SPM Tuition
Subject
  1. Laksamana merupakan salah seorang pembesar daripada Pembesar Berempat. Apakah peranan laksamana?

  2. Hukum Kanun Melaka digubal berasaskan syariah dan hukum adat. Apakah perkara yang dilarang semasa berurus niaga?

  3. Jadual berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18 Tahun | Revolusi 1688 | Revolusi Keagungan di England 1789 | Revolusi Perancis Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

  4. Apakah iktibar yang boleh diperolehi daripada kebangkitan nasionalisme?

  5. Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?

  6. Apakah kesan penggunaan mata wang Jepun yang dikenali sebagai “wang pokok pisang”?

  7. Rajah berikut menunjukkan faktor yang menimbulkan penentangan penyerahan Sarawak FAKTOR PENENTANGAN: • Menggunakan tipu muslihat • Mengetepikan surat wasiat • X Apakah X?

  8. Apakah slogan yang digunakan oleh UMNO dalam penentangan terhadap Malayan Union?

  9. Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu. 1 April 1946: Malayan Union → 1 Februari 1948: Persekutuan Tanah Melayu Apakah faktor yang menyebabkan perubahan pentadbiran tersebut?

  10. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948 merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu yang menentang Malayan Union. Mengapakah orang Melayu menerima penubuhan PTM 1948?

  11. Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani ancaman komunis?

  12. Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap negara kita pada ketika itu? Tahun | Peristiwa 1948 - 1960 | Darurat I Perkembangan ekonomi terjejas II Hubungan antara kaum renggang III Kemerdekaan semakin sukar dicapai IV Syarat kerakyatan telah diperketatkan

  13. Apakah kepentingan Sistem Ahli 1951 kepada pentadbiran Tanah Melayu?

  14. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan sebelum merdeka. • Sekolah Melayu • Sekolah Cina • Sekolah Tamil • Sekolah Agama Apakah kesan sistem pendidikan tersebut kepada negara?

  15. Apakah kepentingan pilihan raya dalam proses pembentukan kerajaan?

  16. Pasangan manakah yang betul tentang syarat untuk menjadi pengundi dan syarat untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955? (Syarat Menjadi Pengundi | Syarat Menjadi Calon)

  17. Apakah sumbangan tokoh berikut kepada Persekutuan Tanah Melayu? • Dato’ Haji Wahab Abd Aziz • Encik Abdul Aziz Abdul Majid • Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said • Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmod

  18. Apakah perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian berikut Tarikh | Perjanjian 8 Februari 1956 | Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu

  19. Bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman. Bagaimanakah pemilihan tersebut ditentukan?

  20. Jata Negara telah diperkenalkan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1957. Apakah kepentingan lambang tersebut kepada negara?

  21. Berikut adalah perkataan Bahasa Yunani berkaitan kedaulatan. • Supernuus • Superanus Apakah maksud perkataan tersebut?

  22. Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia?

  23. Undang-undang tertinggi sesebuah negara dikenali sebagai

  24. Apakah undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Selat?

  25. Maklumat berikut berkaitan dengan Durbar. Durbar dibentuk pada tahun 1897 seiring dengan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Mengapakah Durbar dibentuk?

  26. Gambar berikut menunjukkan permukaan Mohor Besar Raja-Raja. [Gambar] Apakah fungsi alat tersebut ?

    Diagram for question 26
  27. Mengapakah berlaku pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

  28. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pentadbiran Kerajaan Malaysia. • Membangunkan perumahan awam • Menyediakan perkhidmatan kecemasan Apakah peringkat pentadbiran yang menjalankan peranan tersebut?

  29. Bagi pihak pegawai British, idea gagasan Malaysia ialah penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi. Apakah matlamat utama penyatuan wilayah tersebut?

  30. [Gambar: Sir Gerald Templer] Mengapakah tokoh di atas meminta idea gagasan Malaysia disegerakan?

    Diagram for question 30
  31. Apakah faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia? I Tuntutan faedah percukaian II Hak sama rata untuk semua kaum III Pembukaan pasaran bersama IV Hak sebagai pelabuhan bebas

  32. Gambar menunjukkan rusuhan kaum yang berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964. [Gambar] Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?

    Diagram for question 32
  33. Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang saling berkait rapat melalui dua proses yang berbeza Apakah persamaan antara perpaduan kaum dan integrasi nasional?

  34. • Dasar Pendidikan Kebangsaan • Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu • Dasar Kebudayaan Kebangsaan • Sukan Malaysia (SUKMA) Mengapakah kerajaan melaksanakan langkah-langkah di atas secara konsisten?

  35. Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970 - 1990 Apakah tujuan DEB dilaksanakan?

  36. Rancangan Buku Hijau merupakan salah satu pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilancarkan oleh Tun Abdul Rahman pada 20 Disember 1974. Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

  37. Kerajaan-kerajaan berikut telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China. • P’an-p’an • Langkasuka • Chih-t’u Bagaimanakah hubungan tersebut dijalinkan?

  38. Perang Dingin ialah konflik politik yang melibatkan dua kuasa iaitu negara Blok Barat dengan negara Blok Timur. Apakah kesan Perang Dingin kepada Malaysia?

  39. Bagaimanakah kerajaan Malaysia menyelesaikan isu global berikut? Penyalahgunaan dadah

  40. Anugerah berikut mula diperkenalkan pada tahun 1991. [Gambar: Anugerah Langkawi] Anugerah ini menjadi bukti komitmen Malaysia dalam

    Diagram for question 40