Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Pernyataan berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Thailand. Thailand adalah antara beberapa negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa besar di dunia. Hal ini kerana nasionalisme di negara tersebut dipelopori oleh Raja Thailand yang melakukan pemodenan dalam pentadbiran untuk menjadikan Thailand negara yang bebas daripada penjajahan kuasa Barat. Sumber : Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (2019), m.s 31
10 marks- (a)
Nyatakan dua (2) tokoh pemodenan pentadbiran yang terlibat dengan gerakan nasionalisme di Thailand.
[2] - (b)
Jelaskan pemodenan pentadbiran yang dilakukan oleh tokoh di 1(a).
[4] - (c)
Sebagai seorang pemimpin, bagaimanakah anda dapat memodenkan pentadbiran negara supaya seiring dengan abad ke-21?
[4]
Peta berikut menunjukkan kemaraan tentera Jepun menguasai Tanah Melayu dan Singapura.
10 marks
- (a)
Mengapakah negara kita menjadi sasaran Jepun setelah dikenakan sekatan ekonomi oleh pihak bersekutu?
[2] - (b)
Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula serentak di Kota Bharu dan Thailand. Terangkan serangan Jepun sehingga penawanan Singapura.
[4] - (c)
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengajaran yang diperoleh rakyat Malaysia daripada peristiwa kedatangan Jepun di negara kita?
[4]
Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya.
10 marks- (a)
Terangkan ciri negara berdaulat yang berikut. (i) Pemerintahan
[2] - (b)
Senaraikan kepentingan mewujudkan sebuah negara yang berdaulat.
[4] - (c)
Generasi muda pada hari ini perlu mempertahankan kedaulatan negara kita. Ulaskan.
[4]
Peristiwa rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah hubungan antara kaum di negara kita.
10 marks- (a)
Nyatakan dua sebab perpaduan kaum menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
[2] - (b)
Mengapakah berlakunya tragedi 13 Mei 1969 di negara kita?
[4] - (c)
Tema : Perpaduan Teras Kejayaan Berdasarkan tema Hari Kebangsaan di atas, berikan pendapat anda dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini.
[4]
Section B
Pilihan raya menyaksikan pengamalan sistem demokrasi di sesebuah negara. Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih wakil dalam membentuk kerajaan.
20 marks- (a)
Jelaskan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
[4] - (b)
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955. Terangkan peranan kabinet pertama.
[8] - (c)
Pada pendapat anda, jelaskan ciri pemimpin yang mampu melonjakkan kecemerlangan negara ke persada dunia.
[8]
PENDUDUKAN JEPUN (Feb 1942-12 Sept 1945) → British Military Administration (BMA) (Sept 1945-Mac 1946) → Malayan Union (April 1946) → Persekutuan Tanah Melayu 1948 → Ancaman Komunis & Pengisytiharan Darurat (1948-1960) Rajah 1 : Rentetan sejarah negara kita yang meninggalkan pelbagai reaksi dan ikhtibar kepada pemimpin dan penduduk tempatan selepas Pendudukan Jepun sehingga selepas merdeka 31 Ogos 1957. British memperkenalkan Malayan Union untuk menggantikan British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union menjadi asas kepada penyatuan orang Melayu sehingga sebulat suara menentang Malayan Union.
20 marks- (a)
Terangkan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union.
[4] - (b)
Pelaksanaan Malayan Union ditolak dan ditentang oleh Orang Melayu dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Jelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dari aspek pentadbiran dan kuasa Raja-Raja Melayu.
[8] - (c)
Kejayaan pemimpin tempatan menentang Malayan Union dan menangani ancaman komunis menjadi inspirasi kepada kita rakyat Malaysia. Jika anda adalah pemimpin masa depan, bagaimanakah anda memainkan peranan menggerakkan masyarakat supaya menghargai sumbangan tokoh dan pegawai keselamatan yang menjaga keamanan dan keharmonian negara dari dahulu hingga kini. Bincangkan.
[8]
Dasar Pembangunan Nasional merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru yang dirangka untuk tempoh masa 10 tahun iaitu 1991-2000.
20 marks- (a)
Apakah matlamat dan objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
[4] - (b)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) meneruskan strategi asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu menyusun semula masyarakat dengan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Jelaskan langkah-langkah dalam DPN untuk mencapai hasrat tersebut.
[8] - (c)
Usaha membasmi kemiskinan bukan sahaja terletak di bahu kerajaan, tetapi setiap individu perlu berusaha untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Bagaimanakah usaha tersebut dapat direalisasikan oleh setiap individu pada masa kini? Berikan penjelasan anda.
[8]
Pembentukan sistem Persekutuan di negara kita bermula sejak tahun 1896. Sistem Persekutuan telah memantapkan pentadbiran negara kita pada hari ini.
20 marks- (a)
Jelaskan konsep sistem Persekutuan di negara kita.
[4] - (b)
Terangkan peranan berikut: (i) Pentadbiran Kerajaan Negeri [4 markah] (ii) Pentadbiran Kerajaan Persekutuan [4 markah]
[8] - (c)
Konsep pembahagian kuasa yang diamalkan di negara ini membawa manfaat kepada rakyat Malaysia. Buktikan pernyataan tersebut.
[8]
Gambar berikut menunjukkan Malaysia memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha mengekalkan kelestarian global. [Gambar: Anugerah Langkawi; Sidang Kemuncak Bumi PBB di Rio de Janeiro, Brazil] Sumber : http://ras.doe.gov.my Dicapai pada 15 Ogos 2020. Sumber : http://sgerendask.com Dicapai pada 8 Julai 2020.
20 marks
- (a)
Jelaskan kepentingan pengisytiharan Deklarasi Langkawi.
[4] - (b)
Terangkan usaha negara dalam mengekalkan kelestarian global bersama-sama dengan pertubuhan antarabangsa.
[8] - (c)
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga dan mengekalkan keaslian alam sekitar?
[8]