SPM Tuition
Subject
  1. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem kewangan Kesultanan Melayu Melaka. Sumber pendapatan • Perdagangan • Cukai • Ufti Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan sumber pendapatan tersebut?

  2. Apakah tanggungjawab golongan yang diperintah kepada pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Gerakan Nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Apakah tujuan gerakan nasionalisme di Thailand? I Mempertahankan kedaulatan negara II Mengukuhkan kedudukan raja III Menentang kuasa barat IV Melibatkan rakyat dalam pentadbiran

  4. Bagaimanakah golongan intelektual berpendidikan agama menyalurkan idea perjuangan mereka?

  5. Persidangan Damai Paris 1919 telah mewujudkan Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson. Apakah prinsip utama yang terkandung dalam deklarasi tersebut?

  6. Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategik ketenteraan. Apakah slogan yang mereka gunakan untuk menjayakan misi ini?

  7. UMNO telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 pada Kongres Melayu di Johor Bahru, Johor. Apakah matlamat persatuan tersebut?

  8. Apakah nilai yang boleh kita ambil daripada perjuangan tokoh-tokoh berikut? • Awang Rambli • Morshidi Sidek • Rosli Dhoby

  9. Apakah tindakan yang dilakukan oleh PUTERA-AMCJA apabila British menolak perlembagaan rakyat?

  10. Apakah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap orang Melayu?

  11. British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948. Apakah tujuan ordinan tersebut diluluskan?

  12. Maklumat berikut berkaitan dengan pasukan keselamatan yang telah ditubuhkan oleh British. X • Ditubuhkan pada tahun 1948. • Dilatih untuk mengawal ladang dan kawasan lombong. • Menjadi barisan hadapan dalam menghadapi komunis. Apakah X ?

  13. Apakah perkara yang diperjuangkan oleh Dato' Onn Jaafar melalui penubuhan Independence of Malayan Party (IMP)?

  14. Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem pendidikan kebangsaan di negara kita. X • Diluluskan selepas meneliti Laporan Barnes dan Laporan Fenn Wu. • Menggunakan bahasa rasmi Persekutuan. • Satu sistem berorientasikan Tanah Melayu Apakah X?

  15. Penyataan yang manakah berkaitan dengan syarat untuk menjadi pengundi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955? I Hadir pada hari penamaan calon II Mempunyai kelulusan universiti III Warganegara Persekutuan Tanah Melayu IV Berumur 21 tahun ke atas

  16. Siapakah wanita pertama yang telah mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

  17. Misi berikut dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 1955. Misi rundingan London → Wakil Raja-raja Melayu, Wakil Parti Perikatan Mengapakah misi ini penting kepada negara kita?

  18. Apakah syarat mendapatkan kewarganegaraan berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1957?

  19. Gambar berikut menunjukkan bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor. Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada penduduk Tanah Melayu?

    Diagram for question 19
  20. Perjanjian Anglo Malayan Defence Agreement (AMDA) ditandatangani antara Persekutuan Tanah Melayu dan Britain pada tahun 1957. Apakah manfaat perjanjian tersebut?

  21. Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas dan merdeka. Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara?

  22. Bagaimanakah rakyat boleh membantu negara dalam mewujudkan kemakmuran ekonomi?

  23. Apakah perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?

  24. Rajah berikut merujuk kepada ciri utama Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan → Ciri Tradisional, Ciri Moden Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan? I Bahasa Melayu II Kewarganegaraan III Kerajaan Persekutuan IV Pemerintahan beraja

  25. Gambar berikut berkaitan dengan Mohor Besar Raja-Raja. Apakah kepentingan mohor tersebut?

    Diagram for question 25
  26. Rajah berikut berkaitan pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara. Yang di-Pertuan Agong → Badan Perundangan, X, Badan Kehakiman Apakah peranan X?

  27. Mengapakah pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dilakukan?

  28. Selepas tahun 1970, Kerajaan Persekutuan membuka kawasan yang lebih luas di beberapa buah negeri. Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?

  29. Apakah cadangan Tunku Abdul Rahman terhadap idea pembentukan Malaysia?

  30. Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia?

  31. Maklumat berikut berkaitan dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia. 9 Ogos 1965 | Tunku Abdul Rahman membawa usul pemisahan Singapura dalam Parlimen Malaysia. Antara berikut yang manakah merupakan faktor pemisahan Singapura daripada Malaysia? I Tuntutan persamaan hak II Pengaruh komunis meningkat III Penghapusan cukai import IV Ketegangan antara kaum

  32. Majlis berikut dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein. MAGERAN - Majlis Gerakan Negara Apakah peranan MAGERAN?

  33. Maklumat berikut berkaitan dasar ekonomi di negara kita. 1970 | Dasar Ekonomi Baru 1990 | Dasar Pembangunan Nasional Apakah persamaan matlamat dasar tersebut?

  34. Gambar berikut ialah logo slogan "Bahasa Jiwa Bangsa". Apakah maksud slogan tersebut?

    Diagram for question 34
  35. Rancangan Buku Hijau telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974. Mengapakah rancangan tersebut diperkenalkan?

  36. Berikut ialah nama tokoh bumiputera di negara kita. • Tan Sri Azman Hashim • Tan Sri Mustapha Kamal • Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari • Tan Sri Mohd Effendi Norwawi Bagaimanakah tokoh di atas membantu meningkatkan taraf hidup rakyat miskin?

  37. Maklumat berikut ialah rancangan yang ditubuhkan oleh Komanwel. 1951 | Rancangan Colombo Apakah tujuan rancangan tersebut?

  38. Malaysia menentang keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

  39. Berikut ialah perjanjian yang ditandatangani oleh negara ASEAN pada tahun 1992. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) Apakah tujuan penubuhan AFTA?

  40. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara telah ditandatangani pada 1995. Bagaimanakah Malaysia menunjukkan komitmen terhadap perjanjian tersebut?