SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. [Rajah: Kerajaan — Rakyat — X — Wilayah Pengaruh; Y — Undang-undang]

    10 marks
    1. (a)

      Apakah X dan Y ? X : ... Y : ...

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka berikut: (i) Kerajaan [2 markah] (ii) Rakyat [2 markah]

      [4]
    3. (c)

      Apakah peranan rakyat dalam pembangunan negara pada hari ini? Berikan pendapat anda.

      [4]
  2. Gambar menunjukkan Force 136 yang berjuang menentang pendudukan Jepun di negara kita. [Gambar: Pasukan Wataniah Pahang; Gerila Melayu Kedah]

    10 marks
    Diagram for question 2
    1. (a)

      Nyatakan cara penentangan mereka terhadap Jepun.

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah Gerakan anti-Jepun berikut dilaksanakan? (i) Operasi Semut di Sarawak [2 markah] (ii) Pemberontakan Jesselton (Double Tenth) di Sabah [2 markah]

      [4]
    3. (c)

      Bagaimanakah sifat berani berkorban yang ditonjolkan oleh pasukan tentera boleh diteladani oleh generasi kini bagi memantapkan kedaulatan negara.

      [4]
  3. Demokrasi Berparlimen diterima sebagai sistem pentadbiran negara kita dan dilaksanakan dengan cara tersendiri yang mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan ciri demokrasi yang terdapat dalam negara kita.

      [3]
    2. (b)

      Mengapakah pilihan raya menjadi amalan penting dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen?

      [3]
    3. (c)

      Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan untuk mewujudkan pilihan raya yang telus dan adil?

      [4]
  4. Malaysia turut terlibat dalam program yang dilaksanakan oleh Komanwel yang menonjolkan kewibawaan negara kita di peringkat dunia serta lantang menyuarakan pandangan dalam pelbagai isu antaranya isu berkaitan Dasar Aparteid yang telah menarik perhatian Komanwel.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Aparteid?

      [3]
    2. (b)

      Terangkan penglibatan Malaysia dalam usaha menentang pelaksanaan dasar tersebut.

      [3]
    3. (c)

      Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghormati hak asasi manusia?

      [4]

Section B

  1. Gambar berikut menunjukkan kemusnahan yang dilakukan oleh komunis di negara kita semasa Darurat di Tanah Melayu 1948 – 1960. [Gambar: Kemusnahan akibat serangan Komunis]

    20 marks
    Diagram for question 5
    1. (a)

      Mengapakah darurat diisytiharkan oleh pihak British?

      [6]
    2. (b)

      Huraikan kesan darurat terhadap sosioekonomi Tanah Melayu.

      [6]
    3. (c)

      Pelaksanaan darurat sangat relevan kepada negara kita hingga ke hari ini. Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

      [8]
  2. Kemerdekaan sememangnya sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Tanah Melayu. Bagi memastikan detik ini bermakna kepada negara dan rakyat, beberapa persediaan telah diatur pada peringkat Persekutuan dan negeri.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Jawatankuasa Sambutan dalam persediaan menyambut kemerdekaan.

      [6]
    2. (b)

      Detik yang penuh bersejarah telah berlangsung di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Terangkan peristiwa tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Petikan berikut berkaitan dengan kemerdekaan negara. GEORGE TOWN, 9 Ogos – Sempena menyambut bulan kemerdekaan ini, seorang veteran Tentera Darat Malaysia (TDM) hari ini menyeru agar rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada peristiwa yang terjadi pada masa lepas untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat patriotik. Yahya Hussain, 65, berkata, masyarakat khususnya anak muda perlu menanamkan semangat cintakan negara dan mempertahankan keamanan negara yang dilihatnya semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat. “Harapan saya buat rakyat Malaysia khususnya anak muda yang akan mewarisi negara supaya sentiasa menjaga keamanan, jangan runtuhkan kemerdekaan yang kita telah kecapi. Bukan senang untuk capai kemerdekaan, orang terdahulu bermati-matian untuk keamanan kita sekarang. Sebagai individu yang sanggup menggadaikan nyawa demi keamanan dan perpaduan negara, beliau sedih melihat segelintir pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab sengaja mewujudkan provokasi demi kepentingan sendiri. “Seorang anggota keselamatan diibarat sebagai mati hidup semula, bagai pagar yang melindungi semua. Buat generasi muda, kenang dan hayatilah perjuangan orang terdahulu. Fikir sebelum bertindak, hargai keamanan ini,” katanya. Sumber : BERNAMA, 9 Ogos 2019 Jelaskan maklumat yang anda perolehi daripada petikan tersebut. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita pada hari ini?

      [8]
  3. Kedaulatan merupakan perkara asas dalam sesebuah negara. Kedaulatan amat penting kerana ia dianggap satu aset bagi mempertahankan kemerdekaan dan ketuanan negara untuk tidak terus dijajah.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah yang anda faham dengan konsep kedaulatan?

      [4]
    2. (b)

      Pemerintah dan rakyat perlu bekerjasama untuk mempertahankan kedaulatan negara. Bagaimanakah kerjasama tersebut dapat dilaksanakan?

      [8]
    3. (c)

      Kedaulatan negara kita terancam kerana wujudnya cabaran dari luar. Pada pendapat anda, apakah cabaran luar yang menggugat keamanan negara pada masa kini?

      [8]
  4. Gambar berikut menunjukkan istiadat pengisytiharan Malaysia secara serentak di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. [Gambar: Istiadat Pengisytiharan Malaysia 1963.]

    20 marks
    Diagram for question 8
    1. (a)

      Pengisytiharan ini adalah persetujuan negeri-negeri yang terlibat mematuhi perjanjian Julai 1963. Apakah yang anda faham tentang Perjanjian Julai 1963?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 kepada penduduk Sarawak dan Sabah.

      [8]
    3. (c)

      Sejauh manakah Perjanjian Malaysia dibentuk dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan semua negeri anggota? Beri penjelasan anda.

      [8]
  5. Petikan berikut merujuk kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) “DEB yang berlangsung dari 1970 hingga 1990 terbukti mencapai kejayaan dalam mencorakkan Malaysia dengan objektif membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat iaitu daripada kadar 50 peratus pada awal 70-an kepada kurang satu peratus ketika ini”. Sumber : Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    20 marks
    1. (a)

      Huraikan latar belakang pembentukan DEB di negara kita.

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah DEB meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar dan bandar?

      [8]
    3. (c)

      Keratan akhbar berikut merujuk kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia masa kini. DEB masih relevan, akan diperkasa. KUALA LUMPUR: Dasar Ekonomi Baharu (DEB) akan terus diperkasa menerusi dasar lebih strategik yang bersesuaian dengan keperluan semasa, bagi memastikan ia kekal relevan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebagai kerajaan yang peduli rakyat, pengagihan ekonomi perlu dilakukan secara adil kepada rakyat mengikut keperluan masing-masing. “Dalam langkah kerajaan meneliti semula dasar utama negara, pembangunan sosio-ekonomi orang Melayu dan Bumiputera tetap menjadi agenda penting tanpa meminggir kaum lain di negara ini. Mohamed Azmin berkata, DEB memberi penekanan terhadap agenda serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi merapatkan jurang ekonomi. “Semangat DEB diteruskan menerusi dasar selepasnya iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan Model Ekonomi Baharu (MEB). “Ia selaras dengan usaha ke arah mencapai matlamat kesaksamaan sosio-ekonomi dan perpaduan negara. Sumber : Berita Harian.com.my, 1 November 2018 Berdasarkan keratan akhbar tersebut, apakah yang dapat anda jelaskan berkenaan dengan pelaksanaan DEB? Bagaimanakah keadaan negara sekiranya jurang ekonomi antara kaum masih tidak diatasi sehingga hari ini.

      [8]