SPM Tuition
Subject
  1. Maklumat berikut berkaitan Pembesar Berempat dalam Kesultanan Melayu Melaka. Peranan Bendahara • Ketua pentadbir • Pemangku Sultan • X Apakah X?

  2. Pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pentadbiran pusat dan jajahan. Sistem tersebut menggambarkan tentang

  3. Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme empayar Uthmaniyyah dan Mesir. Gerakan | Tindakan Islah | Melepaskan diri dari penjajah Pan-Islamisme | X Apakah X?

  4. Bagaimanakah tokoh berikut menggerakkan nasionalisme di Filipina? [Gambar: Jose Rizal]

    Diagram for question 4
  5. Jadual berikut berkaitan penulisan kreatif sebelum Perang Dunia Kedua. Penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) Novel: • Putera Gunung Tahan • Anak Mat Lela Gila Apakah kepentingan penulisan novel tersebut? I Mencetuskan gerakan Islah II Memperjuangkan kebebasan wanita III Membangkitkan kesedaran kebangsaan IV Meningkatkan kesedaran nikmat kebebasan

  6. Pada tahun 1930-an, muncul golongan masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dan dikenali sebagai “The Strait Born People”. Bagaimanakah masyarakat tersebut memberi kesan kepada perkembangan nasionalisme?

  7. Bagaimanakah tokoh berikut mengembalikan maruah bangsa dan negara masing-masing selepas Perang Dunia Pertama? Pemimpin | Negara Benito Mussolini | Itali Adolf Hitler | Jerman

  8. Poster berikut tertera dalam tulisan Jawi, "Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya". [Gambar: poster] Mengapakah tentera Jepun menggunakan poster tersebut? I Menjamin kemerdekaan II Menamatkan sekatan ekonomi III Memenangi hati penduduk tempatan IV Menonjolkan imej sebagai penyelamat

    Diagram for question 8
  9. Mengapakah matlamat pertubuhan berikut tidak dapat dilaksanakan? Pertubuhan: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) Pemimpin: Dr. Burhanuddin al-Helmi; Ibrahim Haji Yaakob Matlamat: Kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia

  10. Apakah kesan pelaksanaan kandungan kertas putih berikut? Kertas Putih 6724 membentangkan 13 perkara kandungan Malayan Union yang diluluskan oleh Parlimen British di London pada 22 Januari 1946

  11. Kata-kata berikut tertera pada sepanduk dalam demonstrasi penduduk Sarawak semasa kedatangan Gabenor pertama Sarawak pada tahun 1946. "Kami membantah dengan sekeras-kerasnya atas tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada kolonial Inggeris" Mengapakah penduduk Sarawak memberi reaksi sedemikian?

  12. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 Januari 1948 membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Mengapakah Raja-raja Melayu bersetuju menandatangani perjanjian tersebut? I Dasar dekolonisasi dilaksanakan II Taraf tanah naungan dikembalikan III Syarat kewarganegaraan dilonggarkan IV Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan

  13. Apakah peristiwa yang membawa kepada perisytiharan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948?

  14. Jadual berikut berkaitan peristiwa pada zaman darurat. 17 Julai 1948 | Perisytiharan darurat oleh Persuruhjaya Tinggi British 31 Ogos 1957 | Perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman 31 Julai 1960 | Perisytiharan tamat darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Mengapakah kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan semasa zaman darurat?

  15. Maklumat berikut berkaitan dengan usaha ke arah kemerdekaan. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) Tarikh Penubuhan: Januari 1949 dengan menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum Objektif: Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk di negara ini. Apakah cadangan jawatankuasa tersebut untuk mencapai objektifnya?

  16. Laporan manakah mencadangkan syor berikut sebagai usaha memupuk perpaduan melalui pendidikan? Sistem Persekolahan Baharu Sekolah Rendah: • Sekolah Umum menggunakan bahasa Melayu • Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu

  17. Hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ditetapkan pada 15 Jun 1955. Jika Encik Ahmad dapat bertanding dalam pilihan raya tersebut, apakah syarat yang telah dipenuhi? I Bebas daripada hutang II Berumur 18 tahun ke atas III Warganegara Persekutuan Tanah Melayu IV Berpengetahuan dalam bahasa Inggeris

  18. Maklumat berikut berkaitan suruhanjaya yang dibentuk pada 8 Mac 1956 setelah mendapat perkenan Raja-raja Melayu. Pengerusi: Lord Reid (Britain) Ahli: Sir William Ivor Jennings (Britain); Sir William McKell (Australia); Hakim B. Malik (India); Hakim Abdul Hamid (Pakistan) Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

  19. Apakah tugas Jawatankuasa Persediaan Fizikal yang ditubuhkan sebagai persediaan menyambut kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957? I Menentukan bunga kebangsaan II Menonjolkan identiti negara III Menganjurkan kursus protokol IV Menyediakan pakaian seragam menteri

  20. Rancangan berikut diperkenalkan setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Rancangan Buku Merah dilancarkan pada 25 Januari 1961 Apakah kepentingan rancangan tersebut?

  21. Senarai berikut berkaitan jenis kedaulatan. • Kedaulatan Moden • Kedaulatan Undang-undang • Kedaulatan Antarabangsa • X Apakah X?

  22. Bagaimanakah Rukun Negara dapat mengukuhkan kedaulatan negara kita?

  23. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain. Apakah model pemerintahan tersebut?

  24. Maklumat berikut berkaitan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 [Apakah sebab pindaan tersebut?]

  25. Bagaimanakah pemerintahan beraja diteruskan selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan?

  26. Pengasingan kuasa diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan hingga hari ini. • Badan Perundangan • Badan Eksekutif • Badan Kehakiman Siapakah punca kuasa kepada ketiga-tiga badan ini?

  27. Antara berikut, yang manakah perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan? I Kewangan II Undang-undang Islam III Kerajaan Tempatan IV Kewarganegaraan

  28. Agensi apakah ditubuhkan untuk melaksanakan pembangunan tanah berikut? Menyatukan dan memulihkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar

  29. Mengapakah Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963?

  30. Maklumat berikut berkaitan konfrontasi Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Tarikh: 20 Januari 1963 Perkara: Ganyang Malaysia Bagaimanakah kerajaan Malaysia menangani perkara tersebut? I Menggunakan saluran diplomasi II Menghentikan perdagangan dua hala III Menyekat segala kemasukan rakyat asing IV Mendapatkan sokongan negara luar

  31. Ancaman komunis di Semenanjung Malaysia pada fasa kedua pada bulan Mei 1969 hingga Disember 1978? I Menculik orang awam II Mengalihkan landasan kereta api III Membunuh anggota keselamatan IV Mengebom tempat awam

  32. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu terlalu bergantung pada eksport getah dan bijih timah? I Mencari pasaran baru II Mempelbagaikan kegiatan ekonomi III Melibatkan kerjasama sektor swasta IV Menetapkan kuota pengeluaran

  33. Maklumat berikut berkaitan cadangan Laporan Rahman Talib • Penggunaan bahasa yang seragam • Menggunakan kurikulum yang sama • Apakah kepentingan cadangan tersebut?

  34. Bagaimanakah matlamat masyarakat yang adil dalam Rukun Negara dapat dicapai? I Menjamin kebebasan hak asasi II Bebas mengamalkan agama masing-masing III Peluang yang sama menikmati kekayaan negara IV Peluang yang sama untuk bersaing

  35. Apakah jenis tanaman yang diusahakan oleh agensi di bawah • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) I Koko II Getah III Kelapa Sawit IV Kelapa

  36. Maklumat berikut berkaitan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam bidang sosial • Memberikan kemudahan pendidikan • Mewujudkan masyarakat perdagangan • X Apakah X?

  37. Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara luar kerana faktor keperluan nasional. Apakah kepentingannya kepada negara kita? I Menentukan hala tuju dasar luar negara II Bebas daripada campur tangan kuasa asing III Menjaga kebajikan rakyat Malaysia di luar negara IV Kepentingan ekonomi dan keamanan

  38. Gambar menunjukkan Logo Komanwel [Gambar: logo Komanwel] Bagaimanakah penyertaan Malaysia dalam Komanwel dapat mengeratkan hubungan antara negara kita dengan negara anggota? I Sukan Komanwel II Kerjasama Ekonomi III Penyertaan dalam ZOPFAN IV Menyertai misi pengaman dunia

    Diagram for question 38
  39. Dalam menangani isu politik negara Islam, Malaysia menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin melalui Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Apakah buktinya?

  40. Senarai berikut berkaitan NGO yang mewakili suara Malaysia di pentas dunia • Aman Palestin • Muslim Care Malaysia Apakah sumbangan NGO tersebut?