikan ulasan anda.

      [8]