Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman kerana idea tersebut berkait rapat dengan pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam.
10 marks- (a)
Apakah maksud nasionalisme?
[3] - (b)
Bagaimanakah peranan agama menyumbang kepada kemunculan gerakan nasionalisme pada abad ke-20?
[3] - (c)
Semangat nasionalisme perlu diterapkan dalam kalangan warganegara Malaysia. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya warganegara Malaysia tidak mempunyai semangat nasionalisme?
[4]
Serangan tentera Jepun bermula di Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 manakala di Sarawak dan Sabah bermula pada 16 September 1941.
10 marks- (a)
Apakah tujuan kedatangan Jepun ke negara kita?
[2] - (b)
Jelaskan dasar pentadbiran Jepun di 2(a).
[4] - (c)
Pada pandangan anda, apakah iktibar yang diperoleh daripada pendudukan tentera Jepun di negara kita?
[4]
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting untuk memastikan segala usaha pembangunan dapat memberikan manfaat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara.
10 marks- (a)
Nyatakan bidang kuasa: (i) Senarai Persekutuan [1 markah] (ii) Senarai Negeri [1 markah]
[2] - (b)
Jelaskan kerjasama sosioekonomi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pembangunan tanah.
[4] - (c)
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mampu meningkatkan ekonomi negara. Jelaskan pernyataan tersebut.
[4]
Maklumat berikut merupakan dasar kerajaan yang bermatlamatkan perpaduan dan integrasi nasional. • Dasar Kebudayaan Kebangsaan • Akta Bahasa Kebangsaan
10 marks- (a)
Nyatakan prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
[2] - (b)
Apakah usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
[4] - (c)
Bagaimanakah dasar tersebut mampu mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional di negara kita?
[4]
Section B
Maklumat berikut berkaitan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Malaysia pada hari ini bukan sebuah persekutuan yang bermula daripada kekosongan. Pada peringkat awal ia adalah pemersekutuan sembilan kerajaan Melayu berdaulat dan dua Negeri Selat pada 21 Januari 1948 yang diikat melalui perjanjian persekutuan. Sumber : https://www.bharian.com.my
20 marks- (a)
Terangkan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[4] - (b)
Jelaskan isi kandungan perjanjian tersebut.
[8] - (c)
Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mewujudkan kerjasama kaum dan membentuk identiti negara. Beri penjelasan anda.
[8]
Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih wakil dalam membentuk kerajaan. Di negara kita, pilihan raya bermula dari peringkat majlis perbandaran diikuti peringkat negeri dan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
20 marks- (a)
Terangkan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
[6] - (b)
Jelaskan syarat-syarat untuk menjadi calon dan pengundi dalam pilihan raya tersebut.
[6] - (c)
Sejauh manakah pilihan raya penting dalam sistem demokrasi di negara kita?
[8]
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong satu-satunya jawatan unik di dunia. Yang di-Pertuan Agong dipilih Majlis Raja-Raja dalam kalangan sembilan Raja Melayu bagi tempoh lima tahun, sekali gus tidak memegang jawatan itu seumur hidup seperti raja lain di dunia. Institusi Yang di-Pertuan Agong sangat signifikan bagi rakyat kerana ia disanjung tinggi dan berperanan penting dalam kestabilan politik, ekonomi serta sosial negara. Ia bukan hanya bersifat ceremonial dan rubber stamp, sebaliknya institusi tertinggi berdasarkan Perlembagaan bagi mengetuai Persekutuan Malaysia. Sumber : https://www.bharian.com.my
20 marks- (a)
Jelaskan fungsi Majlis Raja-Raja.
[4] - (b)
Huraikan bidang tugas Yang di-Pertuan Agong dalam pemerintahan negara kita.
[8] - (c)
Sistem Raja Berpelembagaan perlu dipertahankan dalam pemerintahan negara kita. Jelaskan pernyataan ini.
[8]
Pembentukan Malaysia memperlihatkan kerjasama tokoh dari Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura. Kesepakatan antara semua pihak ini berjaya melahirkan sebuah negara yang gah dan masyhur dari segi politik, ekonomi, dan sosial.
20 marks- (a)
Jelaskan idea pembentukan Malaysia oleh penduduk tempatan.
[4] - (b)
Terangkan langkah-langkah pembentukan Malaysia.
[8] - (c)
Pada pandangan anda, apakah kebaikan pembentukan Malaysia kepada rakyat pada masa ini?
[8]
Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an. Perubahan yang berlaku dalam ekonomi, sosial dan politik pada peringkat antarabangsa turut memberikan kesan kepada negara kita.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.
[6] - (b)
Malaysia mempunyai peranan penting dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Bincangkan.
[6] - (c)
Kebijaksanaan pemimpin berjaya memperkukuh dasar luar negara kita. Ulas pernyataan ini.
[8]