SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan rakyat terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat.

    10 marks
    1. (a)

      Huraikan gerakan nasionalisme antiraja di Barat.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan sebab-sebab penentangan rakyat Amerika terhadap penjajahan British?

      [4]
    3. (c)

      Idea nasionalisme di Barat telah mencetuskan kesedaran kepada rakyat untuk memperjuangkan kedaulatan negara. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?

      [4]
  2. Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan.

    10 marks
    1. (a)

      Senaraikan tiga peringkat Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu. (i) (ii) (iii)

      [3]
    2. (b)

      Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

      [3]
    3. (c)

      Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, jelaskan ciri-ciri pemimpin yang akan anda pilih untuk memimpin negara pada masa depan.

      [4]
  3. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan undang-undang bertulis yang terdapat di negara kita sebelum kedatangan British. (i) (ii) (iii)

      [3]
    2. (b)

      Jelaskan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan?

      [3]
    3. (c)

      Pada pandangan anda, mengapakah perlembagaan penting kepada sesebuah negara?

      [4]
  4. Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa rusuhan antara kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

    10 marks
    Diagram for question 4
    1. (a)

      Mengapakah berlakunya peristiwa rusuhan kaum tersebut?

      [2]
    2. (b)

      Bagaimanakah peristiwa tersebut dapat diatasi?

      [4]
    3. (c)

      Perpaduan kunci kesejahteraan dan keharmonian negara. Sejauh manakah usaha memperkukuh perpaduan kaum dapat dicapai?

      [4]

Section B

  1. Kedatangan dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

    20 marks
    1. (a)

      Huraikan faktor kedatangan Jepun ke Tanah Melayu?

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan Dasar Pendidikan yang dijalankan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

      [6]
    3. (c)

      Bagaimanakah negara dapat mengelakkan diri daripada dikuasai kuasa-kuasa besar. Beri ulasan anda.

      [8]
  2. Sir Edward Gent berucap selepas Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada 21 Januari 1948.

    20 marks
    Diagram for question 6
    1. (a)

      Jelaskan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

      [4]
    2. (b)

      Huraikan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.

      [8]
    3. (c)

      Maklumat di bawah berkaitan dengan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Di bawah perjanjian itu, walaupun kebanyakan kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat, tetapi kedudukan kuasa penting sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing dikekalkan dan kedudukan istimewa orang Melayu terpelihara. Raja-raja kini bertindak melalui sebuah badan yang dikenali sebagai ‘Majlis Raja-raja.’ Selain itu, sebarang perubahan yang melibatkan undang-undang imigresen, skim gaji untuk pegawai-pegawai awam atau cadangan untuk menyusun semula jentera kerajaan mestilah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja untuk dibincangkan sebelum dilaksanakan. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu juga telah mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap kerajaan British. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu juga telah melahirkan keinginan kerajaan United Kingdom dan raja-raja Melayu ke arah pembentukan ‘kerajaan sendiri’ (self government). Selaras dengan itu, pilihan raya Persekutuan pertama diadakan pada tahun 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Undangan Persekutuan. Sumber: Ruslan Zainudin 2003, Sejarah Malaysia, Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia.

      [8]
  3. Pentadbiran kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan bidang kuasa berikut. (i) Kerajaan Persekutuan. [4 markah] (ii) Kerajaan Negeri. [4 markah] (iii) Kerajaan Tempatan. [4 markah]

      [12]
    2. (b)

      Baca maklumat yang terdapat dalam berita di bawah. Kerjasama Persekutuan - Negeri pacu pemulihan ekonomi, kestabilan politik. JOHOR BAHRU - Kejayaan pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan kesejahteraan sosial yang sedang dikecapi ketika ini, adalah hasil kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang sentiasa berganding bahu menyalurkan keperluan Keluarga Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama erat itu adalah bagi memastikan tiada sesiapapun yang tertinggal, seterusnya menangani jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan. "Pandemik Covid-19 telah membawa impak yang besar ke atas kehidupan seharian Keluarga Malaysia dan kerajaan tidak pernah alpa dalam menyediakan bantuan daripada segi kewangan, sosial mahupun peluang pekerjaan," katanya. Sumber: Berita Bernama 5 Mac 2022 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam berita tersebut dan kesan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

      [8]
      Diagram for question 7 (b)
  4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru yang dirangka untuk tempoh masa 10 tahun iaitu 1991 – 2000. DPN merupakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berdasarkan Wawasan 2020.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan objektif Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

      [4]
    2. (b)

      Terangkan strategi kerajaan mencapai matlamat DPN sehingga tahun 2000.

      [8]
    3. (c)

      Pada pendapat anda, adakah Dasar Pembangunan Nasional mencapai kejayaan? Berikan penjelasan anda.

      [8]
  5. Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar Malaysia.

      [4]
    2. (b)

      Malaysia merupakan negara yang proaktif dalam Komanwel. Huraikan penyertaan Malaysia dalam Komanwel.

      [8]
    3. (c)

      Gambar menunjukkan kontinjen Malaysia melangkah megah semasa majlis perasmian Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England. Pada pendapat anda, apakah kepentingan mewujudkan hubungan harmoni dengan negara luar?

      [8]
      Diagram for question 9 (c)