Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan Kerajaan Alam Melayu.
Kerajaan Champa (Abad Pertama) → X (Abad ke-7) → Kesultanan Melayu Melaka (Abad ke-15)
Apakah kerajaan X?
Rajah berikut sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang tersusun dan berhierarki.
Raja/Sultan → Pentadbiran Peringkat Pusat → Pentadbiran di Peringkat Jajahan
Apakah peranan pembesar diperingkat jajahan?
I Mengutip cukai
II Menjaga keamanan
III Mengurus pembendaharaan
IV Mengawal aktiviti perdagangan
Raja-raja Thailand membentuk imej negara Thailand sebagai negara yang bersahabat dengan Barat.
Mengapakah mereka bertindak sedemikian?
Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh nasionalisme tempatan.
• Mat Salleh
• Haji Abdul Rahman Limbong
Apakah ciri perjuangan tokoh di atas?
Bagaimanakah Perang Dunia Kedua (1939-1941) bermula di Eropah?
Tarikh: 8 Disember 1941
Peristiwa: Jepun menyerang Pearl Harbour
Mengapakah Jepun melakukan serangan tersebut?
Apakah persamaan jasa tokoh berikut terhadap Tanah Melayu?
[Gambar: Dato' Nik Ahmad Kamil; Halimahton Abd Majid]
Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Tanah Melayu selepas Perang Dunia ke-2.
Tarikh: 1 April 1946
Peristiwa: Gagasan Malayan Union dilaksanakan di Tanah Melayu
Mengapakah orang Melayu menentang penubuhannya?
Rajah berikut menjelaskan latar belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Penubuhan Jawatankuasa Kerja → Persekutuan Tanah Melayu 1948
Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja?
Apakah kesan peristiwa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap perjuangan orang Melayu?
Bagaimanakah ideologi komunis disebarkan di Tanah Melayu?
I Menyusup masuk dalam Kesatuan Sekerja
II Melalui hubungan antara kerajaan
III Interaksi antara kumpulan pedagang
IV Pembukaan cawangan Parti Kuomintang
Gambar berikut adalah tindakan yang dilakukan oleh pengganas komunis di Tanah Melayu.
[Gambar: Ladang getah dan rumah kediaman yang telah dibakar oleh komunis.]
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Tahun: 1949
Peristiwa: Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Mengapakah pembentukan Sistem Ahli penting di Tanah Melayu?
Pernyataan berikut berkaitan dengan pilihan raya peringkat negeri.
Tarikh: 1954
Keputusan: Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 kerusi daripada 268 kerusi yang dipertandingkan
Apakah kesan keputusan kemenangan tersebut?
Apakah kesan penubuhan majlis berikut terhadap negara?
Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Raja-raja Melayu telah mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Cadangan yang manakah terkandung dalam memorandum tersebut?
Apakah intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
I Proses perlaksanaan pilihanraya
II Dasar Pendidikan Kebangsaan
III Syarat kewargenegaraan
IV Kedudukan Bahasa Melayu
Tokoh berikut telah memberikan sumbangan yang besar terhadap negara masing-masing.
• Mahatma Ghandi
• Nelson Mandela
Apakah matlamat perjuangan tokoh tersebut?
Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman dan rombongan menuju ke Padang Bandar Hilir Melaka untuk Pengisytiharan Merdeka.
[Gambar]
Apakah simbolik Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan ke udara pada masa tersebut?
Apakah sumbangan anda terhadap sebuah negara merdeka?
Apakah kepentingan konsep daulat dalam sistem politik Melayu tradisional?
I Memperkukuh kedudukan raja-raja
II Memperluas peranan golongan pembesar
III Menyekat peluasan pengaruh kuasa asing
IV Mengikat kesetiaan rakyat terhadap raja
Perlembagaan memperuntukkan kuasa budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong.
Apakah bidang kuasa baginda?
Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sistem tersebut?
I Badan Kehakiman merangka undang-undang
II Penglibatan rakyat dalam pentadbiran
III Yang di-Pertuan Agong ketua utama negara
IV Majlis Raja-Raja menggubal perlembagaan
Maklumat berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pembahagian Kuasa:
• Senarai Persekutuan
• Senarai Negeri
• Senarai Bersama
Antara yang berikut, perkara manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?
I Pertahanan
II Pendidikan
III Hal Ehwal Tanah
IV Undang-undang Islam
Jadual berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat.
Program Kerajaan Persekutuan: Perbadanan Perumahan 1 Malaysia (PRIMA); Rumah Mesra Rakyat
Program Kerajaan Negeri: Rumah Selangorku (Selangor); Rumah Mampu Milik Johor (Johor)
Mengapakah kerjasama tersebut dilakukan?
Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM) ditubuhkan di Singapura.
Mengapakah JSKM ditubuhkan?
Apakah kesan peristiwa berikut?
Tahun: 1965
Peristiwa: Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno
Pemisahan Singapura menjadi cabaran utama selepas pembentukan Malaysia.
Apakah faktor pemisahan tersebut?
I Hak sama rata
II Konflik perkauman
III Masalah kepimpinan
IV Ancaman keselamatan
Apakah langkah yang diambil oleh Malaysia untuk mengatasi masalah peristiwa 13 Mei 1969?
Maklumat berkaitan usaha kerajaan memperkasakan perpaduan selepas negara merdeka.
Institusi:
• Jabatan Perpaduan Negara
• Majlis Muhibah Negara
• Majlis Perundingan Negara
Apakah matlamat penubuhan institusi tersebut?
Maklumat berikut berkaitan dasar pendidikan kebangsaan.
Jawatankuasa X: Bahasa pengantar Melayu; Kurikulum yang sama; Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
Jawatankuasa Y: Sistem persekolahan aneka jurusan; Kursus kemahiran; Mewujudkan sekolah kebangsaan
Apakah X dan Y?
I Laporan Rahman Talib
II Laporan Penyata Razak
III Jawatankuasa Kabinet
IV Kajian Aminuddin Baki
Apakah tujuan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memperkenalkan logo dan slogan tersebut?
[Gambar: Logo slogan "Bahasa Jiwa Bangsa"]
Apakah matlamat penubuhan Majlis Perundingan Negara (MAPEN)?
I Mewujudkan kerjasama kaum
II Memupuk identiti kebangsaan
III Membasmi kemiskinan
IV Merapatkan jurang sosioekonomi
Maklumat berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Tarikh Penubuhan: 1 Julai 1956
Matlamat: Lembaga telah ditubuhkan untuk melaksanakan pembukaan tanah baharu.
Apakah kesan pembukaan tanah baharu tersebut?
Pada tahun 1963, Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) telah ditubuhkan.
Apakah tujuan penubuhan tersebut?
Malaysia menentang dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Mengapakah Malaysia bertindak sedemikian?
Maklumat berikut berkaitan dengan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN)
AFTA bertujuan menjadikan kawasan ASEAN tempat produksi barangan keluaran negara ASEAN. Malaysia bersetuju meningkatkan perdagangan sesama anggota ASEAN
Mengapakah Malaysia bersetuju menyertai pertubuhan tersebut?
Apakah bentuk bantuan yang disalurkan oleh sukarelawan bagi membantu rakyat Syria yang menghadapi krisis?
I Pendidikan
II Kebudayaan
III Perdagangan
IV Perubatan
Gambar menunjukkan Anugerah Langkawi yang disiytiharkan oleh Malaysia.
[Gambar]
Apakah kriteria melayakkan seseorang menerima anugerah tersebut?