Rajah berikut menunjukkan ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka.
CIRI-CIRI KESULTANAN MELAYU MELAKA
• X
• Rakyat
• Kedaulatan
• Lambang kebesaran
Apakah X?
Maklumat berikut berkaitan dengan peraturan jenayah dalam Hukum Kanun Melaka.
FASAL 4 - Hukuman Bunuh
Apakah kesalahan yang boleh dijatuhkan hukuman tersebut?
Jadual berikut berkait dengan peristiwa perjuangan rakyat British di England pada abad ke-17.
Tarikh | Peristiwa
1688 | Revolusi tercetus kerana Raja James II telah membelakangkan parlimen semasa membuat undang-undang.
Mengapakah peristiwa tersebut dikenali sebagai Revolusi Keagungan?
Maklumat berikut berkaitan nasionalis Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
• Tok Janggut
• Dato’ Maharaja Lela
• Haji Abdul Rahman Limbong
Apakah matlamat perjuangan tokoh di atas?
Bagaimanakah Adolf Hitler mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang
Dunia Pertama?
Pilih jawapan yang tepat berkaitan dengan sumbangan pasukan berikut.
(Pasukan – Kejayaan)
Parlimen British telah meluluskan Kertas Putih 6274 yang mengandungi 13 perkara berkaitan gagasan Malayan Union.
Apakah perkara yang terkandung di dalam kertas tersebut?
Senarai berikut menunjukkan persatuan di Sarawak.
• Barisan Pemuda Sarawak (PBS)
• Pergerakan Pemuda Sarawak (PPM)
• Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
Apakah reaksi pertubuhan tersebut terhadap pengambilan Sarawak oleh Kerajaan British?
I Mengadakan demonstrasi
II Memulau pentadbiran British
III Membuat rundingan tertutup
IV Menghantar surat bantahan
Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946 bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut?
Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities
Liaison Committee (CLC) kepada negara kita?
Tahun | Peristiwa
16 Jun 1948 | Pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput, Perak.
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Gambar berikut menunjukkan anggota Cawangan Khas yang sedang merancang strategi untuk memerangi komunis.
Apakah kaedah yang digunakan untuk menjayakan operasi tersebut?
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah pada tahun 1951.
Apakah tanggungjawab anggota Sistem Ahli?
Bagaimanakah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan?
I Memperbanyak sekolah vernakular
II Melalui sukatan pelajaran yang seragam
III Penggunaan bahasa pengantar yang sama
IV Pelajaran percuma kepada semua pelajar
En Ali berhajat untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
Syarat manakah yang tidak perlu dipenuhi oleh Encik Ali?
Apakah jawatan yang disandang oleh Dato’ Abdul Razak Hussein dalam kabinet pertama
Persekutuan Tanah Melayu?
Maklumat berikut berkaitan usaha ke arah kemerdekaan di negara kita.
X
• Mengadakan perjumpaan sebanyak 118
• Mengkaji dan membuat cadangan berkaitan perlembagaan
Apakah X?
Pernyataan berikut berkaitan dengan agama Islam.
Agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan.
Apakah bukti penyataan di atas?
Apakah peranan Jawatankuasa Sambutan dalam persediaan menyambut pemasyhuran kemerdekaan negara?
Peristiwa berikut dilakukan semasa sambutan kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957.
Sebanyak 101 das tembakan dilepaskan.
Apakah simbolik tembakan tersebut?
Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Yunani?
Gambar berikut merujuk sampul surat hari pertama Pos Malaysia berkaitan dengan kepelbagaian budaya dan adat resam kaum di Malaysia.
Sampul surat Pos Malaysia
Apakah mesej yang diperoleh daripada sampul surat tersebut?
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 bermodelkan Westminster.
Antara berikut manakah yang menjadi terma rujukan utama Perjanjian Persekutuan 1957?
Maklumat berikut berkaitan ketua Negeri Sarawak.
Apabila Malaysia dibentuk, Sarawak diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanakah Yang di-Pertua Negeri tersebut menjalankan tugas?
Jadual berikut berkaitan dengan penjajahan British di negeri-negeri Melayu.
Negeri-negeri Melayu | Pentadbiran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu | Sistem Residen
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu | X
Apakah pentadbiran X?
Dialog berikut contoh situasi berlaku dalam badan eksekutif.
Menteri A: Saya tak setuju dengan keputusan mesyuarat tadi.
Menteri B: Saya juga tak sokong dengan keputusan dasar kerajaan tadi.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh menteri tersebut?
Jadual berikut menunjukkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Pasangan manakah yang betul?
(Kerajaan Persekutuan – Kerajaan Negeri)
Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama dalam penyediaan perumahan rakyat?
Cadangan pembentukan Malaysia mendapat reaksi pelbagai daripada penduduk Sarawak dan Sabah.
Mengapakah penduduk Sabah menentang rancangan pembentukan Malaysia?
Tentera Indonesia telah melakukan serangan di Johor, Sabah dan Sarawak dalam dasar konfrontasi.
Bagaimanakah tindakan Malaysia menangani isu serangan tersebut?
Apakah tujuan Strategi Counterinsurgency (COIN) dijalankan?
Senarai berikut berkaitan isu pembangunan ekonomi yang dihadapi negara kita.
• Peluang pekerjaan yang terhad
• Kadar pengangguran meningkat
Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu tersebut?
Apakah kesan pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan terhadap negara?
I Menyediakan tenaga kerja mahir
II Memperkukuhkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan kemasukan modal asing
IV Meningkatkan kualiti perkhidmatan
Mengapakah seluruh warganegara Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?
Agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia Kedua.
Lembaga Pertubuhan Peladang
Apakah peranan agensi tersebut?
Langkah menyusun semula masyarakat dilakukan dengan pembentukan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Bagaimanakah usaha ini dilaksanakan?
Perkembangan politik, ekonomi dan sosial antabangsa yang sentiasa berubah telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia.
Bagaimanakah keadaan ini ditangani?
Negara Komanwel merupakan antara rakan dagang Malaysia.
Apakah manfaat yang diperolehi hasil hubungan ini?
I Bantuan pertahanan
II Cukai yang rendah dikenakan
III Kemudahan kredit dan bantuan dana
IV Program latihan untuk kakitangan awam
Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan pertubuhan OIC pada tahun 1971.
Apakah matlamat penubuhan pertubuhan tersebut?
Senarai berikut merupakan NGO yang mewakili Malaysia dalam misi kemanusiaan di Syria.
• Organisasi Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
• Cinta Syria Malaysia (CSM)
Apakah sumbangan NGO tersebut?
I Membina rumah
II Melancarkan kempen
III Memberi bantuan kemanusiaan
IV Membina infrastruktur yang rosak