Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas campur tangan kuasa asing.
Apakah yang anda faham dengan maksud kedaulatan?
Konsep waadat ialah perjanjian yang dilakukan oleh Demang Lebar Daun yang mewakili golongan diperintah dengan Sang Sapurba yang mewakili golongan pemerintah.
Apakah kesan wujudnya hubungan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan maksud nasionalisme.
Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.
Siapakah tokoh yang menjelaskan idea tersebut?
Tokoh-tokoh berikut menunjukkan kesungguhan dalam menentang penjajah pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
• Tok Janggut
• Penghulu Dol Said
• Dato’ Maharaja Lela
Apakah persamaan perjuangan mereka?
I Bersifat setempat
II Bekerjasama dengan British
III Menuntut kemerdekaan daripada British
IV Mendaulatkan wilayah masing-masing
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan nasionalisme di Eropah.
Pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Apakah nama kapal perang British yang berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan?
I Repulse
II HMS Dido
III Royal Navy
IV Prince of Wales
Jadual berikut menunjukkan peningkatan harga barang di Tanah Melayu dari bulan Disember 1941 hingga bulan Ogos 1945.
Barang | Unit | Sebelum Perang Disember 1941 (Dolar Selat) | Disember 1944 (Mata Wang Jepun) | Julai 1945 (Mata Wang Jepun) | Selepas Perang Ogos 1945 (Mata Wang Jepun)
Beras | Per Kati | 0.06 | 8.20 | 36.00 | 75.00
Gula | Per Kati | 0.08 | 18.00 | 72.00 | 120.00
Mengapakah berlakunya peningkatan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan wakil British di Tanah Melayu dan Sarawak.
• Sir Harold MacMicheal
• Gerard T. MacBryan
Kedua-dua wakil ini menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu dan ketua tempatan.
Apakah cara yang digunakan oleh mereka?
Mengapakah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946?
British melaksanakan dasar dekolonisasi yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Piagam Atlantik.
Apakah yang anda faham dengan prinsip piagam tersebut?
Rajah berikut merupakan pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British untuk membanteras kegiatan komunis.
X
• Membuat rondaan di pinggir hutan
• Membawa bekalan makanan
• Menjaga kubu
Apakah X?
Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Darurat.
• Memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan
• Penggunaan kad pengenalan
Mengapakah British berbuat demikian?
Maklumat berikut berkaitan perubahan slogan United Malays National Organisation (UMNO).
Hidup Melayu → Merdeka
Apakah yang menyebabkan perubahan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan isu yang diselesaikan melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum.
Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan
Bagaimanakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum menyelesaikan isu tersebut?
Rajah berikut menunjukkan antara proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Pendaftaran Pengundi → Penamaan Calon → X → Mengundi → Pengiraan Undi → Pengumuman Keputusan
Apakah X?
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Apakah peranan kabinet tersebut?
Maklumat berikut berkaitan misi rundingan di London pada tahun 1956.
• Empat orang wakil Raja-raja Melayu
• Empat orang wakil Parti Perikatan
Apakah tujuan rundingan tersebut?
Antara berikut, yang manakah merupakan kaedah untuk mendapat kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu?
I Penghijrahan
II Perkahwinan
III Permohonan
IV Penguatkuasaan undang-undang
Jawatankuasa Persediaan Fizikal diwujudkan sebagai persiapan meraikan kemerdekaan negara.
Apakah peranan utama jawatankuasa tersebut?
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) telah memberi tumpuan pada sektor luar bandar.
Apakah tujuan penubuhan rancangan tersebut?
Kedaulatan penting bagi memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain.
Bagaimanakah Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar?
I Mengadakan perjanjian
II Meningkatkan imej negara
III Memupuk perpaduan kaum
IV Menjalin hubungan diplomatik
Antara berikut, yang manakah peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara?
Maklumat berikut berkaitan asas pembentukan perlembagaan negara kita.
• Raja sebagai pemerintah
• Rakyat memberikan ketaatsetiaan
• Undang-undang ditentukan oleh raja
Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat tersebut?
Asas pembentukan Demokrasi Berparlimen ialah pilihan raya umum pada tahun 1955.
Apakah tujuan pilihan raya tersebut diadakan?
Maklumat berikut berkaitan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Melayu.
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
Persidangan Durbar pertama telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.
Apakah peranan Durbar?
Pilih pasangan yang betul berkaitan dengan pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Pilihan Jawapan | Kerajaan Persekutuan | Kerajaan Negeri
Maklumat berikut berkaitan dengan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan.
• FELDA
• FELCRA
Apakah persamaan kedua-dua agensi tersebut?
Maklumat berikut berkaitan tokoh yang mengemukakan idea pembentukan Malaysia pada akhir abad ke-19.
• Merupakan Pesuruhjaya Tinggi British
• Mencadangkan penyatuan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi
Siapakah tokoh tersebut?
Indonesia telah mengisytiharkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia pada 20 Januari 1963.
Mengapakah Indonesia bertindak sedemikian?
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah perang saraf yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi ancaman Komunis.
• Mengisytiharkan kawasan putih
• Tawaran program pengampunan
• X
Apakah X?
Maklumat berikut berkaitan langkah yang diambil oleh pihak keselamatan negara.
• Strategi Counterinsurgency (COIN)
• Perjanjian Kerjasama Sempadan
Apakah tujuan langkah tersebut dijalankan?
Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada tahun 1960.
Mengapakah slogan tersebut dilancarkan?
Maklumat berikut berkaitan ideologi negara dalam usaha membentuk perpaduan rakyat.
• Dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969
• Hasil daripada perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara yang dibentuk oleh MAGERAN
Apakah yang boleh dikaitkan dengan maklumat tersebut?
Mengapakah rancangan Buku Hijau diperkenalkan?
Mengapakah kerajaan memperkenalkan Zon Perindustrian Bebas?
Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia.
Apakah sumbangan tersebut?
I Menyertai misi pengaman
II Menghantar pasukan pemerhati
III Membebaskan negara yang dijajah
IV Menyarankan penggunaan dinar emas
Maklumat tersebut berkaitan dasar yang diamalkan oleh Malaysia.
• Mengamalkan dasar neutral dan berkecuali
• Menjalinkan hubungan lebih terbuka
Apakah pertubuhan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan isu pertindihan sempadan yang melibatkan negara Malaysia.
Isu | Negara terlibat
Tuntutan Pulau Batu Putih | Malaysia dan Singapura
Tuntutan Pulau Sipadan | Malaysia dan Indonesia
Bagaimanakah negara kita menyelesaikan isu tersebut?
Maklumat berikut berkaitan isu Antartika sebagai warisan sejagat.
Tarikh | Tempat | Persidangan
1983 | New Delhi, India | Sidang kemuncak NAM ke-7
Apakah pandangan Malaysia dalam mesyuarat tersebut?