SPM Tuition
Subject
  1. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai ciri negara bangsa berikut. Kerajaan Apakah bukti menyokong pernyataan tersebut?

  2. Peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka ialah mengutip hasil daripada rakyat. Bagaimanakah kutipan hasil tersebut dilakukan?

  3. Bagaimanakah Jose Rizal mendesak kerajaan Sepanyol melakukan perubahan politik dan ekonomi di Filipina?

  4. Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

  5. Maklumat berikut menunjukkan pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama. [Maklumat tidak dicetak dalam kertas soalan] Apakah matlamat pakatan tersebut? I Menentang dasar apartheid II Menghapuskan keganasan III Memperluaskan pengaruh IV Menguasai pasaran

  6. Pentadbiran tentera Jepun telah memperkenalkan kempen berikut di Tanah Melayu. “Tambah Lebih Banyak Makanan” Apakah kesan kempen tersebut terhadap penduduk tempatan?

  7. Mengapakah British menubuhkan pentadbiran berikut di Tanah Melayu? British Military Administration (BMA) I Memberi latihan kepimpinan II Melaksanakan ekonomi kawalan III Memulihkan kepercayaan rakyat IV Mengembalikan kestabilan negara

  8. Jadual berikut menunjukkan usaha orang Melayu menentang Malayan Union. Tarikh: 1 - 4 Mac 1946 Peristiwa: Kongres Melayu Pertama Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur Apakah kepentingan peristiwa tersebut?

  9. Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu. British bersetuju membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Mengapakah British bersetuju melakukan perubahan tersebut?

  10. Rajah berikut menunjukkan kewarganegaraan yang ditetapkan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Jus Soli → Rakyat Raja; Rakyat British Apakah ciri-ciri Rakyat Raja?

  11. Gambar berikut berkaitan dengan kerosakan yang dilakukan oleh komunis Tanah Melayu. Mengapakah mereka bertindak demikian? I Menamatkan Melayan Union II Menentang pentadbiran Jepun III Menubuhkan kerajaan republik IV Melumpuhkan ekonomi negara

    Diagram for question 11
  12. Apakah tugas Pasukan Polis Hutan?

  13. Apakah cadangan Dato’ Onn Jaafar bagi mengatasi kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan?

  14. Apakah parti politik yang menggunakan logo berikut? [Logo: Kapal Layar]

    Diagram for question 14
  15. Apakah isu utama yang perlu disepakati sebelum Pilihan Raya Umum Pertama?

  16. Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu?

  17. Suruhanjaya Reid mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara. Apakah jawatan tersebut?

  18. Pernyataan berikut berkaitan dengan kedudukan agama Islam. Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan. Apakah bukti pernyataan tersebut?

  19. Jawatankuasa Persediaan Fizikal ditubuhkan sebagai persediaan menyambut kemasyhuran kemerdekaan negara. Mengapakah kerajaan menubuhkan jawatankuasa tersebut?

  20. Perkara berikut berkaitan dengan penyertaan PTM di peringkat dunia selepas merdeka. Blok Sterling Apakah kepentingan negara menyertai blok tersebut?

  21. Apakah peranan utama Yang di-Pertuan Agong dalam pentadbiran negara?

  22. Rajah berikut menunjukkan peruntukan kuasa dalam Perlembagaan Malaysia. Pengagihan Kuasa → Kerajaan Persekutuan; Kerajaan Negeri Apakah kesan daripada pengagihan kuasa tersebut?

  23. Rajah berikut berkaitan dengan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. X → • Berkuasa penuh membentuk undang-undang negara • Berkuasa meminda perlembagaan negara Apakah X?

  24. Bagaimanakah taraf kewarganegaraan yang sama diberi kepada rakyat di Tanah Melayu? I Kemerdekaan Tanah Melayu II Pembentukan Malaysia III Pembatalan Malayan Union IV Penubuhan Badan Kehakiman

  25. Berikut adalah majlis yang dibentuk selepas penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1897. DURBAR Apakah fungsi majlis tersebut?

  26. Gambar menunjukkan hierarki badan kehakiman di Malaysia. Mengapakah sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid?

    Diagram for question 26
  27. Apakah kebaikan pelaksanaan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

  28. Kerajaan telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956. Mengapakah agensi tersebut ditubuhkan?

  29. Mengapakah British mengemukakan idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara?

  30. Senarai berikut merujuk kepada pemimpin Persekutuan Tanah Melayu yang terlibat dalam lawatan rombongan ke Sarawak dan Sabah. [Senarai tidak dicetak dalam kertas soalan] Apakah matlamat lawatan rombongan tersebut? I Menjelaskan tujuan rancangan pembentukan Malaysia II Menunjukkan kesepakatan ahli politik di Tanah Melayu III Mengatur rancangan serangan balas terhadap Indonesia IV Meninjau perkembangan ekonomi di kawasan pendalaman

  31. Apakah maksud konsep berikut? Beberapa negara menghapuskan cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain.

  32. Apakah gelaran bagi kawasan yang bebas daripada ancaman komunis?

  33. Gambar berikut berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Mengapakah kerajaan menubuhkan DBP pada 22 Jun 1956?

    Diagram for question 33
  34. Dialog berikut mungkin berlaku semasa kejohanan Piala Thomas. Penonton I : Saya bangga dengan slogan “Malaysia Boleh”. Penonton II : Saya juga pasti menggunakan slogan ini. Penonton III : Slogan ini dapat membantu atlet kita. Apakah nilai yang diperoleh daripada slogan tersebut?

  35. Penyataan berikut merujuk kepada keadaan di negara kita selepas kemerdekaan. Kaum bumiputera ketinggalan pemilikan saham syarikat berbanding dengan kaum bukan bumiputera Apakah kesan keadaan tersebut terhadap negara?

  36. DPN menetapkan langkah untuk Malaysia menjadi negara yang maju. Apakah aspek negara maju tersebut?

  37. Maklumat berikut berkaitan dengan penggubalan dasar luar Malaysia. • Dasar Probarat • Dasar berbaik-baik dengan semua negara Apakah kebaikan dasar luar tersebut terhadap negara?

  38. Apakah matlamat penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)?

  39. Malaysia telah menjadikan ASEAN untuk mengisytiharkan perubahan dasar luar negara pada peringkat serantau dan global. Apakah kuasa besar yang menyokong pengisytiharan tersebut? I Rusia II Sepanyol III Afrika Selatan IV Amerika Syarikat

  40. Apakah persamaan peranan pertubuhan berikut? • American Soybean Association (ASA) • Pihak NGO Pencinta Alam di Eropah