Maklumat berikut berkaitan ciri negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Kedaulatan
Apakah kepentingan ciri tersebut kepada Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang berkuasa di Alam Melayu?
Mengapakah Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mewujudkan jawatan Laksamana?
Berdasarkan Undang-Undang Laut Melaka terdapat pelbagai cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan.
Apakah cukai yang dimaksudkan?
I Cukai kuala
II Cukai hasil perniagaan
III Cukai perjalanan
IV Cukai diraja
Antara yang berikut yang manakah peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
I Berkhidmat sebagai tentera
II Menjadi pendayung kapal perang
III Mengetuai utusan ke negara luar
IV Pengiring pembesar negara
Revolusi Keagungan di England berlaku pada 1688.
Apakah kesan revolusi tersebut terhadap sistem pemerintahan England?
Mengapakah Katipunan melancarkan Revolusi Filipina pada tahun 1896?
Maklumat berikut adalah peperangan yang telah berlaku di dunia pada abad ke-20.
Peperangan: Perang Dunia Pertama | Tahun: 1914-1918
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
Pemimpin | Negara
Benito Mussolini | Itali
Adolf Hitler | Jerman
Pada 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British.
Mengapakah beliau melaksanakan tindakan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan Sistem Ahli.
Tahun: 1951 | Peristiwa: Sistem Ahli diperkenalkan
Mengapakah sistem tersebut penting kepada penduduk Tanah Melayu?
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu untuk merealisasikan kemerdekaan negara.
Peristiwa | Tahun
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum | 1949
Penganjuran Persidangan Kebangsaan | 1953
Mengapakah usaha tersebut dilaksanakan?
Mengapakah Kerajaan Persekutuan membentuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi Majlis Mesyuarat Persekutuan?
Apakah peranan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 1955?
Gambar berikut menunjukkan ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan pada tahun 1955.
Mengapakah Kabinet pertama ini penting kepada negara kita?
Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman dan rombongan diarak di Banda Hilir, Melaka pada tahun 1956.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada sejarah negara kita?
Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang berlangsung pada tahun 1956.
Apakah kepentingan rundingan tersebut?
I Pelaksanaan pilihan raya umum
II Pengenalan kerakyatan jus soli
III Pemberian kemerdekaan tanah air
IV Penubuhan Suruhanjaya Perlembagaan
Rajah berikut berkaitan antara Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Terma rujukan:
• Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan
• Melindungi hak istimewa orang Melayu
• X
Apakah X?
Peristiwa penting berikut berlaku di Tanah Melayu pada tahun 1957.
Bendera Union Jack diturunkan
Apakah yang dapat dibuktikan daripada peristiwa tersebut?
Rajah berikut berkaitan dengan bentuk pentadbiran kerajaan Malaysia
Pentadbiran di Malaysia:
• Melindungi hak istimewa orang Melayu
• X
X ialah
Jadual berikut berkaitan takrif kedaulatan dalam pelbagai bahasa.
Bahasa | Takrif Kedaulatan
Bahasa Yunani | Superanus
Bahasa Inggeris | Sovereignty
Bahasa Arab | Daulah
Bahasa Melayu | Daulat
Apakah persamaan takrif tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan lambang-lambang negara kita.
• Jata Negara
• Lagu Kebangsaan
• Bendera Jalur Gemilang
Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang negara?
Apakah ciri-ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
I Pemerintahan beraja
II Kewarganegaraan
III Demokrasi Berparlimen
IV Kedudukan istimewa orang Melayu
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara kita.
Mengapakah kuasa pengimbang penting kepada seorang raja?
Senarai Bersama membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang untuk perkara yang sama.
Apakah perkara tersebut?
Mengapakah Suruhanjaya Cobbold penting dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
Malaysia menghadapi cabaran dalaman setelah pembentukan Malaysia.
Apakah cabaran tersebut?
Apakah faktor tercetusnya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969?
Apakah faktor sejarah yang menjadi punca kepada masalah perpaduan kaum di negara kita selepas merdeka?
I Politik berasaskan kaum
II Pendidikan vernakular
III Penyebaran berita palsu
IV Penghijrahan imigran asing
Apakah matlamat penubuhan institusi berikut?
• Universiti Kebangsaan Malaysia
• Dewan Bahasa dan Pustaka
Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970?
Bagaimanakah kerajaan membaiki ketidakseimbangan pembangunan wilayah dalam Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Membasmi kemiskinan
Bagaimanakah strategi tersebut dilaksanakan?
I Membuka peluang pekerjaan
II Menyediakan rumah mampu milik
III Meningkatkan pengeluaran negara
IV Menambahkan pendapatan rakyat
Pelaksanaan DEB dan DPN telah membentuk kawasan perindustrian baharu.
Apakah peranan kawasan tersebut?
Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh tersebut?
• Tan Sri Razali Ismail
• Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood
• Tan Sri Aboo Samah Aboo Bakar
Apakah tujuan Malaysia mengadakan hubungan luar dengan negara berikut?
Hubungan Luar Negara Malaysia:
• Negara-negara Komanwel
• Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
• Pergerakan Negara-Negara Tanpa Pihak (NAM)
I Mengadakan pakatan ketenteraan
II Mengukuhkan ekonomi
III Menjamin keselamatan
IV Memantapkan struktur pentadbiran
Afrika Selatan mengamalkan dasar Apartied.
Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
Berikut adalah maklumat berkaitan kerjasama antara negara-negara ASEAN.
Skim Keutamaan Perdagangan (SKP)
Apakah langkah yang dilaksanakan melalui skim tersebut?
Kempen antiminyak kelapa sawit yang dilancarkan negara maju secara tidak langsung menggugat ekonomi negara kita.
Mengapakah negara maju melaksanakan kempen tersebut?
Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia.
• Aman Palestin
• Muslim Care Malaysia
• Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Apakah sumbangan NGO tersebut?