SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka: • Kerajaan • X • Lambang Kebesaran • Kedaulatan • Y • Wilayah Pengaruh

    10 marks
    1. (a)

      Apakah X dan Y?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri – ciri di 1 (a)

      [4]
    3. (c)

      Generasi hari ini perlu mempertahankan warisan negara bangsa. Beri pandangan anda.

      [4]
  2. Gambar 1 menunjukkan suasana semasa pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 di Tanah Melayu. [Gambar 1]

    10 marks
    Diagram for question 2
    1. (a)

      Nyatakan dua syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya tersebut.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

      [4]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan sikap segelintir rakyat yang kurang peka tentang kepentingan sistem demokrasi di Malaysia. "Seramai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih" Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sumber : Akhbar Sinar Harian 9 September 2020 Cadangkan langkah bagi menangani masalah tersebut.

      [4]
  3. Peta 1 menunjukkan negeri yang menyertai gagasan Persekutan Malaysia pada tahun 1963. [Peta 1]

    10 marks
    Diagram for question 3
    1. (a)

      Namakan tokoh yang mengemukakan idea gagasan tersebut. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan faktor pembentukan Malaysia.

      [4]
    3. (c)

      Kejayaan pembentukan Malaysia adalah hasil kesepakatan antara pemimpin negara. Terangkan.

      [4]
  4. Maklumat berikut merujuk Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh parlimen Sumber: Perkara 152 Perlembagaan Malaysia

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

      [3]
    2. (b)

      Mengapakah generasi kini kurang menggunakan bahasa Melayu dengan betul?

      [3]
    3. (c)

      Bagaimanakah pantun berikut dapat menggambarkan pengamalan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Yang merah itu saga Yang kurik itu kendi Yang indah itu bahasa Yang molek itu budi

      [4]

Section B

  1. Peristiwa berikut telah membawa kepada pengisytiharan darurat pada 17 Jun 1948 di Tanah Melayu. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan keganasan komunis yang mengancam keselamatan negara pada ketika itu.

      [4]
    2. (b)(i)

      Terangkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan British bagi membanteras ancaman komunis dalam aspek berikut: (i) Penguatkuasaan undang-undang darurat

      [4]
    3. (b)(ii)

      (ii) Perang Saraf

      [4]
    4. (c)

      Gambar 2 berkaitan poster sambutan Hari Polis yang diadakan setiap tahun di negara kita. [Gambar 2] Sebagai warganegara yang patriotik, apakah peranan anda untuk menghargai jasa pasukan keselamatan negara?

      [8]
      Diagram for question 5 (c)
  2. Gambar 3 menunjukkan peristwa perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. [Gambar 3]

    20 marks
    Diagram for question 6
    1. (a)

      Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan takrifan kemerdekaan.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan persediaan untuk menyambut pemasyhuran kemerdekaan di Tanah Melayu.

      [8]
    3. (c)

      Bagaimana semangat jati diri rakyat Malaysia dapat membina negara bangsa yang utuh.

      [8]
  3. Institusi Yang di-Pertuan Agong merupakan sebahagian daripada sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan mengenai institusi Yang di-Pertuan Agong.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

      [8]
    3. (c)

      Berdasarkan maklumat berikut, mengapakah institusi ini perlu dipertahankan? Dalam politik Malaysia yang semakin kompleks, peranan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja semakin relevan dan signifikan Sumber : Berita Harian 15 Jun 2020

      [8]
  4. Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara yang diperkenalkan pada tahun 1970.

    20 marks
    1. (a)(i)

      (i) Nyatakan latar belakang pembentukan DEB.

      [2]
    2. (a)(ii)

      (ii) Apakah strategi DEB?

      [2]
    3. (b)

      Huraikan langkah pelaksanaan DEB bagi memajukan ekonomi negara.

      [8]
    4. (c)

      Sistem pendidikan yang berteraskan kemahiran dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat di negara kita. Jelaskan.

      [8]
  5. Kebijaksanaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu global telah meningkatkan imej negara di persada dunia.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan isu global kontemporari yang dihadapi oleh Malaysia?

      [6]
    2. (b)

      Huraikan usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam menjayakan misi kemanusian berikut : • Palestin • Tsunami di Aceh dan Sri Lanka

      [6]
    3. (c)

      Pandemik Covid-19 adalah wabak penyakit berjangkit yang melanda dunia pada masa kini. Bagaimanakah rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian wabak tersebut?

      [8]