SPM Tuition
Subject
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh?

  2. [Ilustrasi Gajah Mada] Bagaimanakah Raja dalam kerajaan Alam Melayu memperkukuhkan kedudukannya?

    Diagram for question 2
  3. Apakah faktor perbezaan idea nasionalisme antara negara dengan zaman?

  4. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapat tokoh mengenai nasionalisme. Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain. Siapakah tokoh yang memberikan tafsiran nasionalisme tersebut?

  5. Antara berikut, yang manakah faktor berlakunya Perang Dunia Pertama? I Persaingan kuasa imperialis II Pakatan ketenteraan III Perselisihan faham IV Mendapatkan barang mewah

  6. Antara berikut, yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama? I Krisis Manchuria II Kemuncak krisis Balkan III Kesan Perjanjian Versailles IV Kegagalan perjanjian pelucutan senjata

  7. Rajah 1 merujuk kepada pentadbiran Malayan Union. X → Majlis Eksekutif → Majlis Eksekutif Rajah 1 Siapakah tokoh yang boleh dikaitkan dengan X?

  8. Apakah inti pati syarat kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli?

  9. Antara berikut, tokoh manakah merupakan wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja? I Dato Hamzah Abdullah II Haji Mohamad Sheriff Osman III Dato Abdul Rahman Mohd Yassin IV Haji Megat Yunus

  10. Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah cadangan yang disarankan oleh jawatankuasa tersebut?

  11. Gambar menunjukkan kegiatan komunis di Tanah Melayu sekitar tahun 1925. Apakah yang anda faham mengenai ideologi Komunisme?

    Diagram for question 11
  12. Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha membuka cawangan mereka di Tanah Melayu?

  13. Pada pendapat anda, mengapakah pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) merupakan satu tindakan yang wajar bagi negara berbilang bangsa?

  14. Maklumat berikut berkaitan dengan isu kedudukan ekonomi orang Melayu. Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum lain dalam sektor perniagaan dan perusahaan Bagaimanakah isu tersebut diatasi melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

  15. Apakah tujuan pilihan raya diadakan di Tanah Melayu pada ketika itu?

    Diagram for question 15
  16. Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan Raya. Sebelum proses Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Persekutuan diadakan, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Raya Apakah peranan jawatankuasa tersebut?

  17. Gambar di atas berkaitan dengan perhimpunan bersejarah yang pernah berlaku di negara kita. Apakah tujuan perhimpunan tersebut diadakan?

    Diagram for question 17
  18. Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 terdiri daripada beberapa tokoh. Apakah fungsi penubuhan suruhanjaya tersebut?

    Diagram for question 18
  19. Apakah pengertian kemerdekaan menurut Soekarno, Presiden Indonesia?

  20. Penyataan berikut berkaitan dengan pendapat tokoh tentang kemerdekaan. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada cengkaman kuasa dan minda penjajah, tetapi merangkumi penghayatan semangat jiwa menyayangi negara dengan sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara melalui apa cara sekalipun. Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan penyataan di atas?

  21. Kedaulatan berdasarkan Rajah 2 boleh dilihat daripada beberapa sudut pandangan. Sumber | Perkataan Bahasa Inggeris | Sovereignty Rajah 2 Berdasarkan takrifan dari sudut bahasa, apakah yang boleh dimaksudkan kedaulatan dari perkataan bahasa Inggeris?

  22. Maklumat di Rajah 3 berkaitan dengan pandangan tokoh tentang kedaulatan sesebuah negara. X → Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan Rajah 3 Berdasarkan pernyataan di atas, siapakah tokoh X?

  23. Sebelum kedatangan kuasa Barat ke negara kita, undang-undang dan adat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat. Apakah kepentingan undang-undang dan adat Melayu? I Panduan raja II Punca kuasa raja III Menjamin hak rakyat IV Kawalan pembesar

  24. Undang-undang berikut diambil daripada undang-undang yang digubal di England Charter of Justice Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

  25. Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) Pemerintahan negeri Melayu diterajui oleh Raja Melayu. Apakah bukti pernyataan tersebut?

  26. Berbanding dengan raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kedudukan raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah lebih kukuh. Mengapakah hal demikian berlaku?

  27. Apakah kepentingan peranan Kerajaan Tempatan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan hari ini?

  28. Apakah kepentingan kerja sama erat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

  29. Mengapakah Brunei yang pada peringkat awal mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia namun akhirnya mengubah pendirian dan menarik diri? I Isu kemerdekaan II Sultan hilang kuasa III Peranan Parti Rakyat IV Kepentingan kekayaan

  30. Apakah reaksi dari negara Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia?

    Diagram for question 30
  31. Senarai berikut berkaitan dengan hasil bumi yang terdapat di Sarawak dan Sabah. • Lada hitam • Kayu balak • Petroleum Apakah kepentingan hasil bumi tersebut berikutan pembentukan Malaysia?

  32. Sarawak dan Sabah kaya dengan hasil hutan dan sumber alam seperti ilustrasi di atas. Mengapakah usaha mengimbangi pembangunan dan ekonomi di kedua-dua negeri tersebut menjadi satu cabaran?

    Diagram for question 32
  33. Rajah 4 berikut boleh dikaitkan dengan pelaksanaan dasar sosial untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Dasar Sosial → Dasar Pendidikan Kebangsaan, Kebudayaan Kebangsaan, X, Y Rajah 4 Merujuk kepada Rajah 4 di atas, apakah X dan Y? I Parti politik II Pilihan raya III Rukun Negara IV Bahasa kebangsaan

  34. Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan dalam memajukan ekonomi negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Pembangunan Negara (DPN) Apakah tujuan negara kita melaksanakan dasar tersebut?

  35. Senarai berikut berkaitan dengan rancangan pembangunan untuk penduduk luar bandar • Kegiatan gerakan Koperasi • Penerokaan tanah baharu Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui rancangan pembangunan tersebut?

  36. Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974. Apakah objektif rancangan tersebut?

    Diagram for question 36
  37. Tahun 1990-an menyaksikan Malaysia mula menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun di Afrika dan negara di Kepulauan Pasifik Selatan. Apakah faktor utama yang membawa kepada perubahan tersebut?

  38. Dasar luar Malaysia berubah selari dengan perkembangan negara. Apakah ciri dasar luar Malaysia berikutan perkembangan yang berlaku pada tahun 1970-an?

  39. Maklumat berikut berkaitan dengan isu kemanusiaan dan keamanan yang diperjuangkan oleh Malaysia tercinta. Isu Palestin ← Isu Syria Mengapakah tercetusnya kedua-dua isu tersebut?

  40. Mengapakah Malaysia memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat Syria?