Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Mengutip cukai di pelabuhan
Siapakah pembesar tersebut?
Terdapat pelbagai cukai yang dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan.
Apakah cukai tersebut?
I Cukai perjalanan
II Cukai hasil perniagaan
III Cukai tetap
IV Cukai diraja
Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Thailand.
Revolusi Thai 1932
Apakah kesan revolusi tersebut?
Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh guru wanita di Johor Bahru pada tahun 1930.
Apakah isu yang dimuatkan dalam majalah tersebut?
Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914.
Apakah faktor yang mencetuskan perang tersebut?
Gambar berikut menunjukkan wang kertas yang digunakan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan mata wang tersebut?
Apakah tujuan British menubuhkan pentadbiran British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu?
Apakah akhbar Melayu yang menyuarakan bantahan terhadap pembentukan Malayan Union?
I Berita Harian
II Warta Negara
III Utusan Melayu
IV Lembaga Malaya
Pertubuhan berikut menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
• Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
• All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)
Apakah persamaan pertubuhan tersebut?
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 kepada sistem pemerintahan beraja di negara kita?
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa di Tanah Melayu.
Tarikh: 16 Jun 1948
Peristiwa: Pembunuhan tiga orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Sir Gerald Templer telah melaksanakan perang saraf untuk menghadapi ancaman komunis.
Bagaimanakah perang saraf tersebut dilaksanakan?
I Mengharamkan parti politik
II Menubuhkan pasukan keselamatan
III Memenangi kepercayaan Orang Asli
IV Memajukan perkhidmatan penerangan
Senarai berikut ialah sistem pendidikan negara kita sebelum merdeka.
• Sekolah Inggeris
• Sekolah vernakular Cina
• Sekolah vernakular Tamil
• Sekolah aliran agama
• Sekolah vernakular Melayu
Apakah implikasi sistem pendidikan tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956.
• Sistem pendidikan yang sama
• Kurikulum yang sama
• Bahasa pengantar bahasa Melayu
Apakah kepentingan penyata tersebut?
Pilihan Raya Umum Pertama diadakan pada tahun 1955.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada negara?
Mengapakah keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan menjadi bukti amalan demokrasi berlaku di negara kita?
Gambar berikut menunjukkan perarakan Tunku Abdul Rahman ke Padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
Suruhanjaya Reid dibentuk pada 8 Mac 1956.
Mengapakah suruhanjaya tersebut dibentuk?
Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh-tokoh dunia.
Nama | Negara
• Soekarno | Indonesia
• Nelson Mandela | Afrika
• Tunku Abdul Rahman | Tanah Melayu
Apakah persamaan mereka?
Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961.
Mengapakah rancangan tersebut penting?
I Merekod pengurusan kewangan negara
II Memantau pelaksanaan rancangan pembangunan
III Mengandungi program pembangunan negara
IV Mengawal mutu perkhidmatan kerajaan
Kedaulatan moden dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas peristiwa yang berlaku di Eropah.
Apakah peristiwa tersebut?
Rajah berikut berkaitan dengan ciri negara berdaulat.
Ciri negara berdaulat →
• Rakyat yang setia
• Pemerintahan berwibawa
• Sempadan negara diiktiraf
• X
Apakah X?
Apakah perkara yang menjadi terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957?
I Tiga Dewan dalam Parlimen
II Kewarganegaraan yang sama
III Kedudukan istimewa orang Melayu
IV Bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi
Mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda tahun 1963?
Apakah bidang kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong?
Maklumat berikut berkaitan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, berhimpun secara aman dan membentuk persatuan.
Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?
Antara yang berikut, perkara yang manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?
Jadual berikut menunjukkan kerjasama kerajaan untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan | Program Pembangunan
Persekutuan | • Rumah Mesra Rakyat • Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
Negeri | • Rumah Selangorku • Rumah Mampu Milik Johor
Apakah sumbangan program tersebut terhadap golongan pertengahan?
Mengapakah Tunku Abdul Rahman berpendapat Singapura perlu dimasukkan dalam pembentukan Malaysia?
Apakah kesan peristiwa berikut terhadap negara kita?
Tahun: 1965
Peristiwa: Jeneral Suharto mengambil alih kuasa pemerintahan di Indonesia daripada Presiden Soekarno
Pada 21 Julai 1964, rusuhan kaum telah berlaku di Singapura.
Mengapakah rusuhan kaum tersebut berlaku?
Maklumat berikut berkaitan dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969.
X →
• Dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussien
• Ahlinya terdiri daripada pegawai tinggi polis dan tentera
Apakah X?
Maklumat berikut adalah cadangan tambahan Laporan Rahman Talib.
• Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
• Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat
Mengapakah Laporan Rahman Talib mengemukakan cadangan tambahan tersebut?
I Mengurangkan murid gagal mata pelajaran Sejarah
II Memperkukuh semangat kekitaan
III Memperkukuh kebersamaan antara murid
IV Meningkatkan murid memasuki sekolah akademik
Logo berikut diperkenalkan sempena sambutan 50 tahun Rukun Negara.
Apakah maksud bulan dan bintang dalam logo tersebut?
Apakah peranan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah berjaya mencapai matlamat mengurangkan kadar kemiskinan di negara kita.
Bagaimanakah matlamat tersebut dicapai?
I Membuka peluang pekerjaan
II Menambah pendapatan isi rumah
III Memperkenalkan teknologi moden
IV Meningkatkan kegiatan inovasi
Berikut adalah dua blok politik dunia.
• Blok Barat
• Blok Timur
Bagaimanakah blok tersebut memberi kesan kepada Malaysia?
Rajah berikut berkaitan sebuah pertubuhan serantau.
MAPHILINDO → Malaysia, Filipina, Indonesia
Mengapakah pertubuhan tersebut dibentuk?
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) merupakan penyakit berjangkit yang wujud dalam masyarakat dunia.
Mengapakah perkara tersebut berlaku?
Apakah faktor penarik kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita?