Senarai berikut berkaitan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.
• Raja
• Undang-undang
• Wilayah Pengaruh
• X
Apakah X ?
Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka berasaskan sistem Pembesar Empat Lipatan.
Apakah jawatan yang berperanan menjaga keselamatan Kota Melaka ?
Gambar 1 merupakan tokoh nasionalis yang memberi sumbangan besar di Tanah Melayu pada abad ke-20.
[Gambar 1: Dato' Onn Jaafar]
Apakah pendapat beliau berkaitan maksud nasionalisme?
Gerakan Islah di Mesir muncul disebabkan oleh imperialisme barat pada abad ke-19.
Apakah seruan gerakan tersebut?
Bagaimanakah British menyekat kegiatan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Pertama?
I Memperkenalkan undang-undang
II Menubuhkan pasukan ketenteraan
III Mengawal pergerakan parti politik
IV Mewujudkan badan perisikan
Gambar 2 adalah novel karya Ahmad Murad Nasaruddin pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
[Gambar 2]
Apakah mesej yang disampaikan melalui karya tersebut?
Bagaimanakah cara Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union?
I Melalui ugutan
II Melakukan desakan
III Memalsukan dokumen
IV Membuat pakatan
Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.
Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
Apakah matlamat Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan oleh British pada 25 Julai 1946?
Bagaimanakah kewarganegaraan secara pendaftaran diperoleh dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Gambar 3 menunjukkan pihak yang terlibat dalam Rundingan Baling pada 28 Disember 1955.
[Gambar 3: Wakil kerajaan; Wakil Parti Komunis]
Apakah tuntutan pihak kerajaan terhadap Parti Komunis Malaya dalam rundingan tersebut?
I Mendaftarkan pertubuhan
II Membayar ganti rugi
III Meletakkan senjata
IV Menyerah diri
Pada zaman darurat pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan di Tanah Melayu.
Apakah kesan situasi tersebut?
Masalah ketegangan kaum yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
Bagaimanakah CLC berusaha menangani cabaran tersebut?
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951?
Gambar 4 berkaitan perkara yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali di negara kita.
[Gambar 4]
Apakah rumusan yang dapat dibuat daripada gambar tersebut?
Apakah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955?
Jadual 1 berkaitan Rundingan Kemerdekaan di London.
Tarikh: 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956
Pihak yang terlibat: British dan Perwakilan Tanah Melayu
Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan tersebut?
Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat reaksi daripada parti-parti berikut.
• UMNO
• Parti PAS
• Parti Negara
Apakah persamaan reaksi tersebut?
Gambar 5 merujuk kepada upacara penurunan bendera Union Jack pada malam 30 Ogos 1957 di Tanah Melayu.
[Gambar 5]
Apakah simbolik peristiwa tersebut?
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara Komanwel selepas merdeka?
Maklumat berikut berkaitan dengan takrif kedaulatan dalam Bahasa Arab.
Daulah
Apakah maksud perkataan tersebut?
Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat mewujudkan perpaduan kaum pada masa kini ?
Apakah bidang kuasa raja sebagai ketua eksekutif di peringkat negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan?
Mengapakah perlembagaan Tanah Melayu 1957 telah dipinda pada tahun 1963?
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
• Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
• Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut ?
Rajah 1 berkaitan dengan prinsip kebebasan asasi dalam Perlembagaan Malaysia.
Prinsip Kebebasan Asasi:
• Kebebasan Diri
• Kebebasan Beragama
• Hak Berkenaan dengan Pendidikan
• Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Apakah tujuan prinsip tersebut dilaksanakan?
Apakah perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan Perlembagaan Malaysia?
Apakah tujuan penubuhan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) pada tahun 2013?
Mengapakah Suruhanjaya Cobbold dibentuk pada Januari 1962?
I Meninjau reaksi penduduk
II Menyebar maklumat tentang Malaysia
III Menyediakan rangka perlembagaan
IV Mengemukakan laporan kepada British
Gambar 6 merujuk kepada majlis menandatangani Perjanjian Persetujuan Normalisasi di Jakarta pada 11 Ogos 1966 .
[Gambar 6]
Apakah kepentingan perjanjian tersebut ?
Apakah cabaran yang dihadapi dalam membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Malaysia?
Maklumat berikut berkaitan usul Tunku Abdul Rahman ketika membahaskan pemisahan Singapura daripada Malaysia.
Pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan
...So it does seem completely impossible to arrive at a solution whereby we can hope to pull along together and work together in the interest and for the common good of our beloved country.
Sumber : Penyata Perbahasan di Dewan Rakyat 9 Ogos 1965
Apakah isu yang membawa kepada usul tersebut ?
Apakah resolusi yang dicapai melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada 22 Jun 1956?
Gambar 7 menunjukkan dua orang penggiat seni di negara kita.
[Gambar 7: Hamzah Dolmat; Samuel Dass]
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Maklumat berikut berkaitan usaha kerajaan bagi membangunkan masyarakat bumiputera di negara kita.
• Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)
Apakah kesan penubuhan institusi tersebut?
Bagaimanakah strategi berikut dapat memastikan kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
• Estet Perindustrian
• Taman Teknologi Perindustrian
• Zon Perindustrian Bebas
Antara berikut yang manakah faktor penggubalan dasar luar Malaysia?
I Keperluan Nasional
II Ikatan Sejarah
III Pengaruh luar
IV Desakan antarabangsa
Apakah sumbangan Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam bidang pendidikan?
Bagaimanakah Malaysia menyelesaikan isu tuntutan bertindih pulau berikut?
• Pulau Batu Putih
• Pulau Sipadan
• Pulau Ligitan
Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare) kepada rakyat Syria?