Rajah berikut menunjukkan hierarki sosial Kesultanan Melayu Melaka.
[Piramid: Sultan dan Pembesar – Golongan Pemerintah; Rakyat – Golongan Diperintah]
Siapakah yang termasuk dalam golongan diperintah?
I Golongan merdeka
II Golongan hamba
III Pegawai istana
IV Para ulama
Maklumat berikut merupakan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.
• Pahang
• Kelantan
• Kampar
Bagaimanakah wilayah naungan tersebut diperoleh?
Mengapakah idea nasionalisme tidak sama antara negara?
Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia.
• Nasionalisme di India
• Nasionalisme di China
• Nasionalisme di Mesir
Apakah iktibar yang boleh diambil daripada nasionalisme di atas?
• Semangat Asia
• Asia untuk Orang Asia
Mengapakah Jepun menggunakan propaganda di atas?
Maklumat berikut berkaitan dengan pengguguran bom atom Amerika Syarikat.
Tarikh | Peristiwa
6 Ogos 1945 | 'Little Boy' di Hiroshima
9 Ogos 1945 | 'Fat Man' di Nagasaki
Apakah kesan peristiwa di atas?
Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946?
I Permintaan rakyat Sarawak
II Masalah pewarisan takhta
III Masalah kewangan
IV Penjajahan British
Berikut adalah dua orang pegawai British.
• Sir Harold MacMichael
• Gerald T. MacBryan
Apakah persamaan kedua-dua pegawai tersebut?
Cristiano Ronaldo dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. Ayahnya seorang pedagang dari Portugal dan bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu lebih 15 tahun.
Bagaimanakah beliau boleh mendapatkan taraf kerakyatan Tanah Melayu?
• Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal
• Orang bukan Melayu menjadi warganegara
Maklumat di atas berkaitan dengan kewarganegaraan di Tanah Melayu.
Bilakah persetujuan tersebut dicapai?
[Gambar: kulit buku "The Communist Manifesto"]
Siapakah penulis buku "The Communist Manifesto"?
[Gambar]
Gambar di atas menunjukkan tindakan komunis di Tanah Melayu.
Mengapakah komunis bertindak demikian?
British memberikan mesej bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan apabila wujud kerjasama antara Melayu, Cina dan India. Apakah tindakan yang diambil oleh pemimpin setiap kaum?
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British pada tahun 1951.
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan?
Apakah peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu 1955?
I Meningkatkan ekonomi negara
II Menjalinkan kerjasama diplomatik
III Membincangkan soal kewangan
IV Membincangkan isu keselamatan
Mengapakah kabinet pertama 1955 ini penting kepada negara kita?
Siapakah wakil Raja-raja Melayu yang mengikuti misi rundingan di London?
Rajah menunjukkan perjalanan rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Kuala Lumpur → (kapal terbang) Singapura → (kapal laut) Karachi → (kapal terbang) London
Mengapakah Tunku Abdul Rahman menggunakan kapal laut dari Singapura ke Karachi?
Gambar berikut menunjukkan Perdana Menteri Malaysia.
[Gambar: Perdana Menteri Ketiga dan Ketujuh, Tun Dr Mahathir bin Mohamad]
Apakah takrifan kemerdekaan mengikut negarawan di atas?
Negara kita menyertai pertubuhan berikut selepas mencapai kemerdekaan.
• Komanwel
• AMDA
Apakah faedah yang diperoleh negara daripada pertubuhan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa bersejarah di negara kita.
• Kemerdekaan Tanah Melayu 31 Ogos 1957
• Pembentukan Malaysia 16 September 1963
Peristiwa di atas berkaitan dengan
Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa?
Apakah peranan Majlis Negeri Perak?
Berikut merupakan pindaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
• Pindaan Perlembagaan 1963
• Pindaan Perlembagaan 1965
Mengapakah pindaan tersebut dilaksanakan?
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggantikan Malayan Union.
Apakah kuasa Majlis Raja-Raja pada masa itu?
Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi.
Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama?
I Agama Islam sebagai agama Persekutuan
II Penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing
III Penganjuran aktiviti yang bersifat keagamaan secara tertutup
IV Sikap diskriminasi terhadap agama lain
Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri bagi Sarawak dan Sabah.
• Senarai Negeri
• Senarai Bersama
• Peruntukan Tambahan
Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri tersebut?
Konsep kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah memperkukuhkan sistem persekutuan di negara kita.
Apakah kekuatan pelaksanaan sistem tersebut?
Beberapa siri lawatan ke Sarawak dan Sabah telah diadakan oleh tokoh-tokoh berikut.
Tarikh | Siri Lawatan | Tokoh Terlibat
Julai 1961 | Sarawak dan Brunei | Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Ogos 1962 | Persekutuan Tanah Melayu | Pemimpin Sarawak dan Sabah
November 1962 | Sarawak dan Sabah | Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
November 1962 | Sarawak dan Sabah | Dr. Burhanuddin al-Helmi, Tun Ghafar Baba
Apakah kepentingan siri lawatan tersebut?
Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia.
Apakah tindakan yang diambil oleh pemimpin Indonesia tersebut?
Apakah persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia pada Ogos 1965?
Maklumat berikut adalah operasi ketenteraan yang dijalankan di Sarawak.
• Operasi Hammer
• Operasi RASCOM
• Operasi Sri Aman
Apakah matlamat operasi tersebut?
Gambar berikut adalah logo Dasar 1 Murid 1 Sukan.
[Gambar: logo 1Murid 1Sukan]
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?
Pernyataan berikut adalah matlamat pembentukan Rukun Negara.
Mencipta masyarakat yang adil
Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?
Dasar Pembangunan Nasional bermatlamat untuk mencapai perpaduan melalui pengagihan kekayaan negara.
Bagaimanakah hasrat tersebut dapat dicapai?
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional membawa kepada penurunan kadar kemiskinan.
Antara berikut yang manakah merupakan penyumbang kepada penurunan kadar kemiskinan tersebut?
I Peluang pekerjaan meningkat
II Perkembangan bidang perindustrian
III Kerjasama pemimpin dengan rakyat
IV Kemajuan perdagangan antarabangsa
Maklumat berikut berkaitan dengan kawasan di Malaysia.
• Gunung Mulu
• Lembah Lenggong
Apakah persamaan kawasan tersebut?
Sidang Kemuncak NAM ke-13 telah membawa kepada Deklarasi Kuala Lumpur.
Apakah isu yang diketengahkan dalam deklarasi tersebut?
Malaysia pernah berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1997 – 1998.
Apakah pendekatan yang digunakan oleh Malaysia untuk menangani krisis tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB).
Kerelevanan Organisasi Antarabangsa
Mengapakah Malaysia berpendapat PBB tidak mampu berfungsi dengan baik?