SPM Tuition
Subject
  1. Berikut adalah upacara yang diamalkan dalam Kerajaan Srivijaya. “ ... air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya. Air tersebut akan ditadah dan diminum oleh rakyat ...” Apakah tujuan upacara tersebut dijalankan?

  2. Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka. Antara berikut, yang manakah merupakan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka? I Nobat II Bahasa III Tombak IV Regalia

  3. Nasionalisme sesebuah negara amat penting untuk diperjuangkan kerana melahirkan semangat cinta akan negara. Bagaimanakah semangat nasionalisme sesebuah negara diperjuangkan?

  4. Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pemerintahan di Thailand. [Gambar: Raja Mongkut | Raja Chulalongkorn] Raja Mongkut: Melaksanakan birokrasi Barat Raja Chulalongkorn: Meneruskan dasar terbuka Mengapakah pemerintah Thailand melaksanakan dasar-dasar tersebut?

    Diagram for question 4
  5. Setelah menguasai Eropah Barat, Jerman melancarkan serangan besar-besaran untuk menawan Rusia. Mengapakah Rusia menjadi sasaran Jerman?

  6. Apakah faktor kedatangan Jepun ke negara kita?

  7. Tokoh berikut pernah dilantik oleh British untuk menjalankan tugas di negara kita. H.C. Willan Apakah kesan daripada pelantikan tokoh tersebut?

  8. Pembentukan Malayan Union pada tahun 1946 menimbulkan rasa tidak puas hati oleh orang Melayu. Jika anda berada dalam situasi tersebut, apakah langkah anda untuk menentang penubuhan tersebut? I Menyertai upacara pelantikan Gabenor British II Mendapatkan sokongan dari negara luar III Menghidupkan persatuan Melayu IV Mengadakan Kongres Melayu

  9. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948? I Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union II Sikap politik orang Melayu yang sederhana III Sokongan golongan Melayu radikal IV Gesaan pedagang asing

  10. Apakah cadangan Raja-Raja Melayu dan UMNO dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu? I Residen Jeneral berkuasa dalam perundangan II Majlis Raja-Raja berkuasa penuh dalam pemerintahan negara III Penubuhan persekutuan bertaraf naungan bukan tanah jajahan IV Perkataan negeri-negeri Melayu muncul dalam persekutuan yang baharu

  11. Penyataan berikut menerangkan prinsip kerakyatan. Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, prinsip jus soli turut diberikan kepada Rakyat British. Rakyat British merujuk kepada mereka yang lahir dari negeri…

  12. Apakah ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? I Kerakyatan sama rata bagi semua II Singapura disatukan dengan Tanah Melayu III Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi IV Pembentukan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri

  13. Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

  14. Gerakan politik berikut terlibat dalam kerjasama politik ke arah kemerdekaan. • Persidangan Kebangsaan • Konvensyen Kebangsaan Apakah tujuan gerakan politik tersebut?

  15. Senarai berikut merupakan peringkat pilihan raya sebelum merdeka. • Pilihan raya peringkat perbandaran • Pilihan raya peringkat negeri • Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan Apakah tujuan pilihan raya tersebut?

  16. Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) menyaksikan berlaku perkembangan amalan demokrasi di negara kita. Apakah bukti amalan demokrasi diamalkan pada masa kini?

  17. Apakah tuntutan Raja-raja Melayu terhadap Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

  18. Apakah persamaan sumbangan tokoh-tokoh berikut? • H.S. Lee • Dato’ Panglima Bukit Gantang • Encik Abdul Aziz Abdul Majid

  19. Permulaan sambutan kemerdekaan diraikan pada malam 30 Ogos 1957. Apakah lokasi sambutan kemerdekaan tersebut?

  20. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanakah peluang tersebut dapat dicapai?

  21. Apakah takrifan kedaulatan menurut Bahasa Inggeris?

  22. Usaha untuk memupuk perpaduan kaum telah dilakukan oleh pemerintah dan rakyat sejak awal mencapai kemerdekaan. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut? I Memperuntukkan perbelanjaan II Menggubal undang-undang III Mematuhi undang-undang negara IV Mengamalkan semangat perkongsian

  23. Senarai berikut berkaitan dengan undang-undang yang dilaksanakan di Negeri-negeri Selat. • Charter of Justice I • Charter of Justice II • Charter of Justice III Apakah tujuan pengenalan undang-undang tersebut?

  24. Raja merupakan pemerintah tertinggi di peringkat negeri. Bagaimanakah baginda melaksanakan kuasa eksekutif di peringkat tersebut?

  25. Gambar berikut menjelaskan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke XIV telah dilaksanakan pada hari Selasa, 30 Julai 2019. Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan?

    Diagram for question 25
  26. Apakah kedudukan Raja-raja Melayu semasa pendudukan Jepun?

  27. Jelaskan apa yang akan berlaku kepada undang-undang Negeri, jika terdapat undang-undang di dalamnya yang bertentangan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan?

  28. Keberkesanan penyelarasan dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat menjamin sistem Persekutuan beroperasi dengan berkesan. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perkara tersebut?

  29. Mengapakah faktor keselamatan penting terhadap pembentukan Malaysia?

  30. Pembentukan Malaysia telah ditentang hebat oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai neokolonialisme atau satu penjajahan bentuk baharu. Siapakah dalang disebalik anggapan tersebut?

  31. Maklumat berikut berkaitan dengan isu yang dihadapi oleh negara kita pada awal kemerdekaan. Terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah tersebut?

  32. Rusuhan kaum telah berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964. Mengapakah berlaku rusuhan kaum tersebut?

  33. Dialog berikut mungkin berlaku semasa kejohanan Piala Thomas. Penonton I : Saya bangga dengan slogan “Malaysia Boleh”. Penonton II : Saya juga pasti menggunakan slogan ini. Penonton III : Slogan ini dapat membantu atlet kita. Apakah nilai yang diperoleh daripada slogan tersebut?

  34. Bagaimanakah British melakukan pemisahan kaum di negara kita? I Perbezaan teknologi II Perbezaan ekonomi III Perbezaan petempatan IV Perbezaan adat resam

  35. Kerajaan melakukan penyusunan semula corak tenaga kerja di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam pembangunan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). Apakah kepentingan penyusunan tersebut?

  36. Rajah berikut berkaitan dengan hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan Luar Kesultanan Melayu Melaka • Hubungan Diplomatik • X Apakah X?

  37. Gambar di bawah berkaitan dengan penganjuran Sukan Komanwel. Apakah matlamat utama penganjuran Sukan Komanwel?

    Diagram for question 37
  38. Gambar di bawah menunjukkan hubungan Malaysia dengan China pada tahun 1974. Apakah kesan hubungan diplomatik tersebut?

    Diagram for question 38
  39. Deklarasi Langkawi diadakan pada Oktober 1989 bersempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Komanwel. Apakah kepentingan pengisytiharan tersebut?

  40. Mengapakah Malaysia melancarkan bantuan kemanusiaan kepada Aceh dan Sri Lanka pada tahun 2004?