Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Section A
Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pentadbiran yang sangat lengkap. Pentadbirannya mempunyai peringkat pentadbiran pusat dan peringkat jajahan.
10 marks- (a)
Apakah tiga peranan bendahara?
[3] - (b)
Berikan tiga tanggungjawab golongan pembesar peringkat jajahan.
[3] - (c)
Gambar menunjukkan sistem pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. [Gambar: piramid Sistem Pembesar Empat Lipatan - Sultan, Pembesar Berempat (Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana), Pembesar Berlapan, Pembesar 16, Pembesar 32] Berikan nilai yang diperoleh daripada pengamalan sistem pentadbiran tersebut.
[4]
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Februari 1948 selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu bagi menggantikan pentadbiran Malayan Union.
10 marks- (a)
Apakah faktor yang mendorong pembentukan PTM tersebut?
[2] - (b)
Jelaskan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
[4] - (c)
Berdasarkan pengkajian anda, mengapakah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 penting terhadap pembinaan negara dan bangsa Malaysia pada hari ini?
[4]
Kebebasan asasi merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang. Perlembagaan persekutuan menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi.
10 marks- (a)
Terangkan kebebasan asasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?
[2] - (b)
Parlimen merupakan badan perundangan yang berfungsi menggubal undang-undang pada peringkat Kerajaan Persekutuan. Ulaskan pernyataan ini.
[4] - (c)
Rumuskan keunikan amalan demokrasi di negara kita.
[4]
“Hari 13 Mei akan tercatit dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas pentadbiran negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum” (The National Operations Council, 1974. The May 13 tragedy : A report. Kuala Lumpur Government Printers, hlm 88)
10 marks- (a)
Apakah faktor yang membawa tragedi rusuhan kaum tersebut berlaku?
[3] - (b)
Bagaimanakah pemimpin negara kita berjaya mengembalikan keamanan negara kita?
[3] - (c)
Berikut adalah sedutan ucapan Tunku Abdul Rahman menerusi RTM bertarikh 13 Mei 1969 kira-kira 10.30 malam. “Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran di sana sini dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah yang terletak di atas bukit. Inilah satu pemandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak menyangka saya akan menyaksikan kejadikan yang seperti itu semasa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha-usaha saya dalam beberapa tahun yang lepas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghancurkan impian saya hendak menjadi perdana menteri yang paling bahagia sekali di dunia ini.” Berdasarkan kandungan ucapan tersebut, jelaskan kesan ke atas ekonomi dan politik negara kita jika tragedi tersebut berulang.
[4]
Section B
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik (1941-1945) juga terkenal dengan nama Perang Pasifik telah berlaku pertempuran di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Perang Pasifik ini berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia yang telah menjalankan imperialisme di Rantau Asia Pasifik. (Sumber: Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 4)
20 marks- (a)
Jelaskan dasar perluasan kuasa Jepun.
[6] - (b)
Selain dari jawapan di 5(a), Jepun juga telah melakukan sekatan ekonomi dan juga rancangan penaklukan wilayah di selatan. Huraikan maklumat tersebut dengan lebih terperinci.
[6] - (c)
Merujuk kepada bermulanya perang dunia kedua di Asia Pasifik, huraikan tindakan yang perlu dilakukan oleh pemimpin dunia agar dapat mengelakkan berlakunya perang tersebut.
[8]
Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri dan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan membentuk Kerajaan.
20 marks- (a)
Jelaskan proses pilihan raya di negara kita sebelum merdeka.
[4] - (b)
Bagaimanakah Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 dilaksanakan?
[8] - (c)
Keputusan Pilihan Raya Umum Pertama di Tanah Melayu telah dimenangi oleh Parti Perikatan dengan jumlah 51 kerusi. Mengapakah calon Parti Perikatan menjadi pilihan rakyat?
[8]
Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan negara. Perlembagaan mempunyai dua ciri utama iaitu tradisional dan moden yang diperlukan bagi kestabilan serta kemajuan negara.
20 marks- (a)
Terangkan ciri moden dalam Perlembagaan Persekutuan.
[6] - (b)
Huraikan perkara yang dipinda dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1963 dan 1965?
[6] - (c)
[Gambar: kolaj poster - Prinsip Rukun Negara Keempat: Kedaulatan Undang-undang; Bersatu Hati Kekalkan Keamanan; Saling Menghormati; Perpaduan Mengekalkan Keharmonian] (Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 2019) Gambar ini menunjukkan mesej kepentingan menjiwai semangat perlembagaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Berikan hujah anda.
[8]
Perancangan Ekonomi 1971 – 2000 RRJP 1 / Dasar Ekonomi Baru 1970-1990: 1971-1975 Rancangan Malaysia Ke-2; 1976-1980 Rancangan Malaysia Ke-3; 1981-1985 Rancangan Malaysia Ke-4; 1986-1990 Rancangan Malaysia Ke-5 RRJP 1 / Dasar Pembangunan Nasional 1991-2000: 1991-1995 Rancangan Malaysia Ke-6; 1996-2000 Rancangan Malaysia Ke-7 (Sumber: Asan, 2002; 2004) Maklumat berikut berkaitan perancangan nasional di antara tahun 1971 – 2000.
20 marks- (a)
Terangkan latar belakang Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
[4] - (b)
Jelaskan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dalam tempoh masa 1991-2000.
[8] - (c)
DEB dan DPN meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik, tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip Pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara (DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN), https://www.pmo.gov.my) Berdasarkan petikan tersebut, jelaskan kesan jika isu ketidakseimbangan ekonomi tidak diselesaikan?
[8]
Rakyat Malaysia amat prihatin dan sanggup memberikan bantuan kepada golongan yang menghadapi musibah sama ada disebabkan peperangan mahupun bencana alam seperti misi kemanusiaan di Acheh. Antara NGO yang terlibat aktif seperti berikut : • Malaysia Medical Relief Society (MERCY Malaysia) • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) • Yayasan Restu
20 marks- (a)
Terangkan bentuk bantuan yang disalurkan oleh badan NGO di atas kepada rakyat Acheh.
[6] - (b)
Jelaskan manfaat Malaysia memeteraikan Perjanjian AFTA dengan negara ASEAN.
[6] - (c)
Sebagai generasi muda dalam komuniti ASEAN, cadangkan usaha anda untuk mengekalkan keamanan dalam kalangan warga ASEAN.
[8]