SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Penyataan berikut berkaitan dengan tafsiran nasionalisme. Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri. Khoo Kay Kim. “Nasionalisme dan sastera Sebelum Perang Dunia II” dlm. Dewan Sastera, 15.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah maksud nasionalisme?

      [2]
    2. (b)(i)

      Jelaskan peristiwa yang berlaku sehingga tercetusnya gerakan nasionalisme berikut: (i) Revolusi Keagungan 1688 di England

      [2]
    3. (b)(ii)

      (ii) Revolusi Amerika 1776 di Amerika

      [2]
    4. (c)

      Cadangan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan murid sekolah.

      [4]
  2. Carta alir menunjukkan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Penentuan sempadan kawasan → Kelulusan rang undang-undang → Pendaftaran pengundi → X → Kempen pilihan raya → Mengundi → Y → Pengumuman keputusan

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan proses pilihan raya berikut: X : Y :

      [2]
    2. (b)

      Apakah syarat yang ditetapkan untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya?

      [2]
    3. (c)

      Andaikan anda ingin menjadi calon dalam pilihan raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Jelaskan syaratnya?

      [2]
    4. (d)

      Mengapakah proses pilihan raya memberikan tempoh berkempen kepada calon dan parti politik yang bertanding?

      [4]
  3. Perlembagaan Persekutuan melambangkan kedaulatan negara kita yang merdeka dan bebas memerintah mengikut acuannya sendiri.

    10 marks
    1. (a)

      Nyatakan maksud perlembagaan?

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan di negara kita.

      [4]
    3. (c)

      Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Mengapakah pindaan perlembagaan perlu dilakukan?

      [4]
  4. Gambar menunjukkan anggota Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak.

    10 marks
    Diagram for question 4
    1. (a)

      Nyatakan dua tanggungjawab Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). i. ii.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan latar belakang peristiwa yang membawa kepada pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

      [4]
    3. (c)

      Berikut adalah dua fokus utama yang perlu diselesaikan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). • Perpaduan kaum • Ketidakseimbangan ekonomi antara kaum Mengapakah isu tersebut menjadi fokus utama? Gunakan pengetahuan dan pendapat anda.

      [4]

Section B

  1. Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula pada 08 Disember 1941 manakala serangan terhadap Sarawak, Sabah bermula pada 16 Disember 1941.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjadi sasaran tentera Jepun?

      [6]
    2. (b)

      Bagaimanakah tentera Jepun menjalankan dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial di ketiga-tiga wilayah tersebut?

      [8]
    3. (c)

      Gambar 2 merupakan propaganda atau slogan yang telah digunakan Jepun menguasai negara kita. Pada pandangan anda, mengapakah Jepun menggunakan pelbagai propaganda untuk menguasai negara kita?

      [6]
      Diagram for question 5 (c)
  2. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948 antara Raja-raja Melayu dengan Edward Gent, wakil kerajaan British di King House, Kuala Lumpur.

    20 marks
    1. (a)

      Bagaimanakah British menjalankan pentadbiran Tanah Melayu selepas perjanjian Tanah Melayu ditandatangani?

      [8]
    2. (b)

      Apakah faktor penubuhan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu?

      [6]
    3. (c)

      Berikut adalah kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Fasal 54 Perjanjian Persekutuan 1948, jelas menyatakan bahawa tiada rang undang-undang yang akan menjadi undang-undang sehingga mendapat perkenan Raja-raja Melayu, yakni Majlis Raja-Raja. Perkenan tersebut mestilah dizahirkan dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua orang Raja Melayu melalui cop mohor baginda. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mengembalikan kedaulatan Raja dan kedudukan bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Buktikan.

      [6]
  3. Pembentukan sistem Persekutuan di negara kita bermula sejak tahun 1896. Sistem Persekutuan memantapkan pentadbiran negara kita pada hari ini.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan konsep sistem Persekutuan di negara kita.

      [4]
    2. (b)(i)

      Terangkan peranan berikut: (i) Pentadbiran Kerajaan Negeri

      [4]
    3. (b)(ii)

      (ii) Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

      [4]
    4. (c)

      Konsep pembahagian kuasa yang diamalkan di negara ini membawa manfaat kepada Negara Malaysia. Buktikan penyataan tersebut.

      [8]
  4. Dasar Pembangunan Nasional merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru yang dirangka untuk tempoh masa 10 tahun iaitu 1991 - 2000.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah strategi Dasar Pembangunan Nasional?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan langkah kerajaan Malaysia dalam menjayakan strategi 5(a) tersebut.

      [8]
    3. (c)

      Maklumat berikut berkaitan strategi kerajaan memberikan sokongan dalam bentuk pemberian subsidi kepada golongan petani. Perbelanjaan kerajaan melalui subsidi khususnya adalah diperlukan dan sangat penting bagi memperbaiki kebajikan masyarakat secara keseluruhannya. Dalam pembangunan sektor pertanian, peruntukan atau perbelanjaan kerajaan kepada sektor pertanian lebih tertumpu kepada pembangunan fizikal infrastruktur seperti jalan, sistem pengairan dan tali air, subsidi input pengeluaran (seperti baja, racun dan benih) bagi tujuan peningkatan hasil padi. Di samping itu juga, program mekanisma turut diberi penekanan melalui pembangunan mesin, traktor dan mekanisma yang lain bagi memodenkan lagi pengeluaran ini. Wajarkah pemberian subsidi diteruskan oleh kerajaan? Nyatakan pendirian anda dan berikan alasannya.

      [8]
  5. Komanwel merupakan pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British untuk mengeratkan hubungan di samping mengadakan kerjasama dari segi politik, ekonomi dan sosial.

    20 marks
    1. (a)

      Mengapakah pertubuhan Komanwel ditubuhkan?

      [4]
    2. (b)

      Terangkan manfaat yang Malaysia peroleh melalui penyertaan dalam Komanwel.

      [8]
    3. (c)

      Penggubalan dasar luar Malaysia adalah berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi negara. Sejauh manakah dasar tersebut memberi manfaat terhadap negara? Beri pendapat anda.

      [8]