SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan sejarah corak perjuangan dan karisme pemimpin.

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan maksud nasionalisme.

      [2]
    2. (b)

      Terangkan faktor yang mendorong kemunculan dan perkembangan nasionalisme di negara kita pada abad ke-20.

      [4]
    3. (c)

      Jelaskan peranan golongan intelektual dalam memajukan sesuatu bangsa.

      [4]
  2. Gambar menunjukkan proses pengundian Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955 bagi Persekutuan Tanah Melayu.

    10 marks
    Diagram for question 2
    1. (a)

      Apakah syarat yang ditetapkan untuk menjadi calon dalam pilihan raya? (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

      [4]
    3. (c)

      Andaikan anda telah dipilih menjadi calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum negara. Apakah strategi berkempen yang akan anda gunakan?

      [4]
  3. Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini adalah sejajar dengan konsep raja dalam Perlembagaan Persekutuan.

    10 marks
    1. (a)

      Terangkan cara pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam kuasa perundangan.

      [4]
    3. (c)

      Gambar menunjukkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mengapakah sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu dipertahankan?

      [4]
      Diagram for question 3 (c)
  4. Rukun Negara dibentuk untuk mendukung cita-cita mencapai beberapa matlamat bagi melahirkan sebuah negara yang rakyatnya hidup bersatu-padu, aman dan sejahtera.

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan matlamat Rukun Negara.

      [2]
    2. (b)

      Prinsip Rukun Negara tonggak utama untuk mengekalkan perpaduan kaum dan kesejahteraan negara. Jelaskan.

      [4]
    3. (c)

      Rukun Negara bukan sekadar dilafazkan semasa perhimpunan sekolah tetapi perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Berikan pendapat anda.

      [4]

Section B

  1. Pemerintahan Jepun di negara kita adalah Pemerintahan Tentera. Perubahan drastik berlaku dalam semua aspek semasa Jepun menjajah negara kita.

    20 marks
    1. (a)

      Huraikan dasar pendudukan Jepun di negara kita dalam aspek politik dan ekonomi.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan penentangan terancang oleh penduduk negara kita.

      [6]
    3. (c)

      Percaya kuasa luar akan mengubah nasib bangsa dan negara adalah suatu kesilapan. Berikan pendapat anda.

      [8]
  2. Semenjak pentadbiran British di Tanah Melayu, sistem persekolahan vernakular mula berkembang. Sistem ini menghalang perpaduan rakyat di negara ini.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah maksud sekolah vernakular?

      [4]
    2. (b)

      Jelaskan usaha yang telah diambil untuk melahirkan pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah antara tahun 1951-1956.

      [8]
    3. (c)

      Jelaskan kepentingan pembentukan sistem pendidikan kebangsaan kepada negara kita.

      [8]
  3. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid) berperanan merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.

    20 marks
    1. (a)

      Apakah isu-isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid bagi merangka dan menyusun perlembagaan?

      [4]
    2. (b)

      Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah menjadi asas kepada pembentukan identiti negara dan bangsa Malaysia hari ini. Berikan ulasan anda.

      [8]
    3. (c)

      Toleransi antara penduduk Tanah Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dan pengiktirafan terhadap hak-hak istimewa orang Melayu. Pada pendapat anda, mengapakah persetujuan tersebut perlu difahami oleh generasi pada hari ini?

      [8]
  4. Kerajaan memperkenalkan Rancangan Malaysia Pertama dalam usaha menangani isu pembangunan ekonomi negara. Pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani isu-isu yang timbul melalui rancangan ini.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan isu-isu pembangunan dan ekonomi yang dihadapi negara.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan usaha-usaha yang telah diambil bagi mengatasi isu-isu tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Isu-isu yang dihadapi berjaya ditangani di bawah pemerintahan pemimpin negara kita yang berwibawa. Buktikan bahawa pencapaian Malaysia hari ini kesan daripada kewibawaan pemimpin negara.

      [8]
  5. Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan pakatan serantau. Pada 8 Ogos 1967, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan berikutan termeterainya Deklarasi Bangkok.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan latar belakang penubuhan pakatan serantau tersebut.

      [4]
    2. (b)

      Huraikan sumbangan Malaysia kepada pertubuhan serantau tersebut.

      [8]
    3. (c)

      Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan dasar luar Malaysia. Dasar luar Malaysia mengutamakan kesejahteraan serta keamanan serantau dan dunia telah memberikan kebaikan kepada negara kita. Jelaskan pernyataan tersebut berdasarkan pengetahuan sejarah anda.

      [8]