SPM Tuition
Subject
  1. Apakah ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?

  2. Apakah tugas temenggung dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?

  3. Rajah berikut berkaitan perkembangan idea nasionalisme di Barat. X • Menentang akta memungut cukai • Melaungkan slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” Apakah X?

  4. Gambar berikut merupakan tokoh nasionalisme di negara kita. [Gambar: Zainal Abidin Ahmad] Apakah peranan beliau?

    Diagram for question 4
  5. Maklumat berikut berkaitan strategi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Operasi Barbarossa merupakan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia Mengapakah operasi tersebut menemui kegagalan?

  6. Apakah matlamat penubuhan Force 136 pada tahun 1943?

  7. Satu persidangan Raja-raja Melayu diadakan di Kuala Kangsar, Perak bagi membincangkan isu berkaitan Malayan Union pada bulan April 1946. Apakah keputusan yang dicapai dalam persidangan tersebut?

  8. Apakah faktor yang menyebabkan kegiatan berpersatuan di Sabah menjadi lemah? I Menghadapi masalah kewangan II Mengalami masalah perhubungan III Kesedaran berpolitik semakin kurang IV Kekurangan pemimpin yang berkebolehan

  9. Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang dianjurkan untuk membantah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. • Dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA • Pekedai menutup kedai tanda bantahan • Dilaksanakan di bandar utama di Tanah Melayu Apakah peristiwa tersebut?

  10. Apakah tanggungjawab sultan di peringkat negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

  11. Jadual berikut menunjukkan statistik anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera pada tahun 1948-1960 akibat serangan Parti Komunis Malaya (PKM). Pasukan | Terkorban | Tercedera | Jumlah Polis | 513 | 701 | 1214 Tentera | 519 | 959 | 1478 Mengapakah PKM bertindak sedemikian?

  12. Rancangan penempatan semula Kampung Baru telah diperkenalkan bagi mengatasi ancaman komunis di negara kita. Apakah kesan rancangan tersebut?

  13. Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) yang ditubuhkan pada tahun 1949?

  14. Antara berikut, yang manakah merupakan cadangan Laporan Woodhead 1955? I Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan II Menyatukan semua murid daripada pelbagai bangsa III Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur IV Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah

  15. Apakah pilihan raya pertama yang diadakan di negara kita sebelum mencapai kemerdekaan?

  16. Apakah kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955? I Tanah Melayu merdeka II Pemansuhan Sistem Ahli III Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri IV Pesuruhjaya Tinggi British hilang kuasa pemerintahan

  17. Apakah tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

  18. Mengapakah orang Melayu diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan?

  19. Maklumat berikut berkaitan persediaan yang dilakukan ketika menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara kita. • Pegawai penerangan • Pegawai pengiring tetamu • Pegawai jemputan luar negara Apakah kursus yang perlu diikuti oleh pegawai tersebut?

  20. Maklumat berikut berkaitan satu usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara. Rancangan Buku Merah Apakah kepentingan rancangan tersebut?

  21. Apakah langkah yang dilakukan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang di negara kita?

  22. Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara. Mengapakah negara berdaulat perlu mempunyai sempadan yang jelas?

  23. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan? I Agama Islam II Kewarganegaraan III Sistem Persekutuan IV Pemerintahan beraja

  24. Maklumat berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan Perlembagaan 1965 Apakah kesan pindaan perlembagaan tersebut?

  25. Apakah fungsi Majlis Raja-Raja selepas merdeka? I Membubarkan parlimen II Memperkenan pindaan perlembagaan III Menjadi rujukan dalam perubahan dasar IV Melantik Perdana Menteri

  26. Maklumat berikut berkaitan pelaksanaan pengasingan kuasa dalam pentabiran. • Badan Perundangan • Badan Eksekutif • Badan Kehakiman Siapakah yang menjadi punca kuasa kepada ketiga-tiga badan tersebut?

  27. Rajah berikut berkaitan sejarah pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia bermula pada tahun 1896 hingga tahun 1963. 1963 – Persekutuan Malaysia 1957 – Persekutuan Tanah Melayu 1957 1948 – Persekutuan Tanah Melayu 1948 1946 – Kesatuan Malaya (Malayan Union) 1927 – X 1896 – Persekutuan 1896 Apakah X?

  28. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri penting demi kesejahteraan rakyat. Apakah peranan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan pembangunan sosioekonomi?

  29. Apakah kandungan laporan Suruhanjaya Cobbold?

  30. Indonesia telah membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bagaimanakah PBB menyelesaikan isu tersebut?

  31. Maklumat berikut berkaitan peristiwa rusuhan kaum pada 21 Julai 1964. • Ketegangan antara kaum • Menuntut hak sama rata Apakah kesan peristiwa tersebut?

  32. Maklumat berikut berkaitan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 1969. • Parlimen ditangguhkan • Menguatkuasakan perintah berkurung • Memagar kawasan Kampung Baru Mengapakah darurat dilaksanakan?

  33. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Bagaimanakah DBP berperanan dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu?

  34. Gambar berikut merupakan logo Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). [Gambar: logo MASUM] Mengapakah penganjuran MASUM diadakan secara bergilir-gilir?

    Diagram for question 34
  35. Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB). • Menyusun semula masyarakat • Membasmi kemiskinan Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh DEB?

  36. Maklumat berikut berkaitan tokoh Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di negara kita. • Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari • Tan Sri Azman Hashim Mengapakah tokoh-tokoh tersebut penting kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin?

  37. Antara berikut, yang manakah membuktikan negara Komanwel merupakan rakan dagang Malaysia yang utama? I Menyediakan kemudahan kredit II Membuka pelaburan ke negara luar III Memudahkan eksport barang ke semua negara IV Mengenakan kadar cukai yang rendah

  38. Mengapakah Malaysia menandatangani perjanjian sempadan dengan Thailand pada tahun 1965?

  39. Peta berikut berkaitan kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga, iaitu pembangunan wilayah baharu yang dimajukan bersama-sama negara anggota ASEAN. [Peta: Lingkungan Kawasan SIJORI-GT] Apakah manfaat yang Malaysia peroleh melalui kerjasama tersebut?

    Diagram for question 39
  40. Rajah berikut menunjukkan persaingan kuasa besar yang memiliki senjata nuklear. Kuasa Besar yang memiliki senjata nuklear → Amerika Syarikat, China Mengapakah Malaysia dan negara Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam kancah tersebut?