SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Nasionalisme berbentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal telah muncul di Filipina.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah tuntutan Gerakan Propaganda terhadap Sepanyol?

      [2]
    2. (b)

      Gerakan Propaganda gagal dalam perjuangan mereka. Jelaskan kesan kegagalan ini terhadap perkembangan nasionalisme di Filipina.

      [4]
    3. (c)

      Cadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pemimpin bagi memastikan gerakan nasionalisme mencapai kejayaan.

      [4]
  2. Selepas negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha pembangunan negara telah dilakukan dalam aspek ekonomi dan sosial.

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan pelaksanaan Rancangan Buku Merah selepas merdeka.

      [2]
    2. (b)

      Terangkan pembangunan sosial yang diberi penekanan oleh kerajaan setelah negara mencapai kemerdekaan.

      [4]
    3. (c)

      Sebagai generasi muda, apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk memastikan kemerdekaan negara terus kekal terpelihara?

      [4]
  3. Gambar berikut berkaitan dengan rancangan Pembangunan Koridor Wilayah. [Gambar: peta Malaysia dengan logo Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Iskandar Malaysia, Sabah Development Corridor dan Sarawak SCORE]

    10 marks
    Diagram for question 3
    1. (a)

      Namakan negeri yang terlibat dalam rancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Mengapakah rancangan Pembangunan Koridor Wilayah diwujudkan di seluruh Malaysia?

      [4]
    3. (c)

      Mengapakah rancangan Pembangunan Koridor Wilayah tidak melibatkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia? Berikan penjelasan anda.

      [4]
  4. Malaysia berada di barisan hadapan dalam menyuarakan pandangan berkaitan isu kemanusiaan dan keamanan di peringkat global.

    10 marks
    1. (a)

      Apakah isu tersebut? (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Malaysia berperanan aktif mencari penyelesaian adil dalam menangani konflik Israel-Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka. Sumber: International Journal of Politic, Public Policy and Social Work, eISSN:2637-0980, Journal Website: www.ijppsw.com Bagaimanakah Malaysia berperanan membantu negara tersebut?

      [4]
    3. (c)

      Mengapakah konflik kemanusiaan masih berlaku pada masa kini?

      [4]

Section B

  1. Tokoh berikut terlibat dengan kegiatan anti-Jepun. [Gambar: Gurchan Singh dan Sybil Kathigasu]

    20 marks
    Diagram for question 5
    1. (a)

      Jelaskan tindakan mereka dalam menentang Jepun.

      [6]
    2. (b)

      Gerakan anti-Jepun telah membawa kesedaran politik di Sabah dan Sarawak. Jelaskan pernyataan tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Apakah yang akan terjadi sekiranya keamanan dan keharmonian negara tidak dipelihara?

      [8]
  2. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah menerima 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak untuk diteliti.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cadangan yang dikemukakan oleh parti politik dan pihak awam.

      [4]
    2. (b)

      Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Terangkan inti pati perjanjian tersebut.

      [8]
    3. (c)

      Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjamin perpaduan kaum di negara kita?

      [8]
  3. Perjanjian Malaysia atau Malaysia Agreement (MA63) adalah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh pihak-pihak "United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura". Sumber: https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/04/MA63_S.pdf

    20 marks
    1. (a)

      Apakah kandungan perjanjian tersebut?

      [6]
    2. (b)

      Istiadat pengisytiharan Malaysia telah diadakan serentak di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah. Huraikan peristiwa tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Perjanjian Malaysia 1963 memberi kebaikan kepada rakyat negara kita pada hari ini. Bincangkan.

      [8]
  4. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

    20 marks
    1. (a)

      Bagaimanakah kerajaan memperkasakan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan?

      [4]
    2. (b)

      Maklumat berikut berkaitan pusat ilmu yang terdapat di negara kita. • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Huraikan peranan yang dimainkan oleh pusat ilmu tersebut dalam memastikan bahasa Melayu kekal menjadi bahasa perpaduan negara.

      [8]
    3. (c)

      Berikan ulasan anda berkaitan dengan petikan di bawah. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kini semakin mencabar di negara ini. Penerimaan dan penggunaan bahasa Melayu oleh rakyat jelas amat mengecewakan. Lebih malang lagi, bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dalam kalangan penutur bahasa Melayu turut tercabar kedudukannya. Sejak kebelakangan ini, bilangan penutur bahasa Melayu yang bahasa ibundanya bahasa Melayu terus berkurangan. Sumber: https://dewanbahasa.jendeladbp.my

      [8]
  5. (Tiada stimulus; lihat ceraian soalan.)

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan manfaat yang diperoleh Malaysia melalui penyertaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

      [6]
    2. (b)

      Terangkan sumbangan Malaysia dalam: (i) Misi Pengaman (ii) Misi Pegawai Pemerhati

      [6]
    3. (c)

      Bagaimanakah keamanan dunia dapat dikekalkan pada masa hadapan?

      [8]