SPM Tuition
Subject

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

Section A

  1. Perang Dunia Kedua (1939-1945) berlaku di dua medan pertempuran, iaitu di Eropah dan Asia Pasifik.

    10 marks
    1. (a)

      Namakan dua pakatan yang terbentuk semasa Perang Dunia Kedua. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Mengapakah Perang Dunia Kedua berlaku di Eropah?

      [4]
    3. (c)

      Apakah kesan terhadap tamadun manusia pada masa hadapan jika perang dunia berlaku sekali lagi?

      [4]
  2. Berikutan persetujuan di London, maka pada 8 Mac 1956, kerajaan British mengumumkan pembentukan suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu. Sumber: Nik Anuar Nik Mahmud, 2011. Biografi Tun Abdul Razak. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    10 marks
    1. (a)

      Berikan dua nama ahli yang menganggotai suruhanjaya tersebut. (i) (ii)

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan peranan suruhanjaya ini.

      [4]
    3. (c)

      Pada pendapat anda, mengapakah suruhanjaya ini menerima memorandum daripada pelbagai pihak?

      [4]
  3. Rajah berikut berkaitan amalan demokrasi di Malaysia. Ciri-ciri demokrasi → Pengasingan kuasa; X; Y

    10 marks
    1. (a)

      Apakah X dan Y? (i) X: (ii) Y:

      [2]
    2. (b)

      Jelaskan maksud di 3(a)(i) dan 3(a)(ii).

      [4]
    3. (c)

      Sejauh manakah konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan negara mampu mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama di negara kita?

      [4]
  4. "Kita mesti menggubal satu identiti bangsa Malaysia dengan mengambil kira semua kaum dan agama. Saya menegaskan bahawa sudah sampai ketikanya bagi kita menentukan identiti atau keperibadian kebangsaan sebagai satu bangsa yang mempunyai maruah dan martabat seperti bangsa-bangsa lain yang merdeka dan berdaulat di dunia ini." Petikan ucapan Tun Abdul Razak Hussein ketika merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Sumber: Abdul Latiff Abu Bakar, 1987. Kebudayaan Kebangsaan dalam Pembinaan Negara Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur : Biro Pendidikan UMNO Malaysia.

    10 marks
    1. (a)

      Jelaskan secara ringkas sejarah pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

      [3]
    2. (b)

      Dasar Kebudayaan Kebangsaan mempunyai beberapa prinsip utama. Bincangkan.

      [3]
    3. (c)

      KUCHING: Pelancaran Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandakan kemunculan semula acara pelancongan itu selepas kali terakhir diadakan pada 2017. Ia bertujuan mendekatkan masyarakat umum dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia. Sumber diubah suai: https://astroawani.com Mengapakah program tersebut penting kepada negara?

      [4]

Section B

  1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai undang-undang yang tersusun berasaskan syariah dan hukum adat.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka.

      [6]
    2. (b)

      Undang-Undang Laut Melaka berjaya memastikan aktiviti pelayaran dan organisasi di atas kapal sistematik dan berkesan. Buktikan pernyataan tersebut.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Ahli falsafah undang-undang Rom, Marcus Tullius Cicero pernah menyatakan kebahagiaan sesebuah masyarakat itu bergantung kepada kepatuhan setiap individu terhadap undang-undang. Penyataan itu jelas menggambarkan hubungan sesama manusia tidak boleh berlaku dengan sempurna jika tiada peraturan dan undang-undang. Kesannya dapat dilihat di banyak negara dunia apabila undang-undang dan keadilan tidak menjadi pasak utama, natijahnya, berlaku kacau-bilau yang sekali gus merobek keharmonian masyarakat. Keadaan tegang yang menggugat perpaduan juga tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita leka dan tidak mendukung prinsip keempat Rukun Negara yang mendaulatkan undang-undang. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kejayaan yang boleh dicapai oleh negara kita sekiranya rakyat mendaulatkan undang-undang.

      [8]
  2. Gambar berikut berkaitan dengan peristiwa pemasyhuran kemerdekaan negara. Sumber: Arkib Negara Malaysia

    20 marks
    Diagram for question 6
    1. (a)

      Terangkan persiapan yang dilakukan oleh jawatankuasa persediaan fizikal dalam usaha menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara.

      [6]
    2. (b)

      Ceritakan peristiwa bersejarah pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

      [6]
    3. (c)

      Bagaimanakah peristiwa di atas dapat dihayati oleh generasi kini?

      [8]
  3. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan negara yang diperlukan bagi kestabilan serta kemajuan negara.

    20 marks
    1. (a)

      Terangkan ciri-ciri tradisional yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

      [6]
    2. (b)

      Jelaskan tentang pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963.

      [6]
    3. (c)

      Perlembagaan negara kita mengalami proses pindaan dari semasa ke semasa. Mengapakah pindaan perlu dilakukan?

      [8]
  4. Peristiwa rusuhan antara kaum berlaku pada 13 Mei 1969, bermula beberapa hari setelah diadakan Pilihan Raya Umum Ketiga yang lebih tertumpu di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa tersebut.

      [4]
    2. (b)

      Bagaimanakah kerajaan bertindak dalam menangani peristiwa tersebut?

      [8]
    3. (c)

      "SUKAN BERPERANAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN DAN KEHARMONIAN KAUM DI MALAYSIA" Ulaskan gambar di atas dan jelaskan kepentingan keharmonian kaum bagi sesebuah negara.

      [8]
      Diagram for question 8 (c)
  5. Malaysia berada di barisan hadapan dalam membangkitkan isu kemanusiaan dan keamanan.

    20 marks
    1. (a)(i)

      Bagaimanakah rakyat Malaysia terlibat dalam misi kemanusiaan berkaitan isu yang berikut: (i) Isu Palestin.

      [4]
    2. (a)(ii)

      (ii) Isu Syria.

      [4]
    3. (a)(iii)

      (iii) Tsunami di Aceh dan Sri Lanka.

      [4]
    4. (b)

      Gambar berikut berkaitan dengan isu perjuangan di Palestin. Rasionalkan tindakan Malaysia membantu rakyat Palestin sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sehingga hari ini. Berikan pendapat anda.

      [8]
      Diagram for question 9 (b)