Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Nasionalisme di Barat berkembang berikutan penentangan terhadap pemerintahan beraja yang menjadi simbol penindasan terhadap hak dan kebebasan rakyat.
10 marks- (a)
Senaraikan dua revolusi yang muncul di Barat akibat perkembangan idea nasionalisme. (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan faktor perjuangan revolusi di 1(a).
[4] - (c)
Pada pandangan anda, apakah kepentingan nasionalisme kepada sesebuah negara?
[4]
Di negara kita, pilihan raya diadakan bermula dari peringkat Majlis Perbandaran, diikuti peringkat negeri dan seterusnya pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
10 marks- (a)
Nyatakan latar belakang pilihan raya Majlis Perbandaran pertama pada tahun 1951.
[3] - (b)
Huraikan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
[3] - (c)
Pelaksanaan pilihan raya dapat menjamin pemilihan kepimpinan yang berwibawa. Bincangkan.
[4]
Teras pemerintahan sesebuah negara ialah berdasarkan perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara.
10 marks- (a)
Nyatakan ciri-ciri asas undang-undang negeri Melayu (i) (ii)
[2] - (b)
Jelaskan ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan di negara kita.
[4] - (c)
Mengapakah rakyat perlu mematuhi perlembagaan negara?
[4]
Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan di sekitarnya.
10 marks- (a)
Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya tragedi tersebut?
[2] - (b)
Jelaskan perkara yang diputuskan dalam pengisytiharan perintah darurat untuk menghentikan rusuhan daripada merebak ke bandar - bandar lain.
[4] - (c)
Keratan akhbar berikut berkaitan dengan perpaduan kaum. [Keratan akhbar: 'Perpaduan kaum elak tragedi' - Raja Perlis minta rakyat tidak termakan hasutan boleh gugat keharmonian] Sumber : NASIONAL, Isnin 28 Mei 2012, BERITA HARIAN Bagaimanakah perpaduan boleh menggelakkan tragedi hubungan antara kaum?
[4]
Section B
Serangan Jepun di Tanah Melayu bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura berjaya ditawan pada 15 Februari 1942.
20 marks- (a)
Terangkan faktor-faktor kedatangan Jepun ke negara kita.
[4] - (b)
Jelaskan dasar pentadbiran Jepun di negara kita.
[8] - (c)
Dasar pendudukan Jepun telah meninggalkan pelbagai kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat. Bincangkan.
[8]
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 adalah lambang kejayaan perjuangan orang Melayu mempertahankan maruah bangsa dan negara.
20 marks- (a)
Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya dibentuk?
[6] - (b)
Terangkan ciri - ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[6] - (c)
Petikan berikut berkaitan dengan kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948. "Bermulanya Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan semula status quo politik Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada orang Melayu sebagai peribumi. Hal ini kerana, semasa Malayan Union dibentuk, kuasa Sultan hanya terbatas kepada soal agama sahaja dengan menjadi presiden majlis di negeri masing-masing. Namun, dengan perlembagaan baru ini, kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Disamping itu, hal yang berkaitan kewarganegaraan telah kembali meletakkan kaum Melayu dalam keadaan selesa kerana peraturan-peraturan yang kembali diketatkan. Malah, orang-orang Melayu berasa kedudukan mereka sebagai bumiputera telah diselamatkan dan hal ini dapat dilihat misalnya pelbagai sambutan meriah yang diadakan sebagai tanda kemenangan dalam mengembalikan hak mereka." Sumber : LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut.
[8]
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
20 marks- (a)(i)
Bagaimanakah pembahagian kuasa dilaksanakan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
[4] - (a)(ii)
Jelaskan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
[4] - (a)(iii)
Mengapakah peruntukan tambahan diberikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah?
[4] - (b)
Berikut adalah beberapa insiden terkini yang berlaku dalam kawasan pengawalan ESCOM. Bagaimanakah kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat memantapkan lagi keselamatan kawasan tersebut? Berikan cadangan anda.
[8]
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.
20 marks- (a)
Jelaskan strategi yang digunakan dalam DPN.
[4] - (b)
Rajah berikut berkaitan dengan usaha pelaksanaan DPN. • Pembasmian Kemiskinan • Penyusunan Semula Masyarakat Terangkan usaha kerajaan tersebut untuk menjayakan pelaksanaan DPN.
[8] - (c)
Rajah berikut berkaitan dengan cabaran pelaksanaan DPN. CABARAN DPN: Nilai Mata Wang; Modal; Bencana Alam; Kepakaran Huraikan cabaran yang Malaysia hadapi dalam pelaksanaan pembangunan negara.
[8]
Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
20 marks- (a)
Terangkan matlamat penggubalan dasar luar Malaysia.
[4] - (b)
Jelaskan penglibatan dan sumbangan Malaysia melalui pertubuhan Komanwel.
[8] - (c)
Keberkesanan dasar luar Malaysia melalui Komanwel berkait rapat dengan hubungan harmoni dalam kalangan negara anggota. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?
[8]