Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Rajah berikut berkaitan dengan undang-undang yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka: • Hukum Kanun Melaka • Undang-undang Laut Melaka
10 marks- (a)
Nyatakan dua perkara yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan peranan nakhoda dan malim yang terkandung dalam Undang-undang Laut Melaka.
[4] - (c)
Apakah kejayaan yang mampu dicapai sekiranya rakyat negara kita sentiasa mendaulatkan undang-undang?
[4]
British menubuhkan South East Asia Command (SEAC) yang berpusat di Colombo, Sri Lanka dan membentuk unit khas yang dikenali sebagai Force 136 pada tahun 1943.
10 marks- (a)
Namakan dua pasukan Force 136 di Tanah Melayu. (i) (ii)
[2] - (b)
Huraikan peranan pasukan Force 136 dalam gerakan menentang pendudukan Jepun.
[4] - (c)
Mengapakah rakyat tempatan bangkit menentang pendudukan Jepun di negara kita?
[4]
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan 1957 yang melambangkan pelaksanaan Raja Berperlembagaan.
10 marks- (a)
Bagaimanakah pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan?
[3] - (b)
Apakah kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perundangan?
[3] - (c)
Apakah kepentingan institusi beraja terhadap rakyat dan negara kita?
[4]
Pengumuman pembentukan Malaysia pada 27 Mei 1961 oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Hotel Adelphi, Singapura telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak sama ada menerima baik cadangan tersebut atau menentangnya.
10 marks- (a)
Nyatakan dua pihak di Singapura yang menyokong pembentukan Malaysia. (i) (ii)
[2] - (b)
Bagaimanakah reaksi Brunei terhadap pembentukan Malaysia?
[4] - (c)
Bagaimanakah keadaan negara hari ini sekiranya Malaysia tidak berjaya dibentuk?
[4]
Section B
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 adalah lambang kejayaan perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan maruah bangsa dan negara.
20 marks- (a)
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya dibentuk?
[6] - (b)
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Persekutuan Tanah Melayu 1948 penting dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Jelaskan.
[8]
Sistem Ahli yang diperkenalkan pada 1 April 1951 merupakan satu langkah menyediakan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.
20 marks- (a)
Terangkan ciri-ciri Sistem Ahli.
[6] - (b)
Pelaksanaan Sistem Ahli memberi kebaikan kepada penduduk tempatan. Beri penjelasan anda.
[6] - (c)
Sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai oleh Sistem Ahli dalam membentuk negara dan bangsa Malaysia sehingga kini?
[8]
Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan kenegaraan, yang berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara.
20 marks- (a)
Jelaskan takrif kedaulatan.
[4] - (b)
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat. Buktikan.
[8] - (c)
Sejauh manakah sesebuah negara yang berdaulat memberikan manfaat kepada rakyatnya?
[8]
Petikan berikut merujuk kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). "DEB yang berlangsung dari 1970 hingga 1990 terbukti mencapai kejayaan dalam mencorakkan Malaysia dengan objektif membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat iaitu daripada kadar 50 peratus pada awal 70-an kepada kurang satu peratus ketika ini." Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/roh-
20 marks- (a)
Terangkan latar belakang pembentukan DEB di negara kita.
[4] - (b)
Bagaimanakah DEB meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar dan bandar?
[8] - (c)
Jelaskan kesan terhadap negara sekiranya jurang ekonomi antara bandar dan luar bandar tidak diatasi.
[8]
Gambar berikut berkaitan dengan isu-isu global yang dihadapi oleh Malaysia. [Gambar: logo "Belia Benci Dadah" dan "Love My Palm Oil - A 5★ Malaysian Product"]
20 marks
- (a)
Bagaimanakah Malaysia berusaha memerangi penyalahgunaan dadah?
[4] - (b)
Jelaskan isu kempen antiminyak sawit yang dihadapi oleh Malaysia.
[8] - (c)
Dadah adalah pemusnah kehidupan dan musuh utama negara. Berikan ulasan anda.
[8]