Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Rajah 1 di bawah menunjukkan hierarki sosial dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. [Rajah 1: Hierarki Sosial Kesultanan Melayu Melaka — Sultan dan Pembesar (Golongan Pemerintah); Rakyat (Golongan Diperintah)]
10 marks
- (a)
Nyatakan peranan rakyat dalam memastikan keunggulan Kesultanan Melaka. (i) (ii)
[2] - (b)
Peranan pembesar telah berjaya memastikan keunggulan pentadbiran Kesultanan Melaka. Buktikan.
[4] - (c)
Sejauh manakah kepatuhan rakyat terhadap pemimpin dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini?
[4]
Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diserahkan kepada British. Penyerahan itu menimbulkan pelbagai reaksi penduduk tempatan.
10 marks- (a)
Senaraikan tokoh tempatan di Sarawak yang terlibat dengan gerakan menentang penyerahan Sarawak kepada British. (i) (ii)
[2] - (b)
Bentuk penentangan penduduk tempatan Sarawak terhadap penyerahan Sarawak kepada British • Mengadakan Demonstrasi • Meletakkan Jawatan Beramai-ramai Berdasarkan maklumat di atas jelaskan bentuk penentangan tersebut.
[4] - (c)
Sebagai generasi muda pada hari ini, apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa gerakan anti-penyerahan di Sarawak?
[4]
Penubuhan Suruhanjaya Cobbold pada Januari 1962 merupakan antara usaha ke arah pembentukan Malaysia. [Gambar]
10 marks
- (a)
Namakan anggota Suruhanjaya Cobbold. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan laporan Suruhanjaya Cobbold.
[4] - (c)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan penubuhan Suruhanjaya Cobbold terhadap pembentukan Malaysia?
[4]
Rukun Negara telah diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970. Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara telah dicipta sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara diperkenalkan. [Logo Rasmi Sambutan Jubli Emas Rukun Negara]
10 marks
- (a)
Terangkan maksud logo Rukun Negara berikut. (i) Lima jalur (ii) Bulan dan bintang
[2] - (b)
Jelaskan matlamat Rukun Negara.
[4] - (c)
Prinsip Rukun Negara mampu memperkukuh dan mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Beri ulasan anda.
[4]
Section B
Dasar pemerintahan tentera Jepun diterima daripada Panglima Agung Japanese Southern Army untuk dilaksanakan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Dasar pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami melalui dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (2019, ms 70)
20 marks- (a)
Apakah faktor-faktor kedatangan Jepun di negara kita?
[4] - (b)
• Dasar ekonomi • Dasar sosial Penyataan di atas merujuk kepada antara dasar-dasar yang dijalankan oleh pemerintahan Jepun di negara kita. Jelaskan.
[8] - (c)
Pendudukan Jepun meninggalkan banyak kesan terhadap masyarakat dan Tanah Melayu. Jelaskan dengan menggunakan pengetahuan sejarah dan pengetahuan am anda.
[8]
(Tiada petikan rangsangan; soalan bermula dengan bahagian (a).)
20 marks- (a)
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan di negara kita?
[4] - (b)
Sistem Ahli mempunyai ciri-ciri tertentu. Jelaskan.
[8] - (c)
Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli. Tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British iaitu • Hal Ehwal Ekonomi • Perindustrian dan Perhubungan Sosial • Perumahan dan Kerja Raya Bersetujukah anda dengan pengekalan bidang tersebut di bawah kuasa British? Berikan alasan anda.
[8]
Petikan berikut merupakan sebahagian titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI bersempena adat istiadat pertabalan baginda. Sesungguhnya institusi Yang di-Pertuan Agong; adalah amat penting dalam sistem kenegaraan Malaysia. Demokrasi berparlimen memberi peluang kepada rakyat untuk berperanan secara langsung dalam membentuk kerajaan. Manakala; raja berperlembagaan memberi legitimasi kepada pembentukan kerajaan. Sumber: http://www.istananegara.gov.my/wpcontent/uploads/2019/08/16.-titah-kdymm-spb-ydasempena-istiadat-pertabalan-kdymm-spb-yang-dipertuan-agong-xvi-30.7.2019.pdf [Gambar: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah]
20 marks
- (a)
Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik?
[4] - (b)
Nyatakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan negara kita.
[8] - (c)
Bagaimanakah cara anda menunjukkan rasa hormat kepada Institusi Raja Berperlembagaan di negara kita?
[8]
Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan gagasan Pembentukan Malaysia dalam satu majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura.
20 marks- (a)
Apakah rasional idea pembentukan Malaysia?
[6] - (b)
Pembentukan Malaysia mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Jelaskan reaksi positif tempatan terhadap idea pembentukan Malaysia.
[6] - (c)
Rancangan pembentukan Malaysia 1963 memberikan manfaat kepada semua wilayah yang menjadi anggotanya sehingga hari ini. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut?
[8]
Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain mengikut keperluan dan kepentingan negara sejak zaman kerajaan-kerajaan Melayu lagi.
20 marks- (a)
Apakah kepentingan hubungan luar kepada Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15?
[4] - (b)
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menggubal dasar luar yang dinamik. Terangkan faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
[8] - (c)
Dasar luar Malaysia membawa kemakmuran kepada negara kita. Buktikan.
[8]