SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Rajah 1: Sistem Pembesar Empat Lipatan Sultan ↓ X ↓ Penghulu Bendahari | Y | Laksamana

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan jawatan pembesar berikut: X: Y:

      [2]
    2. (b)

      Terangkan peranan pembesar di 1(a) di atas.

      [4]
    3. (c)

      Berdasarkan rajah di atas, apakah rasional pengasingan kuasa diamalkan dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?

      [4]
  2. “Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya, iaitu pengorbanan dengan sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga.” Petikan kata Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia Pertama

    10 marks
    1. (a)

      Apakah maksud kemerdekaan?

      [2]
    2. (b)

      Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu menjadi negara yang merdeka dan berdaulat. Jelaskan prinsip kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

      [4]
    3. (c)

      Berdasarkan petikan ucapan Tunku Abdul Rahman, apakah yang perlu dilakukan oleh generasi hari ini untuk mempertahankan kemerdekaan negara?

      [4]
  3. Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani. Pelbagai tafsiran oleh tokoh tentang konsep kedaulatan muncul seiring dengan perubahan zaman.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah takrifan kedaulatan dalam bahasa berikut? (i) Bahasa Melayu [2 markah] (ii) Bahasa Arab [2 markah] (iii) Bahasa Yunani [2 markah]

      [6]
    2. (b)

      Mengapakah kedaulatan negara perlu dipertahankan oleh setiap lapisan masyarakat?

      [4]
  4. Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara kita.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan dua langkah bagi memartabatkan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

      [4]
    3. (c)

      Bagaimanakah penggunaan bahasa kebangsaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat?

      [4]

Section B

  1. Berikut adalah kandungan Kertas Putih 6274 berkaitan Gagasan Malayan Union. Perhubungan di antara bangsa-bangsa dan juga keselamatan dan lain-lain muslihat bagi Commonwealth British adalah berkehendakkan supaya Semenanjung Tanah Melayu boleh menjalankan suatu pengaruh sebagai sebuah negeri yang Bersatu dan maju iaitu berpadanan dengannya yang penting dalam bahagian ekonomi dan bahagian ketenteraan (strategi). Kertas Putih Malayan Union, 13 Perkara. Diluluskan oleh Parlimen London, 22 Januari 1946

    20 marks
    1. (a)

      Apakah perkara yang terkandung dalam gagasan Malayan Union?

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan bantahan rakyat terhadap Malayan Union.

      [8]
    3. (c)

      Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada dalam diri pemimpin yang mengetuai sesebuah negara seperti Malaysia?

      [6]
  2. Pada tahun 1951, British telah melaksanakan Sistem Ahli di Tanah Melayu sebagai langkah dekolonisasi, iaitu ke arah berkerajaan sendiri secara beransur-ansur kepada tanah jajahannya.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan kepentingan Sistem Ahli ke arah kemerdekaan.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli.

      [8]
    3. (c)

      Mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli memberi kebaikan kepada pemerintahan negara?

      [8]
  3. Maklumat di bawah berkaitan dengan idea pembentukan Malaysia dan cabaran selepas pembentukan gagasan Malaysia. Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan pada akhir abad yang ke-19 melibatkan pihak British dan penduduk tempatan. Gagasan Malaysia akhirnya terbentuk pada 16 September 1963. Namun begitu, selepas pembentukan Malaysia, negara kita menghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan idea yang dikemukakan oleh penduduk tempatan terhadap pembentukan Malaysia.

      [6]
    2. (b)

      Huraikan cabaran politik di Sarawak selepas pembentukan Malaysia.

      [6]
    3. (c)

      Keharmonian hubungan antara kaum perlu dipelihara dalam membentuk sebuah negara yang aman, stabil dan makmur. Berikan komen anda.

      [8]
  4. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) telah membawa kepada kemajuan ekonomi serta taraf hidup penduduk.

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan sumbangan pelaksanaan DEB dan DPN dari aspek sosial.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan kejayaan DEB dan DPN dari segi pertumbuhan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.

      [6]
    3. (c)

      Bagaimanakah bidang perindustrian menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara kita?

      [8]
  5. Dasar luar Malaysia menghadapi cabaran yang meliputi aspek politik, pertahanan dan ekonomi.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cabaran dasar luar Malaysia dalam: (i) Politik serantau [3 markah] (ii) Politik antarabangsa [3 markah]

      [6]
    2. (b)

      Terangkan pelibatan Malaysia dalam penyelesaian konflik serantau antara negara ASEAN.

      [6]
    3. (c)

      “… Kekuatan ASEAN ini banyak didokong oleh prinsip tidak campur tangan yang ‘dilahirkan’ bersama dan prinsip ini banyak menunjangi kerjasama dalam pertubuhan tersebut…” Sumber: Researchgate.net/publication Rasionalkah mengapa dasar ini perlu dikekalkan?

      [8]