SPM Tuition
Subject
  1. Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyatnya. Bagaimanakah rakyat membalas tanggungjawab tersebut?

  2. Bagaimanakah sesuatu sempadan kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

  3. Senarai berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah. • Revolusi Perancis • Revolusi Amerika • Revolusi Perindustrian Apakah kesannya?

  4. Gambar 1 dan Gambar 2 menunjukkan tokoh nasionalisme di Asia Tenggara. Gambar 1: Raja Chulalongkorn Gambar 2: Soekarno Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

    Diagram for question 4
  5. Tokoh luar negara berikut telah mempengaruhi gerakan reformis Islam di seluruh dunia. SYEIKH MUHAMMAD ABDUH Apakah bukti yang menunjukkan beliau berpengaruh?

  6. Petikan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua. Pada 1 September 1939, Hitler (Jerman) mara ke sempadan Poland. Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang. Sumber: B.H. Liddell Hart, History of The Second World War, Da Capo Press 1990 Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?

  7. Apakah matlamat utama British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada 1946?

  8. Jadual berikut menunjukkan usaha orang Melayu menentang Malayan Union. Tarikh: 1 – 4 Mac 1946 Peristiwa: Kongres Melayu Pertama Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

  9. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu? I Ketegasan Melayu II Perpaduan III Menggalakkan penjajahan IV Menyokong golongan radikal

  10. Pernyataan berikut merujuk kepada peranan raja dan pemimpin Melayu. Sikap kerjasama Raja-raja Melayu dan para pemimpin Melayu telah merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Apakah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan sikap tersebut?

  11. Rajah berikut merujuk kepada penyebaran ideologi komunis di Tanah Melayu. Pertubuhan Komunis Antarabangsa → Pertubuhan ini telah mengarahkan parti-parti komunis di Eropah supaya menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia Bagaimanakah fahaman komunis disebarkan di Tanah Melayu? I Parti Perikatan II Parti Kuomintang III Parti Komunis Nanyang IV Parti Komunis Sarawak

  12. Apakah tujuan utama penubuhan parti berikut? Tahun 1930 → Parti Komunis Malaya ditubuhkan

  13. Perbincangan antara Sir Henry Gurney dengan Dato' Onn Ja'afar telah mewujudkan Sistem Ahli. Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk Tanah Melayu?

  14. Akta Pelajaran 1961 telah digubal berasaskan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Rahman Talib 1960. Antara berikut, yang manakah syor laporan tersebut? I Pelajaran percuma di sekolah rendah II Sekolah rendah dijadikan sekolah jenis umum III Bahasa Cina dan Tamil diajar di semua sekolah IV Semua peperiksaan awam dalam bahasa kebangsaan

  15. Rajah berikut berkaitan dengan tujuan penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya → Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas Apakah fungsi penting Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia? I Menentukan sempadan pilihan raya II Menjalankan pendaftaran pilihan raya III Dewan Rakyat IV Memilih ahli Dewan Negara

  16. Konvensyen Kebangsaan telah dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

  17. Pada bulan Mac 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk membincang dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut dinamakan

  18. Bagaimanakah pemisahan kuasa persekutuan dengan kuasa negeri diwujudkan?

  19. Jadual berikut menjelaskan tentang pemasyhuran kemerdekaan. Tarikh: 31 Ogos 1957 Perkara: Pemasyhuran Kemerdekaan Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Kesan daripada peristiwa tersebut terhadap Persekutuan Tanah Melayu ialah

  20. Mengikut Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, rakyat tempatan diberi hak mutlak dalam pemerintahan negara. Bagaimanakah hal ini dapat dibuktikan?

  21. Manakah antara berikut merupakan ciri negara berdaulat?

  22. Apakah peranan pemerintah dalam memastikan kedaulatan negara dijaga? I Menghormati agama lain II Sejarah menjadi mata pelajaran teras III Tidak mengamalkan rasuah dalam pentadbiran IV Menggubal undang-undang melindungi negara

  23. Maklumat berikut merujuk kepada undang-undang Negeri Melayu. Negeri | Undang-undang Pahang | Hukum Kanun Pahang Kedah | Undang-undang Kedah Apakah implikasi daripada pengenalan undang-undang tersebut?

  24. Terdapat tiga perkara utama perlembagaan yang dipinda pada tahun 1963. Manakah pindaan yang melibatkan Mahkamah Tinggi Borneo?

  25. Bagaimanakah pentadbiran tentera Jepun mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu?

  26. Manakah antara berikut merupakan bidang kuasa Parlimen? I Meminda Perlembagaan II Meluluskan bajet negara III Melaksanakan dasar negara IV Menentukan bentuk tindakan

  27. Rajah di bawah berkaitan pembahagian kuasa. Pembahagian kuasa → Kerajaan Persekutuan → Kerajaan Negeri → X Apakah bidang kuasa X?

  28. Apakah usaha kerajaan bagi membantu penduduk miskin di bandar?

  29. Apakah bentuk idea gagasan Malaysia yang dikemukakan sebelum Perang Dunia Kedua?

  30. Mengapakah wujud penentangan pembentukan Malaysia oleh Filipina?

  31. Apakah peristiwa yang berlaku berkaitan Singapura pada tarikh di bawah? 7 Ogos 1965

  32. Soalan berikut berkaitan perjanjian di bawah. Perjanjian Hat Yai 2 Disember 1989 Apakah persetujuan yang dicapai menerusi perjanjian tersebut?

  33. Bagaimanakah perpaduan dan integrasi kaum diperoleh dalam aspek politik? I Penggabungan parti-parti politik negara II Pembentukan Majlis Muhibah Negara 1969 III Penerusan Rancangan Pembangunan Lima Tahun IV Penambahbaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan

  34. Seksyen 2 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjelaskan urusan rasmi kerajaan dilaksanakan menggunakan bahasa Melayu. Apakah aspek yang mewakili seksyen tersebut?

  35. Strategi DEB ialah membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Manakah antara isu yang berkaitan dengan strategi tersebut?

  36. Manakah antara berikut adalah pencapaian hasil pelaksanaan DEB dan DPN?

  37. Senarai berikut adalah hubungan Melaka dengan kerajaan asing. • Makassar • China • Siam • Pasai • Ryukyu Apakah bentuk hubungan tersebut?

  38. Penglibatan Malaysia dalam misi pengaman mendapat pengiktirafan daripada badan dunia, PBB. Manakah misi pengaman yang melibatkan negara antara tahun 1992 hingga 1995?

  39. Mengapakah Kepulauan Spratly menjadi tuntutan banyak negara?

  40. Gambar 3 menunjukkan situasi yang dihadapi oleh masyarakat Palestin. [Gambar 3 tiada dalam salinan imbasan] Apakah usaha yang dilakukan oleh NGO Malaysia bagi membantu masyarakat tersebut? I Menghantar bantuan keperluan harian II Mengadakan demonstrasi aman III Menyeludup senjata untuk rakyat Palestin IV Menghantar pejuang untuk berjuang bersama rakyat Palestin