Soalan berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh dalam Kesultanan Melayu Melaka.
X → • Diperoleh melalui peperangan
Contoh: Pahang, Kelantan dan Rokan
Apakah X?
Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian.
Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?
Istilah berikut menjadi asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun semasa era Pemulihan Meiji.
Semangat Bushido
Apakah kesan daripada pengamalan semangat tersebut?
Jadual berikut menunjukkan tuntutan yang diminta oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS).
Persatuan: Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
Tuntutan: Kebajikan dan pendidikan orang Melayu
Apakah tindakan British untuk memenuhi tuntutan tersebut?
Jadual berikut menunjukkan ideologi baharu yang menjadi faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah.
Pilih pasangan yang betul.
(Fahaman Fasisme | Fahaman Nazisme)
Gambar 1 merujuk kepada mata wang yang digunakan semasa pendudukan Jepun di negara kita.
[Gambar 1]
Apakah kesan selepas penggunaan mata wang tersebut?
Jadual berikut merujuk kepada perkembangan pentadbiran di Tanah Melayu.
Tarikh: 12 September 1945
Peristiwa: Pengenalan British Military Administration (BMA)
Apakah tujuan pentadbiran tersebut diperkenalkan oleh British?
Mengapakah tokoh berikut dihantar ke negara kita?
• Sir Harold MacMichael
• Gerard T. MacBryan
Jadual berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di negara kita.
1946: Malayan Union
1948: Persekutuan Tanah Melayu
Mengapakah Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948?
Antara berikut, tokoh manakah merupakan wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
I Haji Megat Yunus
II Dato Hamzah Abdullah
III Haji Mohamad Sheriff Osman
IV Dato Abdul Rahman Mohd Yassin
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani ancaman Komunis?
Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap ekonomi negara kita pada ketika itu?
Tahun: 1948 - 1960
Peristiwa: Darurat
I Perkembangan ekonomi terjejas
II Hubungan antara kaum renggang
III Kemerdekaan semakin sukar dicapai
IV Meningkatkan kos perbelanjaan pihak British
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Pada tahun 1951 Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British mengumumkan senarai anggota Sistem Ahli.
Apakah kepentingan Sistem Ahli kepada penduduk Tanah Melayu?
Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato' Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem pendidikan sedia ada.
Antara berikut yang manakah syor laporan tersebut?
I Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa.
II Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
III Semua peperiksaan awam dalam Bahasa kebangsaan.
IV Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar di semua sekolah.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Peranan Kabinet pertama ialah
Gambar 2 menunjukkan Ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan 1955.
[Gambar 2]
Mengapakah kabinet pertama penting kepada negara kita?
Pada 8 Mac 1956 kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas setelah mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Mengapakah keahlian Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada tokoh-tokoh luar negara?
Berikut adalah peranan penting negara pada peringkat antarabangsa selepas mencapai kemerdekaan.
• Ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
• Sertai misi pengaman PBB ke Congo.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan pelibatan ini?
Gambar 3 merujuk Jata Negara 1957.
[Gambar 3]
Apakah kepentingan lambang tersebut?
Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
Rajah 1 menunjukkan ciri negara yang berdaulat.
Ciri Negara Yang Berdaulat:
• X
• Mempunyai pemerintahan
• Mempunyai perundangan
• Mempunyai sempadan
Apakah X?
Mengapakah berlaku pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963?
Maklumat berikut merujuk kepada undang-undang Negeri Melayu.
Pahang: Hukum Kanun Pahang
Kedah: Undang-undang Kedah
Apakah implikasi daripada pengenalan undang-undang tersebut?
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan?
I Perdana Menteri sebagai ketua negara
II Rakyat diberi kebebasan bersuara
III Rakyat diberi hak mengundi
IV Kedudukan raja diiktiraf
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Bagaimanakah Majlis Raja-Raja melaksanakan peranannya sebagai pengimbang dalam sistem demokrasi di negara kita?
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pentadbiran Kerajaan Tempatan diwartakan di bawah
Struktur organisasi yang berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas di Sabah.
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau ESSCOM (Perdana Menteri Malaysia)
→ Pengerusi Jawatankuasa ESSZONE (Ketua Menteri Sabah)
→ Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM | Komander ESSCOM
Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?
Rajah 2 merupakan langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia.
Januari 1962: Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan
Julai 1962: Suruhanjaya Cobbold dibentuk
Ogos 1962: Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
September 1962: X
Apakah X?
Antara inti pati Perjanjian Malaysia ialah
I Tarikh pembentukan Malaysia
II Kerusi Parlimen yang sama bagi setiap negeri
III Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi
IV Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi ahli Persekutuan Malaysia
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Apakah faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia?
I Hak sama rata untuk semua kaum
II Pembukaan pasaran bersama
III Tuntutan faedah percukaian
IV Hak sebagai pelabuhan bebas
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Bagi melindungi rakyat daripada ancaman pengganas Komunis, kerajaan telah melaksanakan Strategy Counterinsurgency (COIN) melalui strategi
Maklumat yang berikut merujuk kepada cadangan yang terdapat dalam dasar pendidikan yang diperkenalkan di negara kita.
• Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah untuk menanam perasaan cinta terhadap negara.
• Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat untuk membentuk sikap bertoleransi dan bekerjasama antara kaum.
Maklumat tersebut merujuk
Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?
Apakah strategi yang digunakan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)?
Rajah 3 merujuk kepada strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi DPN:
• Ekonomi
• Sosial
• Kemudahan Fizikal dan Alam Sekitar
Strategi DPN dalam bidang ekonomi ialah
Antara berikut, yang manakah faktor penggubalan dasar luar?
Maklumat berikut berkaitan pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.
• Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
• Setiausaha Agung pertama ialah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Matlamat pertubuhan tersebut ialah
Rajah 4 merujuk kepada logo pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
[Rajah 4]
Apakah moto ASEAN?
I Kemajuan
II Kestabilan
III Keamanan
IV Kerjasama
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?