SPM Tuition
Subject
  1. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka berjaya meluaskan pengaruh merangkumi keseluruhan Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera?

  2. Siapakah pemerintah yang memperkenankan Undang-Undang Laut Melaka?

  3. John Locke telah menghasilkan karya berikut. Two Treaties of Government Karya tersebut menyentuh tentang

  4. Apakah sumbangan tokoh nasionalis berikut terhadap Vietnam? [Gambar: Ho Chi Minh]

    Diagram for question 4
  5. Dalam Perang Dunia Kedua, mengapakah Jerman melancarkan serangan Blitzkrieg?

  6. Apakah matlamat Jepun melaksanakan Rancangan Pengeluaran 5 Tahun? I Mengawal selia pelupusan II Membangunkan industri tempatan III Mengoptimumkan penggunaan peralatan IV Membuat penyelidikan kegunaan bahan

  7. Petikan akhbar berikut menunjukkan bentuk penentangan Raja-raja Melayu terhadap British. [Gambar: keratan akhbar "Sultan's Wife Leads Protest Of Women Against Union"] Mengapakah Raja Perempuan Perak terlibat dalam peristiwa tersebut?

    Diagram for question 7
  8. SBUB menyerahkan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946. Mengapakah SBUB bertindak sedemikian? I Memenuhi kepentingan British II Mengatasi masalah kewangan III Memajukan penduduk tempatan IV Menghadapi masalah pewarisan

  9. Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Apakah cadangan yang disediakan oleh Jawatankuasa tersebut? I Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu II Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu III Menyatukan Tanah Melayu dengan Singapura IV Membentuk sebuah kerajaan pusat yang kuat

  10. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Kerajaan Persekutuan 1948?

  11. Pasukan keselamatan berikut ditubuhkan untuk membanteras kegiatan komunis. 1951 Jungle Squad → 1958 Pasukan Polis Hutan (PFF) Apakah peranan pasukan tersebut?

  12. Melalui Rancangan Briggs, mengapakah penduduk di pinggir hutan dipindahkan ke petempatan baharu yang digelar sebagai "Kampung Baru"?

  13. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dianggotai oleh tokoh berikut. Tokoh | Kedudukan E.E.C Thuraisingam | Pengerusi Dato' Onn Jaafar | Wakil Melayu Tan Cheng Lock | Wakil Cina Apakah peranan mereka dalam Jawatankuasa tersebut? I Membincangkan kemerdekaan negara II Mendapat latihan menerajui pentadbiran III Mengkaji hubungan kaum secara mendalam IV Mewujudkan keadaan harmoni antara kaum

  14. Rajah berikut menunjukkan perkembangan sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka. 1951 Laporan Barnes → 1952 Ordinan Pelajaran → 1956 Penyata Jawatakuasa Pelajaran Apakah kepentingan sistem pendidikan tersebut terhadap bangsa dan negara?

  15. Pada tahun 1954, Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi dalam pilihan raya peringkat negeri. Apakah faktor yang membawa kemenangan tersebut?

  16. Berikut adalah peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. I Mengurangkan kuasa pentadbiran British II Memelihara hubungan harmoni antara kaum III Membincangkan isu perhubungan luar negeri IV Membatalkan Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi

  17. Tokoh berikut adalah wakil Parti Perikatan yang menyertai rundingan kemerdekaan di London. • Tunku Abdul Rahman • Dr. Ismail Abdul Rahman • H.S Lee • X Siapakah X?

  18. Dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, mengapakah rakyat keturunan Melayu diberi kedudukan istimewa?

  19. Siapakah tokoh yang memberikan takrif kemerdekaan berikut. ...kebebasan bukan satu pertempuran untuk melawan satu warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas....

  20. Mengapakah PBB melibatkan negara kita dalam pasukan pengaman di Congo bagi menyelesaikan konflik antarabangsa?

  21. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan kedaulatan tradisional? I Diperkukuh kesetiaan rakyat II Persamaan rumpun bangsa III Prinsip keadilan ditegakkan IV Pemerintah berkuasa mutlak

  22. Sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat, bagaimanakah perpaduan kaum dapat dikekalkan?

  23. Rajah berikut berkaitan dengan pengenalan perundangan barat di Tanah Melayu. Charter of Justice → • Pulau Pinang • Melaka • Singapura Apakah kepentingan sistem perundangan tersebut?

  24. Tunku Abdul Rahman telah membawa usul pindaan perlembagaan di Parlimen pada 7 Ogos 1965. Mengapakah beliau melakukan tindakan tersebut?

  25. Negeri yang manakah menjadi ahli persidangan berikut. Durbar 1897: Majlis persidangan Raja-raja Melayu yang membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British I Perak II Pahang III Kelantan IV Terengganu

  26. Bagaimanakah badan kehakiman dapat melaksanakan peranannya sebagai institusi keadilan?

  27. Maklumat berikut berkaitan dengan bidang kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan. • Pertahanan • Pelajaran • Kewangan • X Apakah X?

  28. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. • Program Perumahan Rakyat (PPR) • Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Apakah matlamat penyediaan perumahan tersebut?

  29. Rasional pembentukan Malaysia adalah untuk I Mengawal kuasa politik II Menjamin keselamatan negara III Mempercepatkan kemerdekaan IV Mengukuhkan hubungan diplomatik

  30. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1962. Apakah tujuan JAK ditubuhkan?

  31. Bagaimanakah langkah menangani peristiwa berikut? Tindakan Council Negri terhadap Stephen Kalong Ningkan mengancam keselamatan dan keamanan di Sarawak.

  32. Maklumat berikut berkaitan dengan Operasi Hammer di Sarawak. • Dijalankan di Bahagian Pertama • Bertujuan memenangi hati rakyat Apakah matlamat operasi tersebut?

  33. Apakah penambahbaikan Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui Kajian Aminuddin Baki? I Kursus kemahiran diperkenalkan II Sistem persekolahan aneka jurusan III Penekanan mata pelajaran Sejarah IV Mata pelajaran Tatarakyat diwajibkan

  34. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971. Apakah matlamat dasar tersebut?

  35. Maklumat berikut berkaitan dengan matlamat Rukun Negara. Melahirkan masyarakat yang progresif Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dilaksanakan?

  36. Apakah peranan agensi berikut? Urban Development Authority (UDA)

  37. Sejak abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka telah menjalin hubungan baik dengan pelbagai kerajaan di rantau dan di luar Alam Melayu. Apakah bentuk hubungan tersebut? I Bilateral II Multilateral III Diplomatik IV Perdagangan

  38. Apakah manfaat terhadap negara apabila terlibat dengan United Nations of Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) di bawah PBB?

  39. Peta berikut berkaitan dengan isu tuntutan sempadan antarabangsa. [Peta: Kepulauan Spratly] Mengapakah Malaysia menuntut kawasan tersebut? I Kepentingan perdagangan II Kemudahan perhubungan III Keperluan bahan mentah IV Kedudukan strategik

    Diagram for question 39
  40. Bencana tsunami menyebabkan kemusnahan yang teruk di Acheh pada tahun 2004. Apakah sumbangan Malaysian Medical Relief Society (MERCY Malaysia) kepada negara tersebut?