SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Rajah di bawah adalah golongan yang mempelopori gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Perjuangan Nasionalisme → Intelektual berpendidikan agama, Intelektual berpendidikan Inggeris, Intelektual berpendidikan Melayu

    10 marks
    1. (a)

      Senaraikan madrasah yang telah didirikan oleh intelektual berpendidikan agama.

      [2]
    2. (b)

      Apakah tuntutan golongan berpendidikan Inggeris kepada kerajaan British?

      [2]
    3. (c)

      Jelaskan usaha Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) dalam melahirkan semangat kesedaran bangsa.

      [3]
    4. (d)

      Pada pendapat anda, mengapakah gerakan nasionalisme awal dipelopori oleh golongan intelektual?

      [3]
  2. Petikan berikut mengenai Pengundian Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Pada 27 Julai 1955, berlangsung Pilihan Raya Umum (PRU) pertama di seluruh Malaya, dua tahun sebelum merdeka, iaitu pada 1957. Pilihan raya ini memilih ahli Majlis Perundangan Persekutuan, Tanah Melayu, atau Malaya. Sumber: Berita Harian, 14 November 2018

    10 marks
    1. (a)

      Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya 1955?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

      [4]
    3. (c)

      Apakah langkah-langkah untuk menggalakkan rakyat keluar mengundi?

      [4]
  3. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai keunikan kerana mengandungi ciri tradisional dan moden.

    10 marks
    1. (a)

      Senaraikan dua ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Kewarganegaraan merupakan salah satu daripada ciri moden Perlembagaan Persekutuan. Terangkan tentang ciri tersebut.

      [4]
    3. (c)

      Perlembagaan penting bagi menjamin kedaulatan negara kita. Bincangkan.

      [4]
  4. Maklumat berikut berkaitan dengan Peristiwa 13 Mei 1969. KUALA LUMPUR- Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat negara ini pada 13 Mei 1969 perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Sumber: Bernama, 13 Mei 2019

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan faktor berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.

      [2]
    2. (b)

      Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Jelaskan peranan majlis tersebut.

      [4]
    3. (c)

      Rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan kaum. Beri pendapat anda.

      [4]

Section B

  1. Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada penduduk tempatan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor penyerahan Sarawak kepada British.

      [6]
    2. (b)

      Mengapakah penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada British?

      [6]
    3. (c)

      Kemuncak penentangan di Sarawak ialah pembunuhan Sir Duncan Stewart iaitu Gabenor Sarawak yang kedua oleh Rosli Dhoby dan anggota Rukun 13. Pada pendapat anda, wajarkah tindakan yang dilakukan oleh Rosli Dhoby dan anggota Rukun 13 tersebut?

      [8]
  2. Tindakan komunis melancarkan perjuangan bersenjata membawa kepada perisytiharan Undang-Undang Darurat ke seluruh Tanah Melayu.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peristiwa yang membawa kepada pelaksanaan undang-undang tersebut.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan kesan zaman darurat terhadap sosioekonomi penduduk tempatan.

      [8]
    3. (c)

      Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh kita ambil untuk menghargai keamanan negara yang telah kita kecapi?

      [8]
  3. Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk sebagai usaha ke arah kemerdekaan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang sistem pendidikan kebangsaan di negara kita.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan pembentukan sistem pendidikan kebangsaan di negara kita sebelum mencapai kemerdekaan.

      [8]
    3. (c)

      Bagaimanakah sistem pendidikan kebangsaan dapat dimantapkan pada hari ini?

      [8]
  4. Perpaduan dan integrasi nasional merupakan asas penting dalam pembinaan negara Malaysia.

    20 marks
    1. (a)

      Nyatakan maksud konsep berikut: (i) Perpaduan [2 markah] (ii) Integrasi nasional [2 markah]

      [4]
    2. (b)

      Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional selepas negara mencapai kemerdekaan. Terangkan usaha-usaha tersebut.

      [8]
    3. (c)

      Ramalkan keadaan negara sekiranya tiada persefahaman antara kaum.

      [8]
  5. Pernyataan berikut berkaitan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Kerjasama dengan anggota OIC adalah untuk memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia memperoleh manfaat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik.

    20 marks
    1. (a)

      Nyatakan latar belakang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

      [4]
    2. (b)

      Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam OIC. Buktikan pernyataan tersebut.

      [8]
    3. (c)

      OIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat Islam di seluruh dunia. Berikan hujah anda.

      [8]