Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?
Maklumat berikut berkaitan peranan nakhoda yang terkandung dalam Undang-Undang Laut Melaka.
Menurut Fasal 13.3, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan.
Mengapakah nakhoda perlu berbuat demikian?
Semangat bushido dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah Jepun.
Apakah yang ditekankan dalam semangat tersebut?
Tokoh berikut merupakan lepasan Maktab Melayu Kuala Kangsar.
[Gambar: Raja Chulan Raja Abdullah]
Apakah tuntutan tokoh tersebut terhadap British?
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara kita?
Berikut merupakan mata wang yang diperkenalkan oleh Jepun.
[Gambar: Wang pokok pisang]
Apakah kesan mata wang ini dicetak secara tidak terkawal?
Gambar berikut merupakan pegawai British yang tiba di Tanah Melayu pada 11 Oktober 1945.
[Gambar: Sir Harold MacMichael]
Apakah peranan pegawai tersebut?
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Mengapakah beliau menentang penyerahan tersebut?
I Berjuang mempertahankan pentadbiran tradisional
II Menolak sistem pentadbiran British
III Bertentangan dengan Perlembagaan 1941
IV Mengetepikan surat wasiat Charles Brooke
Berikut merupakan cadangan alternatif Perjanjian Persekutuan 1948.
• Kedudukan bahasa Melayu
• Pertahanan dan hal ehwal luar negeri
• Syarat kewarganegaraan
• Bendera dan lagu kebangsaan
Pertubuhan manakah yang telah memberi cadangan tersebut?
Berikut adalah kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara. Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.
Apakah nilai yang boleh dipelajari daripada peristiwa tersebut?
Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Komunis Malaya (PKM) ingin menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.
Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?
Bagaimanakah penguatkuasaan Undang-Undang Darurat dilaksanakan di negara kita?
I Mengetatkan undang-undang bersenjata
II Menahan individu yang menyertai komunis
III Mengawal sempadan negara
IV Menyekat kemaraan kuasa besar dunia
Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan untuk menghadapi ancaman komunis.
Apakah tindakan yang diambil untuk menjayakan sistem tersebut?
Apakah impak penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) terhadap pemimpin?
Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
Mengapakah keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dilihat sebagai perkembangan amalan demokrasi di negara kita?
Siapakah wakil yang terlibat dalam misi rundingan kemerdekaan ke London?
I Parti Negara
II Raja-raja Melayu
III Parti Perikatan
IV Orang Dagang
Maklumat berikut berkaitan dengan situasi yang berlaku di negara kita.
Situasi 1: Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Situasi 2: Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Apakah kesan daripada situasi tersebut?
Sebutir pingat emas telah dihadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman pada malam sambutan kemerdekaan.
Apakah ukiran yang terdapat pada pingat tersebut?
Apakah matlamat penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)?
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri negara yang berdaulat.
• X
• Mempunyai sempadan
• Mempunyai perundangan
• Mempunyai pemerintahan
Apakah X?
Maklumat berikut berkaitan dengan langkah mempertahankan kedaulatan negara.
• Mewujudkan kestabilan politik
• Menjamin kemakmuran ekonomi
Bagaimanakah pemerintah mencapai matlamat tersebut?
Apakah asas pembentukan perlembagaan negara kita?
I Undang-undang Inggeris
II Undang-undang Negeri Melayu
III Undang-undang adat
IV Undang-undang lisan
Mengapakah pindaan perlembagaan pada tahun 1965 dilakukan?
Gambar berikut menunjukkan cap Mohor Besar Raja-Raja.
[Gambar: cap Mohor Besar Raja-Raja]
Apakah kepentingan cap mohor tersebut?
Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam bidang politik?
Rajah berikut berkaitan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pembahagian Kuasa: Kerajaan Persekutuan | Kerajaan Negeri
Mengapakah berlaku pembahagian kuasa tersebut?
Bagaimanakah kerajaan melaksanakan pemuliharaan khazanah laut di kepulauan negara kita?
Maklumat berikut merupakan cadangan Lord Brassey, Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
Penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat menjadi tanah jajahan besar.
Mengapakah cadangan tersebut dibuat?
Usul pembentukan Malaysia telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961.
Apakah reaksi terhadap pembentangan usul tersebut?
Mengapakah negeri Sabah dan Sarawak menghadapi cabaran sosioekonomi walaupun mempunyai kekayaan hasil bumi?
Bagaimanakah kerajaan mengatasi ancaman komunis melalui perang saraf?
Maklumat berikut berkaitan sukan yang dianjurkan di negara kita.
• Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
• Sukan Malaysia (SUKMA)
Apakah tujuan penganjuran sukan tersebut?
Gambar berikut menunjukkan logo sambutan 50 tahun Rukun Negara.
[Gambar: logo sambutan 50 tahun Rukun Negara]
Apakah maksud warna biru pada logo tersebut?
Bagaimanakah kerajaan berjaya menurunkan kadar kemiskinan di Malaysia?
I Membuka peluang pekerjaan
II Menyekat kemasukan imigran
III Menyediakan kemudahan pinjaman
IV Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
Senarai berikut berkaitan dengan industri kereta dan motosikal buatan Malaysia.
• PROTON
• PERODUA
• MODENAS
Apakah kesan pertumbuhan industri tersebut terhadap negara?
Maklumat berikut berkaitan dengan pengamalan dasar luar Malaysia.
• Bebas dan berkecuali
• Menjalin hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi
Apakah faktor yang mempengaruhi dasar luar tersebut?
Pada tahun 1992, Malaysia telah membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang sedang ditekan oleh Serbia dalam Sidang Kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia.
Apakah kesan daripada tindakan Malaysia tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dengan tuntutan pertindihan sempadan.
Negara Terlibat | Tuntutan
Malaysia dengan Singapura | Pulau Batu Putih
Malaysia dengan Indonesia | Pulau Sipadan dan Ligitan
Bagaimanakah tuntutan tersebut diselesaikan?
Malaysia berpandangan bahawa terdapat pertubuhan dunia yang tidak mampu melindungi hak dan kedudukan negara kecil yang sedang membangun.
Apakah pertubuhan tersebut?
I Komanwel
II NAM
III PBB
IV OIC