Apakah peranan cap mohor dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Golongan rakyat merupakan elemen penting dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
Manakah antara berikut merupakan peranan rakyat?
Jadual berikut berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.
Pemerintah Thailand: Raja Mongkut, Raja Chulalongkorn
Tindakan: Memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand
Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Thailand?
Maklumat berikut merujuk kepada media cetak pada abad ke-20.
Fajar Sarawak
Bagaimanakah media cetak tersebut membangkitkan semangat nasionalisme penduduk tempatan?
Maklumat berikut berkaitan pihak yang terlibat semasa Perang Dunia Pertama.
• Pakatan Bertiga
• Pakatan Kuasa Tengah
Mengapakah pihak berkenaan terlibat dengan perang tersebut?
I Penaklukan Jerman
II Pengeboman Britain
III Persaingan kuasa Imperialis
IV Pembentukan pasukan ketenteraan
Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1943-1945.
Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?
British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 setelah tentera Jepun menyerah kalah.
Apakah tugas BMA?
I Memulihkan kepercayaan rakyat
II Mengembalikan kestabilan
III Memberi latihan kepimpinan
IV Melicinkan sistem pentadbiran
Jadual berikut menunjukkan bilangan orang Melayu yang terlibat dalam demonstrasi menentang Malayan Union.
Batu Pahat, Johor: 20 000 orang
Kota Bharu, Kelantan: 10 000 orang
Mengapakah mereka bertindak demikian?
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur.
Apakah kandungan perjanjian tersebut?
I Persekutuan bertaraf tanah jajahan
II Dasar pemusatan kuasa dilaksanakan
III Kewarganegaraan secara pendaftaran
IV Pesuruhjaya Tinggi British sebagai ketua kerajaan
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah telah memberi impak yang besar kepada penduduk Tanah Melayu.
Apakah impak tersebut?
Maklumat berikut berkaitan pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh British.
Pasukan ini berusaha membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubat-ubatan daripada jatuh ke tangan komunis
Pasukan Keselamatan manakah yang dikaitkan dengan pernyataan di atas?
Apakah ciri-ciri Sistem Ahli yang diperkenalkan pada tahun 1951?
I Anggotanya dikenali sebagai Menteri
II Ahli dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu
III Pelantikan Ahli dibuat oleh Gabenor British
IV Ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
Independence of Malayan Party (IMP) ditubuhkan pada tahun 1951 oleh Dato` Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock. Apakah tujuan penubuhan parti tersebut?
Tunku Abd Rahman telah berangkat ke London bersama-sama Tan Cheng Lok, T.H Tan dan Abdul Razak Hussein pada tahun 1954.
Nyatakan tujuan rombongan tersebut?
Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955?
I Pemansuhan Sistem Ahli
II Perkembangan amalan pentadbiran demokrasi
III Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri
IV Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka
Rajah berikut menunjukkan usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.
X: Dibentuk pada 8 Mac 1956 untuk membincangkan dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
Apakah X?
Apakah inti pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
II Keselamatan dalam negeri
III Hal ehwal luar negeri
IV Kewarganegaraan
Jawatankuasa Sambutan telah dibentuk sebagai persediaan untuk memeriahkan upacara sambutan kemerdekaan negara.
Apakah bentuk persediaan jawatankuasa ini?
I Memilih lagu kebangsaan
II Menganjurkan kursus protokol
III Menempah bendera kebangsaan
IV Membina tempat sambutan
Negara kita menyertai pertubuhan berikut selepas mencapai kemerdekaan.
• Komanwel
• AMDA
Apakah faedah yang diperoleh negara daripada pertubuhan tersebut?
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen.
Bagaimanakah sistem ini dilaksanakan?
Gambar berikut menunjukkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Bagaimanakah kerajaan mengekalkan perpaduan kaum tersebut?
Apakah asas penggubalan undang-undang negara kita sebelum kedatangan kuasa Barat?
Bagaimanakah Sarawak dan Sabah memperoleh beberapa kuasa autonomi mengikut perlembagaan?
Maklumat berikut berkaitan dengan Durbar.
Durbar merupakan sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu negeri Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan. Majlis ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Apakah yang dibincangkan oleh Durbar dengan pihak British?
Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi.
Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama?
I Menganjurkan aktiviti agama secara tertutup
II Membenarkan sikap diskriminasi terhadap agama lain
III Menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan
IV Mengizinkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pentadbiran Kerajaan Malaysia.
• Membangunkan perumahan awam
• Menyediakan perkhidmatan kecemasan
Apakah peringkat pentadbiran yang menjalankan peranan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam usaha membuka kawasan yang lebih luas di beberapa buah negeri.
Agensi: KEJORA
Negeri: Johor
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
Apakah cadangan Tunku Abdul Rahman terhadap idea pembentukan Malaysia?
Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan pada 23 Julai 1961 semasa Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura.
Apakah tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut?
Masalah hubungan antara pemimpin Persekutuan dengan Singapura disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial yang telah ada sebelum Singapura menyertai Malaysia.
Apakah faktor ekonomi yang mendorong pemisahan Singapura dari Malaysia?
Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa pembunuhan anggota keselamatan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) pada 7 Jun 1974 dan 13 November 1975.
Bagaimanakah pihak keselamatan menangani peristiwa tersebut?
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?
I Mewajibkan semua rakyat bertutur bahasa Melayu
II Bilangan guru terlatih dan guru khas ditambah
III Minggu dan Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan
IV Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu di UPM
Gambar berikut adalah logo 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan dalam aktiviti kokurikulum sekolah.
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan di peringkat sekolah?
Penduduk di bandar menghadapi kemiskinan disebabkan pendapatan yang rendah dan masalah perumahan.
Apakah dasar yang dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengatasi masalah tersebut?
I Melaksanakan subsidi
II Memberi kemudahan kredit
III Menyediakan kemudahan asas
IV Memajukan perindustrian dan perniagaan
Kerajaan meneruskan usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar dalam kalangan pelbagai kaum khasnya golongan bumiputera.
Bagaimana usaha tersebut boleh membantu golongan belia?
Padanan manakah yang betul berkaitan dengan faktor dasar luar Malaysia?
Faktor | Huraian
Malaysia memberi komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Hal ini sejajar dengan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa.
Apakah pendirian Malaysia?
Pada tahun 1962, persefahaman antara Malaysia, Filipina dan Indonesia telah mewujudkan MAPHILINDO.
Apakah tujuan penubuhan MAPHILINDO?
Rajah berikut berkaitan isu global yang dihadapi oleh Malaysia pada masa kini.
Isu Global Kontemporari
• Penyalahgunaan Dadah
• Pertindihan Sempadan
• X
Apakah X?