Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu golongan memerintah dan diperintah.
10 marks- (a)
Senaraikan dua golongan yang diperintah. (i) ... (ii) ...
[2] - (b)
Jelaskan dua ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.
[4] - (c)
Mengapakah kita perlu memelihara warisan bangsa Kesultanan Melayu Melaka?
[4]
Keganasan komunis di negara kita telah menyebabkan kesengsaraan dan ketakutan kepada rakyat. Bagi mengatasi ancaman komunis, British telah menubuhkan pelbagai pasukan keselamatan.
10 marks- (a)
Namakan dua pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). (i) ... (ii) ...
[2] - (b)
Mengapakah kita perlu mengukuhkan pertahanan negara kita?
[4] - (c)
Bagaimanakah keadaan negara kita pada hari ini, sekiranya ancaman komunis tidak berjaya diatasi? Berikan hujah anda.
[4]
Rajah berikut berkaitan dengan latar belakang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ciri Tradisional → Pemerintahan Beraja → Agama Islam → X → Y
10 marks- (a)
Apakah ciri X dan Y? X: ... Y: ...
[2] - (b)
Kesultanan atau pemerintahan beraja merupakan satu ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan. Jelaskan tentang ciri tersebut.
[4] - (c)
Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, cadangkan langkah-langkah bagi melahirkan warganegara yang sentiasa patuh kepada Perlembagaan negara.
[4]
Gambar 1 menunjukkan tragedi berdarah yang berlaku di negara kita. Gambar 1: Rusuhan Kaum 13 Mei 1969
10 marks
- (a)
Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969?
[2] - (b)
Cadangkan langkah-langkah bagi mengelakkan berlakunya rusuhan.
[2] - (c)
Apakah kesan terhadap sesebuah negara sekiranya rusuhan berlaku dan tidak dapat dikawal?
[3] - (d)
Mengapakah perpaduan penting kepada negara kita yang penduduknya berbilang kaum?
[3]
Section B
Rajah menunjukkan faktor Perang Dunia Kedua di Eropah. Perang Dunia → Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles → Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
20 marks- (a)
Bagaimanakah kedua-dua faktor tersebut mencetuskan Perang Dunia Kedua (1939-1945)?
[6] - (b)
Jelaskan peristiwa Perang Dunia Kedua di Eropah.
[6] - (c)
Bagaimanakah pemimpin negara dunia boleh memastikan peristiwa perang dunia tidak berulang?
[8]
Sistem Ahli telah dilaksanakan pada tahun 1951 yang merupakan kabinet bayangan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
20 marks- (a)
Jelaskan latar belakang pembentukan Sistem Ahli.
[6] - (b)
Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.
[6] - (c)
Bagaimanakah Sistem Ahli meningkatkan perpaduan kaum di Tanah Melayu pada masa itu?
[8]
Raja berperlembagaan merupakan sebahagian daripada pentadbiran negara.
20 marks- (a)
Jelaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong.
[6] - (b)
Huraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman.
[6] - (c)
Pada pendapat anda, mengapakah institusi Yang di-Pertuan Agong dianggap sebagai tonggak keagungan Kerajaan Malaysia?
[8]
DEB ingin mengatasi jurang sosioekonomi melalui strategi bersifat serampang dua mata iaitu dengan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
20 marks- (a)
Apakah usaha yang diambil dalam strategi membasmi kemiskinan di bawah DEB 1970 – 1990?
[6] - (b)
Berikut adalah isu sosioekonomi yang dihadapi semasa DEB dilancarkan. Jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera Jelaskan usaha kerajaan mengatasi isu tersebut.
[6] - (c)
Apakah kesan sekiranya isu dalam 8(b) tersebut tidak ditangani oleh kerajaan?
[8]
Malaysia memainkan peranan dalam isu global terutamanya demi menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.
20 marks- (a)
Apakah isu global yang dihadapi oleh negara kita?
[4] - (b)
Jelaskan tindakan negara kita dalam menangani isu tersebut.
[8] - (c)
Pada pandangan anda, apakah faktor yang membolehkan Malaysia berjaya menangani pelbagai isu global?
[8]