SPM Tuition
Subject
  1. Bagaimanakah Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri negara bangsa dari Kesultanan Melayu Melaka?

  2. Rajah 1 berikut menggambarkan hierarki sosial Kesultanan Melayu Melaka [Rajah 1: piramid — Sultan dan Pembesar (atas), Rakyat (bawah)] Dalam hierarki ini, sultan akan menjamin kesejahteraan rakyat Melaka. Sebagai timbal baliknya, apakah peranan rakyat? I Menumpahkan taat setia II Mematuhi undang-undang III Mengesahkan arahan Sultan IV Meluaskan wilayah pengaruh

  3. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar "Sumpah Pemuda" berikut dan menjadi tonggak nasionalisme Indonesia Apakah asas yang terkandung dalam sumpah tersebut?

    Diagram for question 3
  4. Perkembangan nasionalisme dalam dan luar negara telah menyemarakkan pergerakan nasionalisme di negara kita Apakah kesan perkembangan tersebut kepada perjuangan intelektual negara kita?

  5. Apakah kesan peperangan berikut terhadap Eropah? Tahun | Peperangan 1914 - 1918 | Perang Dunia Pertama

  6. Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles?

  7. Mengapakah Raja-raja Melayu menentang pengenalan Malayan Union?

  8. Apakah faktor yang mempengaruhi penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British?

  9. Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada tahun 1946. Tarikh: 25 Julai 1946 Ahli Jawatankuasa: • Pemimpin UMNO • Wakil Raja-raja Melayu • Pegawai Kanan British Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?

  10. Mengapakah British bersetuju menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  11. Gambar 1 menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu. Mengapakah komunis bertindak demikian?

    Diagram for question 11
  12. Darurat memberi kesan jangka panjang terhadap negara kita dari aspek politik dan sosioekonomi. Penamatan zaman darurat di seluruh negara berkuat kuasa mulai 31 Julai 1960. Dengan itu berakhirlah zaman darurat yang berlangsung selama 12 tahun di negara kita. Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan kesan darurat di atas?

  13. Jadual 1 merupakan usaha orang Melayu menentang Malayan Union. Tarikh | Peristiwa | Tempat 1-4 Mac 1946 | Kongres Melayu | Kelab Sultan Sulaiman Apakah kesan peristiwa tersebut?

  14. Mengapakah Jawatankuasa Pelajaran 1956 dapat memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu?

  15. Garis masa: Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town 1951 Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952 X - 1954 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuching 1956 Apakah X?

  16. Mengapakah Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955 penting kepada negara kita?

  17. Maklumat berikut berkaitan rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British. Rundingan London • Pengerusinya Lord Lennox-Boyd • Berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 • Diwakili oleh Raja-raja Melayu, pemimpin tempatan dan British Apakah hasil rundingan tersebut?

  18. Mengapakah keahlian Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tokoh-tokoh luar negara?

  19. Gambar 2 merujuk laungan "MERDEKA" oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak tujuh kali dan diakhiri dengan 101 das tembakan dilepaskan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Apakah simbolik 101 das tembakan dilepaskan pada sambutan tersebut?

    Diagram for question 19
  20. • Malay National Bank • Bank Negara Malaysia • Kwong Yik Bank Apakah kepentingan penubuhan institusi kewangan tempatan tersebut?

  21. Perlembagaan Persekutuan merupakan sistem perundangan tertinggi yang menjadikan Malaysia sebuah negara berdaulat. Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap warganegara Malaysia? I Menjamin keselamatan rakyat II Melicinkan pentadbiran kerajaan III Mengawal pertambahan penduduk IV Memberi kebebasan memilih kerakyatan

  22. Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia. Pernyataan manakah yang menerangkan peranan tersebut?

  23. Apakah tujuan British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat?

  24. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda pada tahun 1963 dan 1965. Apakah rasional pindaan tersebut?

  25. Berikut adalah majlis yang dibentuk selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1897. DURBAR Apakah fungsi majlis tersebut?

  26. Pernyataan berikut berkaitan dengan badan eksekutif pada peringkat Kerajaan Persekutuan. Jemaah Menteri terdiri daripada Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang memegang portfolio tertentu. Apakah peranan badan tersebut?

  27. Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai Bersama? I Pelajaran II Perumahan III Kebudayaan dan sukan IV Keselamatan dalam negeri

  28. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan. Tahun | Rancangan Pembangunan Koridor Wilayah | Wilayah Liputan 2007 | Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Coast Economic Region (ECER) | Pahang, Terengganu, Kelantan, Daerah Mersing, Johor. Bagaimanakah peranan Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat tersebut?

  29. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 semasa Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura. Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?

  30. Pada 20 Januari 1963, Dr Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia. Mengapakah Indonesia bertindak demikian?

  31. Dialog berikut menggambarkan situasi ancaman komunis di Sarawak. A : Tuan, komunis mula membunuh orang awam di negeri ini. B : Ya, benar. Kerajaan Malaysia telah berusaha mengatasi ancaman tersebut. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mengatasi ancaman tersebut?

  32. Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan tanggungjawab MAGERAN?

  33. Logo slogan di bawah telah dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuhkan pembinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa. Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?

    Diagram for question 33
  34. Maklumat berikut ialah kejayaan Malaysia menganjurkan pelbagai jenis sukan di peringkat serantau dan antarabangsa. Hoki Piala Dunia Sukan Komanwel Piala Thomas Apakah kepentingan penganjuran sukan tersebut terhadap Malaysia?

  35. Mengapakah Amanah Saham Nasional dan Amanah Saham Bumiputera diperkenalkan?

  36. Selepas Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990, usaha-usaha yang dilaksanakan melalui DEB diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN?

  37. Rajah di bawah berkaitan dengan perkembangan Dasar Luar Malaysia. Perkembangan Pertama: Dasar Pro Barat → Perkembangan Kedua: Dasar menjalin hubungan dengan negara lain tanpa ideologi Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

  38. Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia. • OIC • NAM • Komanwel Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut? I Ekonomi maju II Keselamatan terjamin III Identiti bangsa mantap IV Bantuan kewangan

  39. Bagaimanakah Malaysia dengan Indonesia menyelesaikan isu tuntutan bertindih Pulau Sipadan dan Ligitan?

  40. Gambar 3 menunjukkan logo kerjasama ASEAN Free Trade Area – AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN). Bagaimanakah kerjasama ini dilaksanakan?

    Diagram for question 40