Apakah tugas utama Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka?
Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Siapakah yang tergolong sebagai golongan pemerintah?
I Ulama
II Tentera
III Peniaga
IV Pembesar
Nasionalisme membawa maksud perasaan cinta akan negara.
Apakah yang ingin dicapai melalui gerakan nasionalisme?
I Membina negara bangsa
II Melahirkan identiti sendiri
III Memperbaik sistem ekonomi
IV Menghalang pemberontakan
Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783 apabila British mengakui kemerdekaan Amerika.
Apakah corak pemerintahan yang diperkenalkan oleh Amerika?
Perang Dunia Pertama telah berlaku pada tahun 1914 hingga 1918.
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919.
Mengapakah Jerman tidak berpuas hati terhadap perjanjian tersebut?
Pembentukan Malayan Union memerlukan persetujuan Raja-Raja Melayu.
Siapakan pegawai British yang telah dilantik untuk menjayakan misi tersebut?
Pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Penyerahan ini mendapat tentangan hebat daripada masyarakat tempatan.
Apakah bentuk penentangan yang dilancarkan oleh golongan tersebut?
I Membunuh semua Pegawai British yang bertugas
II Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British
III Peletakkan jawatan secara beramai-ramai oleh kakitangan kerajaan
IV Mengggunakan akhbar Utusan Melayu untuk menyebarkan tentangan
Siapakah yang menjadi wakil Raja-Raja Melayu dalam penubuhan Jawatankuasa Kerja pada tahun 1946?
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah membentuk sebuah Majlis Raja-Raja.
Apakah kuasa majlis tersebut?
Mengapakah kemasukan pengaruh komunis tidak diterima oleh masyarakat Melayu di Tanah Melayu?
British melancarkan Perang Saraf bagi menangani ancaman komunis di Tanah Melayu.
Bagaimanakah langkah tersebut dilaksanakan?
I Menawarkan hadiah wang tunai
II Melonggarkan syarat kerakyatan
III Melaksanakan perintah berkurung
IV Memberikan tawaran pengampunan
Mengapakah Dato’ Onn Jaafar berpendapat penubuhan agensi berikut adalah wajar?
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1950 untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat?
Apakah syarat untuk menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I Berumur 21 tahun ke atas
II Fasih berbahasa Inggeris
III Berkhidmat dalam perkhidmatan awam
IV Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri.
Tahun: 1954
Keputusan: Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 228 kerusi yang dipertandingkan.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada kemenangan tersebut?
Apakah kepentingan Suruhanjaya Reid dalam penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka?
I Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
II Menerima pandangan daripada penduduk
III Menentukan tarikh sebenar kemerdekaan
IV Melantik jawatan penting
Rajah berikut merupakan antara pihak yang terlibat dalam memberi cadangan memorandum perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
131 Memorandum → X
131 Memorandum → Parti Politik
131 Memorandum → Orang Perseorangan
Apakah X?
Apakah takrif kemerdekaan menurut Kamus Dewan?
Apakah nilai yang boleh diambil daripada Jawatankuasa Sambutan dalam pemasyhuran kemerdekaan negara?
Penyataan berikut merupakan antara tafsiran berkaitan kedaulatan.
“Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat”
(Political Awakening. Petaling Jaya: Pelanduk Publication Sdn. Bhd)
Siapakah tokoh yang telah membuat tafsiran tersebut?
Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu bagi menentukan kedaulatannya.
Malaysia juga mempunyai ciri yang menjadi identitinya.
Apakah ciri negara yang berdaulat?
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan serta mempunyai dua ciri utama iaitu tradisional dan moden bagi kestabilan serta kemajuan negara.
Apakah ciri moden dalam perlembagaan Persekutuan?
Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 melibatkan tiga perkara iaitu struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri.
Siapakah yang melantik Yang di-Pertua Negeri?
Undang-undang berikut diwujudkan selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang
• Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
Apakah kepentingan pengenalan undang-undang tersebut?
Pernyataan berikut berkaitan sistem pentadbiran di negara kita.
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan kemakmuran kepada negara
Bagaimanakah sistem tersebut mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara?
I Rakyat berkuasa membentuk kerajaan
II Kebebasan mutlak dijamin perlembagaan
III Dominasi satu parti menguasai pentadbiran
IV Kuasa raja mengimbangi amalan demokrasi
Jadual berikut berkaitan perkembangan sistem pentadbiran Persekutuan di negara kita.
Tahun | Sistem Pentadbiran
1896 | Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
1927 | Penstrukturan Majlis Perundangan Persekutuan
1946 | Penubuhan Malayan Union
Apakah kepentingan pembentukan sistem tersebut?
Bagaimanakah agensi persekutuan berikut melaksanakan kerjasama pembangunan sosioekonomi?
• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
• Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
• Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Idea pembentukan Malaysia dikemukakan pada akhir abad ke-19 yang melibatkan pihak British dan penduduk tempatan.
Apakah tujuan Sir Malcolm MacDonald dan Sir Gerald Templer mencadangkan penggabungan tanah jajahan British di Asia Tenggara?
I Dekolonisasi
II Keselamatan
III Potensi ekonomi
IV Memajukan negara
Perjanjian Julai 1963 juga dikenali sebagai Perjanjian Malaysia.
Apakah inti pati Perjanjian Malaysia?
I Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada 16 September 1963
II Kerusi Parlimen diberikan kepada Singapura, Sarawak dan Sabah
III Sarawak, Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu akan menjadi ahli dalam Persekutuan Malaysia
IV Penduduk Bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apakah faktor pemisahan Singapura dari Malaysia?
Apakah usaha yang diambil untuk mengatasi masalah yang timbul akibat peristiwa 13 Mei 1969?
I Perang Saraf
II Operasi Ketenteraan
III Pengisytiharan perintah darurat
IV Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)
Pasangan manakah yang betul tentang konsep integrasi nasional dan perpaduan kaum?
(Integrasi Nasional | Perpaduan Kaum)
Senarai berikut berkaitan usaha mewujudkan identiti negara.
• Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Bagaimanakah agensi di atas mencapai matlamat tersebut?
Antara berikut yang manakah insentif yang diberikan kepada Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPR)?
I Latihan pengurusan harta
II Pinjaman tanpa faedah
III Pemberian subsidi
IV Kemudahan modal
Apakah manfaat Rancangan Colombo kepada negara anggota Komanwel?
Maklumat berikut merujuk kepada projek perindustrian berteknologi tinggi di negara kita.
Lokasi | Projek
Raub, Pahang | Stesen Jana Kuasa
Perak, Pulau Pinang | Besi Keluli
Limbungan, Pasir Gudang, Johor | Membaiki Kapal
Apakah agensi yang mengendalikan projek perindustrian tersebut?
Deklarasi Kuala Lumpur diisytiharkan dalam Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003 di Malaysia.
Apakah isu yang dibangkitkan dalam deklarasi tersebut?
I Isu Palestin
II Isu pelarian
III Isu Alam Sekitar
IV Serangan Amerika terhadap Iraq
Mengapakah Malaysia menjadi lokasi transit bagi pemerdagangan orang ke negara lain?
Siapakah warganegara Malaysia yang layak menerima anugerah berikut?