Senarai berikut merupakan wilayah naungan kepada Kesultanan Melayu Melaka.
• Kedah
• Patani
• Lingga
Apakah tindakan wilayah tersebut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan Kesultanan Melayu Melaka (KMM).
KMM terkenal kerana kejayaan mewujudkan keamanan di darat dan di laut
Bagaimanakah kejayaan tersebut dicapai?
Tokoh berikut terlibat dalam Revolusi Amerika pada tahun 1776.
[Gambar: Thomas Jefferson]
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Perjuangan Sultan Abdullah Mukarram Shah di Kedah merupakan perjuangan terawal di Kedah.
Apakah bukti untuk menyokong perjuangan tersebut?
I Mendapatkan kembali Pulau Pinang
II Melancarkan serangan terhadap Siam
III Menamatkan penghantaran bunga emas
IV Menentang Syarikat Hindia Timur Inggeris
Gerakan fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini memberi penekanan kepada nasionalisme melampau.
Mengapakah gerakan tersebut bertindak sedemikian?
Tokoh berikut mendapat gelaran nama “Harimau Malaya”
Tengku Mahmood Mahyidden
Mengapakah gelaran tersebut diberi pada beliau?
Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.
Tempoh: Selepas Perang Dunia Kedua
Tujuan Rancangan:
• Meningkatkan pelaburan ekonomi
• Mengukuhkan pertahanan
• Mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga
Apakah rancangan pentadbiran tersebut?
Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British telah diisytiharkan di Kuching.
Bagaimanakah impak penyerahan tersebut terhadap Sarawak?
Mengapakah British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Julai 1946?
Apakah kebaikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja?
PKM tetap mencetuskan huru-hara walaupun Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan.
Apakah tujuan PKM bertindak sedemikian?
Tokoh berikut telah melancarkan kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”
[Gambar: Sir Gerald Templer]
Apakah kejayaan kempen tersebut?
Apakah kebaikan penubuhan Sistem Ahli terhadap negara kita?
I Menjadi asas mencapai kemerdekaan
II Menyatukan semua negeri Melayu
III Pemulihan kedaulatan Raja-raja Melayu
IV Pendedahan penduduk dalam pentadbiran
Ordinan Pelajaran 1952 gagal mencapai matlamat.
Apakah faktor jawatankuasa pelajaran tersebut gagal?
Mengapakah peristiwa berikut dilakukan?
Tarikh: 21 April 1954
Peristiwa: Tunku Abdul Rahman berangkat ke London bersama-sama dengan Tan Cheng Lock
Bagaimanakah kuasa Pesuruhjaya Tinggi dikurangkan selepas pelantikan kabinet pertama?
Apakah gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?
Rajah berikut menunjukkan jenis kerakyatan yang dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1958.
Kerakyatan:
• Penguatkuasaan Undang-undang
• X
• Naturalisasi
Apakah X ?
Apakah makluman Dato’ Abdul Razak Hussein melalui Radio Malaya pada 3 Ogos 1957?
Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
101 das tembakan meriam dilakukan selepas majlis menaikkan bendera kebangsaan.
Apakah tujuan tembakan meriam dilakukan?
Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Melayu?
Maklumat berikut merupakan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara?
• Memberikan maklumat tentang pencerobohan sempadan
• Menganggotai pasukan keselamatan
Apakah manfaat rakyat berbuat demikian?
Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dianggap penting dalam perkembangan perlembagaan negara?
Bagaimanakah kedudukan Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam menjalankan peranan pentadbiran?
Namakan sistem yang diperkenalkan oleh British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?
[Gambar: logo SUHAKAM]
Logo di atas merupakan logo Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Apakah peranannya?
Kerajaan Tempatan berperanan memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat.
Apakah peranan tersebut?
I Menyenggara jalan raya
II Menjaga kesihatan awam
III Mengawal kegiatan perhutanan
IV Merancang pembangunan luar bandar
Berikut adalah dua kawasan keselamatan khas di Sarawak dan Sabah.
• RASCOM
• ESSCOM
Apakah matlamat pelancaran kawasan tersebut?
Mengapakah golongan pedagang dan pengusaha industri di Singapura menyokong pembentukan Malaysia?
Dr Ismail Abdul Rahman membawa isu serangan Indonesia ke Majlis Keselamatan PBB.
Apakah pendekatan Malaysia dalam hal ini?
Tindakan berikut telah dilakukan oleh kerajaan untuk menangani ancaman komunis.
26 Mac 1972 → Membentuk Rajang Area Security Command (RASCOM) di Sarawak
Antara berikut, kawasan bahagian manakah terlibat dengan RASCOM?
Bagaimanakah kerajaan mengatasi kadar pengangguran yang meningkat dalam tahun 1970-an?
Mengapakah tokoh berikut memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?
[Gambar: Aminuddin Baki]
Matlamat penubuhan Rukun Negara ialah melahirkan masyarakat yang progresif.
Apakah ciri-ciri masyarakat yang progresif?
Apakah peranan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang ditubuhkan pada tahun 1973?
Apakah tujuan penyusunan semula modal saham dalam sektor korporat di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?
Mengapakah dasar luar penting kepada sesebuah negara?
Mengapakah Malaysia menentang pelaksanaan dasar Aparteid di Afrika Selatan?
Apakah manfaat yang diperolehi Malaysia melalui penyertaan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)?
I Pembangunan melalui Rancangan Colombo
II Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa
III Pengukuhan institusi hub halal negara
IV Peluasan sistem perbankan Islam
Maklumat berikut berkaitan penglibatan misi kemanusiaan di Acheh dan Sri Lanka.
Mercy Malaysia: Membina pusat kesihatan komuniti
ABIM: Mendirikan sekolah dan rumah perlindungan
Yayasan RESTU: Membangunkan rumah anak yatim
Apakah peristiwa yang membawa NGO negara kita melaksanakan kerja kesukarelawan di kawasan tersebut?