SPM Tuition
Subject
  1. Bagaimanakah kemunculan sesebuah kerajaan berlaku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

  2. Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, kerabat diraja dan pembesar. Apakah peranan pembesar sebagai golongan pemerintah?

  3. Maklumat berikut berkaitan dengan Isu Kasut di Burma. Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma Apakah kesan isu tersebut?

  4. Perkembangan nasionalisme dalam dan luar negara telah menyemarakkan pergerakan nasionalisme di negara kita. Apakah kesan perkembangan tersebut kepada perjuangan intelektual di negara kita?

  5. Antara berikut yang manakah faktor Perang Dunia Pertama? I Perebutan kuasa II Krisis rantau Balkan III Pakatan ketenteraan IV Pengeboman Pearl Harbour

  6. Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah di negara kita bagi keperluan perindustrian dan operasi ketenteraan Jepun. Apakah rancangan Jepun untuk mengukuhkan ekonominya?

  7. Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di Tanah Melayu. British Military Administration → Malayan Union Mengapakah British melakukan perubahan tersebut?

  8. Bantahan rakyat terhadap Malayan Union dilaksanakan melalui akhbar, cendekiawan, persatuan Melayu, kongres dan perhimpunan besar-besaran. Apakah akhbar yang menyuarakan bantahan tersebut?

  9. Pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan secara rasmi setelah Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948? I Ketidakpuasan hati terhadap British II Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO III Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union IV Kegagalan British mentadbir Malayan Union

  10. Maklumat berikut berkaitan dengan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Mereka yang lahir di Melaka, Pulau Pinang dan mana-mana tanah jajahan British yang lain Apakah status kerakyatan tersebut?

  11. Maklumat berikut berkaitan dengan ancaman Komunis di negara kita. Pada 16 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Apakah tindakan British selepas peristiwa tersebut?

  12. Min Yuen beroperasi pada sebelah malam dan bergerak dalam kalangan rakyat. Apakah tujuan PKM menubuhkan Min Yuen?

  13. Antara berikut, yang manakah peranan Sistem Ahli? I Melatih orang tempatan untuk berkerajaan sendiri II Meningkatkan keseimbangan pembangunan dan sosioekonomi negara III Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam IV Memberi pendedahan kepada penduduk untuk belajar mentadbir

  14. Berikut adalah logo Parti Perikatan pada tahun 1954. [Gambar: wakil UMNO, MCA dan MIC memegang kain berlambang perahu layar] Apakah maksud logo tersebut?

    Diagram for question 14
  15. Carta menunjukkan proses pilihan raya MPP 1955. Penentuan Sempadan Kawasan → Rang undang-undang diluluskan → X → Penerimaan calon Apakah X?

  16. Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu?

  17. Tugas Suruhanjaya Perlembagaan adalah untuk membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Antara berikut, yang manakah merupakan Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu? I Pemberian kuasa mutlak kepada sultan II Pembentukan Kerajaan Pusat yang kuat III Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu IV Menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu

  18. Rajah berikut menunjukkan jenis kerakyatan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kerakyatan: • Permohonan • Penguatkuasaan • X Apakah X?

  19. Jawatankuasa persediaan fizikal telah dibentuk untuk menguruskan sambutan kemerdekaan negara. Apakah bentuk persediaan jawatankuasa ini?

  20. Gambar menunjukkan majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang pertama pada 2 September 1957. Mengapakah peristiwa tersebut dianggap penting kepada negara?

    Diagram for question 20
  21. Rajah berikut berkaitan ciri-ciri negara berdaulat. Ciri Negara Berdaulat → • Pemerintahan berwibawa • Sistem perundangan yang adil • Rakyat setia • X Apakah X?

  22. Maklumat berikut berkaitan sistem kabinet negara kita. • Jemaah Menteri • Kementerian Bagaimanakah perkara tersebut penting bagi mewujudkan negara berdaulat?

  23. Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dianggap penting dalam perkembangan perlembagaan negara?

  24. Pasangan manakah yang menunjukkan ciri Perlembagaan Persekutuan yang tepat? (Ciri Tradisional – Ciri Moden)

  25. Pernyataan berikut berkaitan dengan Majlis Raja-Raja semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948. "Majlis Raja-Raja dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi institusi yang dilengkapi dengan kuasa dan sekretariat, sesuai dengan kedudukan dan peranannya" Mengapakah pernyataan tersebut dianggap istimewa untuk Raja-raja Melayu?

  26. Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran negara kita. Konflik berlaku antara Badan Perundangan dengan Badan Eksekutif berkaitan dengan undang-undang. Bagaimanakah konflik tersebut dapat diselesaikan?

  27. Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai Bersama? I Perumahan II Pelajaran III Keselamatan dalam negeri IV Kebudayaan dan sukan

  28. Maklumat berikut merujuk kepada kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan: Melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerajaan Negeri: Menubuhkan program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) melalui daripada Kerajaan Persekutuan. Mengapakah kerjasama tersebut diwujudkan?

  29. Apakah rasional idea pembentukan Malaysia?

  30. Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) dibentuk pada tahun 1961. Apakah matlamat pembentukan jawatankuasa tersebut?

  31. Maklumat berikut merujuk kepada isu pemisahan Singapura. Tokoh: Lee Kuan Yew Slogan: Malaysian Malaysia Mengapakah slogan tersebut diperkenalkan?

  32. Apakah langkah kerjasama yang diambil oleh kerajaan Malaysia dengan kerajaan Thailand untuk memerangi komunis?

  33. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan. Apakah usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan? I Mengedarkan risalah II Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan III Menjadi bahasa rasmi pentadbiran IV Kempen Hari Bahasa Melayu

  34. Logo berikut berkaitan dengan Sukan Malaysia (SUKMA). Apakah tujuan SUKMA diadakan?

    Diagram for question 34
  35. Mengapakah Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada tahun 1970 - 1990?

  36. Maklumat di bawah merupakan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam bidang ekonomi. • Pelibatan aktif swasta • Program penanaman semula • X Apakah X?

  37. Apakah faktor yang mendorong negara kita menjalin hubungan diplomatik dengan negara tersebut? • Turki • Mesir • Yaman

  38. [Logo UNHCR] Bagaimanakah United Nations High Commissioner For Refugees (UNHCR) menyelesaikan masalah pelarian dan golongan tidak bernegara?

    Diagram for question 38
  39. Bagaimanakah kerjasama sosial dilaksanakan antara negara ASEAN? I Penubuhan Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) II Penubuhan Zone of Peace Freedom and Neutrality (ZOPFAN) III Projek industri ASEAN IV Penganjuran Sukan SEA

  40. Tuntutan terhadap Pulau Batu Putih melibatkan Malaysia dengan Singapura. Bagaimana isu tuntutan Pulau Batu Putih diselesaikan?