Rakyat akan minum air tadahan Inskripsi Telaga Batu dalam upacara persetiaan rakyat kepada pemerintah Srivijaya.
Apakah tujuan upacara tersebut?
Pernyataan berikut berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan dalam kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Fasal 26 Hukum Kanun Melaka menetapkan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi.
Siapakah yang boleh menjadi saksi dalam pernikahan?
I Wanita
II Hamba
III Adik lelaki
IV Bapa saudara
Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan nasionalisme di Eropah.
• Revolusi Keagungan, 1688
• Revolusi Perancis, 1789
Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Eropah?
Mengapakah British memperkenalkan dasar desentralisasi di Tanah Melayu?
Apakah punca tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?
Mengapakah layanan yang lebih kejam diberikan Jepun terhadap orang Cina berbanding orang Melayu dan India?
Jadual berikut merujuk perkembangan pentadbiran di Tanah Melayu.
Tarikh: 12 September 1945
Peristiwa: Pengenalan British Military Administration (BMA)
Apakah tujuan pentadbiran tersebut diperkenalkan?
Jadual berikut menunjukkan usaha orang Melayu menentang Malayan Union.
Tarikh: 1 – 4 Mac 1946
Peristiwa: Kongres Melayu Pertama
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Mengapakah British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946?
Apakah kesan pelaksanaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Maklumat berikut berkaitan dengan ancaman komunis di negara kita.
Tahun: 16 Jun 1948
Peristiwa: Pembunuhan tiga orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Gambar berikut berkaitan dengan pasukan Special Constabels.
Apakah tugas pasukan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan parti politik yang diasaskan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1951.
Independence of Malayan Party (IMP)
Apakah matlamat penubuhan parti politik tersebut?
Bagaimanakah matlamat memupuk perpaduan kaum dapat dicapai melalui pelaksanaan Sistem Ahli?
Pada tahun 1954, Perikatan UMNO-MCA telah berjaya memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi dalam pilihan raya peringkat negeri.
Apakah faktor kejayaan tersebut?
Bilangan anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah ditetapkan oleh British adalah sebanyak 52 orang.
Bagaimanakah anggota MPP dilantik?
Apakah perkara yang dipersetujui antara rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu (PTM) dengan pihak British dalam Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956?
Bagaimanakah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melaksanakan tugas merangka perlembagaan negara yang merdeka?
Bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan oleh Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanakah pemilihan tersebut ditentukan?
Gambar berikut menunjukkan Buku Merah yang dilancarkan pada tahun 1961 dalam Rancangan Malaya Kedua.
(sumber: http://muziumnegara.gov.my)
Apakah tujuan buku tersebut diperkenalkan?
Berikut adalah perkataan Bahasa Yunani berkaitan kedaulatan.
• Supernuus
• Superanus
Perkataan tersebut merujuk negara yang ________.
Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghargai tokoh nasionalis negara?
Maklumat berikut berkaitan dengan asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
• Undang-undang Negeri Melayu
• X
Apakah X?
Bagaimanakah status kewarganegaraan Tanah Melayu diperoleh sebelum merdeka?
I Rakyat raja
II Kerakyatan British
III Pemastautin tetap
IV Kewarganegaraan sama
Undang-undang berikut diwujudkan berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang
• Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
Apakah kesan pengenalan undang-undang tersebut?
Mekanisme semak dan imbang telah memberi kuasa pengimbang pada raja.
Bagaimanakah kuasa tersebut memastikan kestabilan negara terjamin?
Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri bagi Sarawak dan Sabah.
• Senarai Negeri
• Senarai Bersama
• Peruntukan Tambahan
Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri-negeri tersebut?
Idea gagasan Malaysia ialah penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam satu sistem pentadbiran dan ekonomi.
Mengapakah penyatuan tersebut penting bagi pihak British?
Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia.
Presiden Soekarno → Jeneral Suharto
Apakah kesan daripada perubahan tersebut?
Gambar menunjukkan rusuhan kaum yang berlaku di Singapura pada 21 Julai 1964.
(sumber http://mstar.com.my)
Mengapakah rusuhan tersebut berlaku?
Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi melindungi rakyat daripada ancaman pengganas komunis termasuk pelaksanaan Strategy Counterinsurgency (COIN).
Apakah strategi pelaksanaan COIN?
Apakah matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan?
Rukun Negara dibentuk untuk mencapai matlamat membentuk masyarakat yang sejahtera.
Masyarakat X: Satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan perubahan dan kemajuan pada masa ini.
Apakah X?
Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991?
Bagaimanakah pengenalan Zon Perindustrian Bebas dapat memajukan sektor perindustrian negara?
Maklumat berikut berkaitan perubahan yang berlaku dalam dasar luar Malaysia ketika pentadbiran Tun Abdul Razak Husien.
• Dasar proBarat
• Anti komunis
→
• Bersikap tidak memihak
• Menjalin hubungan dengan negara lain tanpa mengira ideologi
Apakah tujuan perubahan dasar tersebut?
Isu Kemiskinan
Bagaimana pertubuhan Komanwel menangani isu tersebut dalam kalangan negara anggotanya?
Malaysia dan negara Komanwel bersungguh dalam mengekalkan kelestarian global.
Apakah bukti komitmen tersebut?
Komuniti ASEAN ditubuhkan pada tahun 2015.
Apakah yang menjadi harapan komuniti tersebut?