Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Pernyataan berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Barat. Nasionalisme di Barat berkembang hasil daripada penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan yang menggugat hak dan kebebasan rakyat
10 marks- (a)
Senaraikan dua peristiwa yang menyebabkan gerakan nasionalisme tersebut.
[2] - (b)
Mengapakah peristiwa dalam 1(a) berlaku?
[4] - (c)
Apakah iktibar yang boleh diambil daripada gerakan nasionalisme tersebut?
[4]
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan ialah sijil kelahiran Tanah Melayu yang dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
10 marks- (a)
Senaraikan dua jawatankuasa yang terlibat dalam pemasyhuran tersebut.
[2] - (b)
Terangkan tugas jawatankuasa dalam 2(a).
[4] - (c)
Menurut Sun Tzu, "Pahlawan yang bijak dapat mengelakkan pertempuran". Itu bermaksud pemimpin Malaysia hebat berdiplomasi, Malaysia merdeka tanpa perlu berperang dan korban nyawa. Sumber: diubahsuai daripada https://www.thepatriots.asia Beri ulasan anda.
[4]
Rajah menunjukkan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan. Ciri Tradisional: • Kesultanan atau Pemerintahan Beraja • X • Y • Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera
10 marks- (a)
Apakah ciri X dan Y?
[2] - (b)
Jelaskan dua ciri tradisional yang masih dilaksanakan setelah negara kita mencapai kemerdekaan.
[4] - (c)
Sebagai rakyat yang memiliki semangat patriotisme, apakah peranan anda bagi memastikan keluhuran Perlembagaan Malaysia sentiasa terpelihara?
[4]
Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
10 marks- (a)
Mengapakah berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
[2] - (b)
Jelaskan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menghalang rusuhan tersebut.
[4] - (c)
Maklumat berikut berkaitan dengan Rusuhan Antara Kaum • Angka korban 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan • 211 kenderaan musnah • Kerosakan harta benda awam Keharmonian antara kaum di negara kita perlu dipelihara bagi membentuk sebuah negara yang aman dan makmur. Berikan kesan peristiwa Tragedi 13 Mei 1969.
[4]
Section B
Gambar berikut menunjukkan zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. [Gambar: Belajarlah! Pakailah! Sikho! Istemal Karo! Bahasa Nippon! Nippon-Gozaban!] Sumber: https://www.facebook.com%manipulasi-jepun
20 marks
- (a)
Jelaskan matlamat sistem pendidikan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
[4] - (b)
Dasar Pendidikan Jepun menekankan semangat Jepun (Nippon Seishin). Bagaimanakah dasar tersebut diterapkan kepada penduduk Tanah Melayu?
[8] - (c)
Dasar Pendidikan Jepun memberi kesan pada Malaysia sehingga ke hari ini. Buktikan.
[8]
Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948.
20 marks- (a)
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditubuhkan?
[6] - (b)
Jelaskan ciri-ciri yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Persekutuan Tanah Melayu 1948 penting dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda.
[8]
Maklumat berikut berkaitan dengan tiga peringkat pentadbiran kerajaan Malaysia. • Kerajaan Persekutuan • Kerajaan Negeri • Kerajaan Tempatan
20 marks- (a)
Mengapakah pembahagian kuasa diwujudkan dalam pentadbiran kerajaan?
[4] - (b)
Jelaskan peranan kerajaan berikut dalam membangunkan sosioekonomi negara: (i) Kerajaan Persekutuan [4 markah] (ii) Kerajaan Negeri [4 markah]
[8] - (c)
Poster berikut berkaitan program Kerajaan Tempatan di negara kita. Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam poster berikut?
[8]
Jawab soalan berikut tentang Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
20 marks- (a)
Jelaskan latar belakang pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
[4] - (b)
Huraikan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
[8] - (c)
Teliti gambar berikut. Huraikan maklumat yang terkandung dalam gambar tersebut dan kesan sekiranya idea tersebut berjaya dilaksanakan.
[8]
Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
20 marks- (a)
Apakah matlamat penggubalan dasar luar negara Malaysia?
[4] - (b)
Jelaskan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. KOTA KINABALU 11 Jan – Suara serta kekuatan negara-negara Komanwel yang memiliki 2.2 bilion penduduk, amat bergantung kepada perkongsian nilai-nilai serta kepelbagaian. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang melihat setiap ahli bagi negara terbabit mempunyai suara yang sama, tidak kira saiz atau kedudukan ekonomi. Malaysia komited untuk mempertahankan prinsip Piagam Komanwel yang antara lain merangkumi tadbir urus prinsip-prinsip demokrasi, mendukung prinsip undang-undang dan hak asasi manusia serta memastikan keamanan dan keselamatan. "Piagam itu turut merangkumi nilai-nilai toleransi dan hormat-menghormati, kebebasan memberi pendapat serta pengasingan kuasa. Komanwel ini adalah rumah kepada satu pertiga daripada penduduk dunia yang dalam banyak perkara, berkongsi bahasa dan undang-undang. "Keperluan untuk kekal bersatu, walaupun dalam kepelbagaian, membantu mengekalkan rasa keseimbangan dan keamanan serta mengelakkan kemusnahan," katanya. Sumber: https://www.utusan.com.my Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas. Bagaimanakah pemimpin negara kita dapat terus mengekalkan hubungan baik dengan negara luar?
[8]