SPM Tuition
Subject
  1. Raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat. Mengapa?

  2. Apakah peranan seorang pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Pernyataan di bawah merujuk kepada tafsiran tokoh berkaitan dengan nasionalisme. Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya. Siapakah tokoh yang memberi tafsiran tersebut?

  4. Undang-undang berikut dihasilkan oleh ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke. Bill Of Rights Apakah tujuan undang-undang tersebut digubal?

  5. Apakah masalah yang dihadapi oleh negara kita selepas Perang Dunia Kedua? I Kemakmuran ekonomi dimanipulasi II Keselamatan negara dipertingkatkan III Pemulihan kuasa pemimpin tempatan IV Pengenalan pelbagai undang-undang

  6. Berikut merupakan propaganda yang digunakan oleh Jepun dalam usaha menakluki negara kita. • Asia untuk Orang Asia • Semangat Asia Apakah tujuan propaganda tersebut?

  7. Apakah tujuan utama British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 September 1945?

  8. Bagaimanakah bantahan Raja-Raja Melayu terhadap penentangan Malayan Union?

  9. Matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja adalah untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Siapakah yang menganggotai jawatankuasa tersebut? I Wakil Raja-raja Melayu II Wakil orang dagang III Gabenor General IV Wakil UMNO

  10. Mengapakah pentadbir British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  11. Terdapat pertubuhan yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China. Apakah pertubuhan tersebut?

  12. Rancangan Briggs merupakan langkah yang berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis. Apakah tujuan utama rancangan ini dilancarkan pada tahun 1950?

  13. Matlamat di bawah merujuk kepada matlamat sesebuah parti politik yang mencetuskan idea negara merdeka. Memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya Apakah parti tersebut ?

  14. Laporan Pendidikan berikut diterbitkan pada tahun 1951. Laporan Fenn-Wu Apakah tujuan penerbitan laporan ini? I Memansuhkan sekolah vernakular II Menggubal kurikulum yang seragam III Mengkaji Pendidikan Sekolah Cina IV Mencadangkan penambahbaikan sekolah Cina

  15. Di manakah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan?

  16. Apakah tugas Setiausaha Kolonial dalam pilihan raya bagi Kerajaan Tempatan di Sabah?

  17. Gambar berikut menunjukkan perarakan Tunku Abdul Rahman ke Banda Hilir, Melaka selepas tiba dari London. Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

    Diagram for question 17
  18. Parti UMNO dan PAS telah menolak keras isu kewarganegaraan jus soli dalam draf perlembagaan. Apakah alasan yang diberikan oleh kedua parti tersebut?

  19. Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita. “Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan” Siapakah tokoh yang memberikan definisi kemerdekaan di atas?

  20. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keistimewaan negara kita dalam mencapai kemerdekaaan berbanding dengan negara lain?

  21. Apakah tafsiran tokoh berikut berkaitan kedaulatan? Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

    Diagram for question 21
  22. Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?

  23. Ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan ialah

  24. Dalam pindaan Perlembagaan 1965 berkaitan pemisahan Singapura, semua perkara berkaitan Singapura dimansuhkan iaitu I Imigresen II Pengangkutan III Perfileman IV Pertahanan

  25. Gambar berikut berkaitan dengan cap Mohor Besar Raja-Raja. Apakah kepentingan cap mohor tersebut?

    Diagram for question 25
  26. Rajah yang berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita. [Rajah: Yang di-Pertuan Agong; Majlis Raja-Raja; Badan Perundangan, Badan Eksekutif, X] Kuasa badan X ialah ?

    Diagram for question 26
  27. Maklumat berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan. • Senarai Persekutuan • Senarai Negeri • Senarai Bersama Antara yang berikut, perkara manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan? I Hal Ehwal Tanah II Pendidikan III Pertahanan IV Undang-undang Islam

  28. Struktur organisasi berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas di Sabah. [Rajah: Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSCOM (Perdana Menteri Malaysia) → Pengerusi Jawatankuasa ESSZONE (Ketua Menteri Sabah) → Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM; Komander ESSCOM] Mengapakah pentadbiran di atas diperkenalkan?

    Diagram for question 28
  29. Apakah matlamat tokoh berikut yang mencadangkan penggabungan semua tanah jajahan British di Asia Tenggara?

    Diagram for question 29
  30. Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi?

  31. Petikan di bawah adalah ucapan Tunku Abdul Rahman pada satu sesi perbahasan di Parlimen pada 9 Ogos 1965. PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.... "... so it does seem completely impossible to arrive at a solution whereby we can hope to pull along together and to work together in the interest and for the common good of our beloved country." Apakah maksud "perkara yang tidak dapat dielakkan" oleh Tunku Abdul Rahman dalam ucapan tersebut?

    Diagram for question 31
  32. Gambar berikut menunjukkan ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan ekoran berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969. Apakah tanggungjawab MAGERAN?

    Diagram for question 32
  33. Kedudukan bahasa Melayu dimartabatkan melalui Akta Bahasa Kebangsaan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan?

  34. Slogan “Malaysia Boleh” membawa kejayaan pasukan badminton Malaysia ketika menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992. Apakah nilai yang tersirat daripada slogan tersebut?

  35. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk untuk mencapai matlamat melalui strategi serampang dua mata. Apakah matlamat tersebut?

  36. Jadual berikut merujuk kawasan perindustrian baharu yang diwujudkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Jenis Perindustrian | Kawasan Estet Perindustrian | Shah Alam Taman Teknologi Perindustrian | Kulim, Kedah Zon Perindustrian Bebas | Pelabuhan Klang Apakah ciri ciri Taman Teknologi Perindustrian?

  37. Mengapakah dasar luar penting kepada sesebuah negara?

  38. Antara berikut, apakah manfaat yang diterima oleh Malaysia menerusi penyertaan dalam pertubuhan Komanwel?

  39. Anugerah berikut diberikan kepada warganegara Malaysia yang memberi sumbangan dalam bidang

    Diagram for question 39
  40. Gambar berikut menunjukkan misi Ekspedisi Antartika YPASM 2016. Apakah cadangan Malaysia dalam isu Antartika?

    Diagram for question 40